Kalau korang pernah melancong ke Jepun, pastinya korang pernah singgah ke kedai Don Don Donki kan? Selain seleksi pelbagai barangan yang dijual, Don Don Donki juga menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasar raya lain.
Rangkaian pasar raya ini telah pun mempunyai beberapa cawangan di Asia Tenggara, termasuklah 8 cawangan di Singapura, 7 di Hong Kong, 2 di Thailand dan 1 di Taiwan. Kini, Don Don Donki telah pun membuka cawangan pertamanya di Malaysia, bertempat di Lot 10, Kuala Lumpur.
Don Don Donki menawarkan rangkaian produk barangan dan makanan yang dimport dari Jepun. Ia dijangka bakal menarik perhatian masyarakat Malaysia, khususnya mereka yang merindui untuk melancong ke negara matahari terbit itu.
Antara yang menarik perhatian kami adalah barangan makanan kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang ‘rare’ dan korang takkan jumpa di Malaysia. Hiks! Jepun juga terkenal dengan koleksi coklat KitKat, jadi di Don Don Donki ini, korang boleh mendapatkan pelbagai variasi KitKat istimewa.
Ads
Ads
Semua bungkusan ditulis dalam bahasa Jepun, namun dibelakang produk makanan itu dilekat dengan pelekat yang memberi informasi tentang kandungan yang terdapat dalam setiap produk tersebut. Pekerja di situ sangat ramah dan membantu, dan sekiranya korang ingin bertanyakan soal isu halal atau tidak, mereka sedia memberikan penerangan.
Selain daripada barangan makanan, Don Don Donki yang dibina setinggi tiga tingkat ini juga mempunyai jualan bahagian kosmetik, barangan kecergasan, produk elektronik dan banyak lagi.
Ads
Paling istimewa, ia dibuka dibuka selama 24 jam setiap hari, namun disebabkan kita masih lagi berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19, Don Don Donki dibuka pada jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
So guys, apa kata hujung minggu ni korang datang sendiri ke Lot 10, Kuala Lumpur bagi menikmati pengalaman seakan membeli-belah di Jepun. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukar sedikitlah hendak melancong ke Thailand secara ad-hoc atau tiba-tiba selepas ini.
Negara Thailand selama ini sudah sinonim sebagai destinasi asing yang popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia disebabkan faktor jarak dekat dan mesra-bajet.
Begitupun, situasi tersebut mungkin sekali boleh berubah tidak lama lagi.
Ini setelah Kedutaan Indonesia di Bangkok baru-baru ini mengeluarkan peringatan kepada rakyatnya yang mahu melawat Thailand agar membawa bersama wang tunai minimum 15,000 Baht atau kira-kira RM1,992 dalam tangan.
Bagi pelancong berkeluarga pula, mereka dinasihati membawa wang tunai minimum 20,000 Baht atau RM2,660.
Syarat kemasukan ketat ini adalah bagi mengelakkan risiko tidak dibenarkan masuk ke Thailand.
Memetik laporan laman berita Thaiger semalam, Kaunselor Menteri Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari berkata kerajaan Thailand dalam satu wawancara rangkaian berita tempatan, RRI dilaporkan sedang mengenakan syarat-syarat ini kepada pelancong asing.
Baru-baru ini, timbul insiden di mana ramai rakyat indonesia yang tidak dibenarkan memasuki Thailand di sempadan kerana tidak mampu membuktikan mereka memiliki keupayaan kewangan dengan jumlah minimum di atas.
Lalu, Dewi Lestari berkata kedutaan Indonesia kini mengeluarkan peringatan tersebut. Iyalah, sudah jauh merantau tetapi perlu pulang hampa. Sakit hati ya kalau perkara tersebut terjadi kepada mana-mana di antara kita di sempadan negara berkenaan.
Selain jumlah wang tunai, pihak imigresen Thailand juga kini memeriksa dengan lebih teliti soal jenayah penipuan pekerjaan dan penyeludupan manusia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah pastinya semua di luar sana telah pun mula memikirkan pakaian dan aksesori apa yang ingin digayakan untuk lebaran pada tahun ini…
Bertemakan ‘B-Rasa Sayang’, Aidilfitri pada tahun ini jenama ekslusif terkenal, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dan meneroka kegembiraan nostalgia retro.
Jenama gaya hidup mewah itu telah melakukan satu kempen raya khas yang menampilkan pelakon jelita tanah air, Amelia Henderson yang merangkum perjalanan indah masa lalu dan meraikan evolusinya ke zaman moden menerusi tema tersebut.
Menampilkan warna-warna perayaan yang berani iaitu royal blue dan burnt orange, Koleksi BONIA x AMELIA menampilkan beg, kasut dan pakaian sedia untuk dipakai pada acara perayaan dan selepas musim Raya mahupun kasual.
Koleksi ini mempunyai rangkaian beg bahu dan sling bags, sweaters, long dresses, sneakers dan heels dalam tiga warna yang pastinya sangat menarik di mata pencinta fesyen.
“Impian saya untuk bekerjasama dengan BONIA untuk lebaran pada tahun ini telah menjadi impian kenyataan.
“Saya salah seorang peminat jenama ini dan sentiasa menjadi peminat dan untuk bekerjasama dalam koleksi yang ‘bergema’ dengan saya adalah sangat istimewa.
“Maka, saya harap peminat akan menyukai karya yang pelbagai ini sama seperti saya!” kata Amelia Henderson.
K O L E K S I :
Amelia Petite Sling Bag
Amelia Small Shoulder Bag
Amelia Sneakers Outdoor staples
Amelia Sandals
Amelia Vasco Women’s Dress Raya glamour
Amelia Cotton Women’s Sweatshirt
Bagi yang tidak mengetahui Amelia, bintang cantik ini adalah seorang yang bersedahana ataupun ‘simple’ sahaja apabila di luar. Berkongsi kepada Remaja, antara koleksi yang paling ‘favourite’ dan mendapat tempat di hati pelakon naskhah Kisah Cinta Kita adalah Amelia Cotton Women’s Sweatshirt.
Sekadar informasi, BONIA ditubuhkan pada tahun 1974. BONIA ialah jenama gaya hidup dengan engan koleksi beg, aksesori, kasut, jam tangan, cermin mata dan rangkaian gaya hidup yang semakin bertambah, setiap ciptaan direka untuk dicintai dan bertahan teman seumur hidup. Jenama terkini boleh diterokai di bonia.com.
Koleksi #BONIAXAMELIA boleh didapati di butik BONIA dan dalam talian mulai 26 Mac 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Uban jadi cahaya di hari kiamat, makruh hukumnya kalau cabut walaupun gatal sangat! Kongsi Ustaz Ahmad Dusuki, uban atau rambut putih merupakan suatu hal yang biasa dialami oleh semua orang yang umurnya semakin tua.
Uban Jadi Cahaya
Tumbuhnya uban di kepala merupakan salah satu isyarat daripada Allah SWT bahawa di dunia ini tidak ada manusia yang hidup selamanya-lamanya.
Seseorang yang menyedari bahawa uban telah tumbuh di kepala, maka sebaiknya dia tidak lagi berangan-angan dan terbuai oleh mimpi-mimpi duniawi yang berpanjangan.
Seharusnya ia perlu memantapkan diri dengan ibadah kepada Allah SWT serta menjauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil sebanyak mungkin apatah lagi dosa besar.
Di Hari Kiamat
Apakah hukum mencabut uban?
Terdapat beberapa nas yang menunjukkan kepada larangan mencabut uban. Di dalam sebuah riwayat daripada Amru bin Shu’aib daripada bapanya daripada datuknya berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.
Manakala dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W menyatakan:
Maksudnya: Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan Allah akan menuliskan untuknya dengan uban tersebut satu kebaikan dan Allah akan memadamkan kesalahannya dengan uban tersebut.
Riwayat Abu Daud (4202)
Makruh Hukumnya
Berdasarkan kedua-dua riwayat di atas, para fuqaha menjadikan larangan yang terdapat di dalam hadis tersebut sebagai hujah akan makruhnya perbuatan mencabut uban. Imam Al-Nawawi Rahimahullah berpendapat akan makruhnya perbuatan mencabut uban berdasarkan hadis Amru bin Shu’aib yang kami nyatakan di atas.
Kata beliau: Para ashab kami (Al-Syafieyyah) mengatakan bahawa ianya (perbuatan mencabut uban) adalah makruh. Ini disebutkan secara jelas oleh Imam Al-Ghazali, Imam Al-Baghawi, dan selainnya.
Bahkan jika dikatakan haram sekalipun disebabkan larangan yang sarih (jelas) lagi sahih dalam hadis tersebut maka pendapat ini tidak jauh dari kebenaran. Lihat Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (1/292).
Kata-kata Imam Al-Nawawi di hujung perenggan di atas adalah berdasarkan sebuah kaedah fekah yang masyhur:
النَّهْيُ يَقْتَضِي التَّحْرِيم
Maksudnya: Larangan itu membawa kepada hukum pengharaman.
Sekalipun pada asalnya setiap larangan itu membawa hukum haram, akan tetapi dalam isu ini hukumnya beralih kepada makruh disebabkan terdapatnya qarinah lain. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Anas Bin Malik R.anh bahawa beliau berkata:
Maksudnya: Dimakruhkan bagi seorang lelaki itu mencabut rambut yang putih daripada kepalanya dan juga janggutnya.
Riwayat Muslim (2341)
Maka jelas dalam hadis di atas ini, bahawa hukum mencabut uban di sisi sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Anas bin Malik R.A adalah makruh dan tidak sampai ke tahap haram.
Kalau Cabut
Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata:
Kata para ashab kami (Al-Syafieyyah) dan juga para ashab Malik, hukumnya (mencabut uban) adalah makruh dan ia tidaklah haram. Rujuk Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (15/487).
Kelebihan Memiliki Uban
Hakikatnya, larangan mencabut uban itu adalah disebabkan beberapa fadhilat atau kelebihan yang diperoleh bagi sesiapa yang mempunyai uban. Di antaranya, dalam sebuah riwayat daripada Amru Bin ‘Abasah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Sesiapa yang tumbuh satu uban di jalan Allah maka uban tersebut adalah cahaya untuk dirinya pada hari kiamat.
Riwayat Al-Tirmizi (1635)
Di dalam hadis di atas, sekalipun terdapat kenyataan tumbuh satu uban di jalan Allah, akan tetapi ia terkait dengan hadis Amru bin Shuaib yang menyatakan:
Tumbuh satu uban di dalam Islam. Perbezaan di antara kedua riwayat ini penting untuk dijelaskan kerana, hadis Amru bin Syuaib lebih umum meliputi uban yang tumbuh sama ada di dalam jihad atau selainnya.
Walaupun Gatal Sangat!
Syeikh Muhammad Ibn Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata:
Cahaya tersebut adalah keterangan dan juga diselamatkan daripada kegelapan dan kesukaran di mauqif. Imam Al-Manawi pula berkata: Rambut seseorang itu menjadi cahaya yang memberi petunjuk kepada dirinya.
Uban itu, sekalipun ianya bukan hasil daripada usaha seseorang hamba, akan tetapi sekiranya ia terhasil disebabkan perbuatan berjihad di jalan Allah, atau perasaan takut kepada-Nya maka ia termasuk di dalam usaha seseorang. Lihat Tuhfat Al-Ahwaazi, Al-Mubarakfuri (5/215).
Kesimpulan:
Setelah kami menekuni beberapa hujah dan dalil di atas, kami berpandangan bahawa hukum mencabut uban adalah makruh. Namun perlu juga dijelaskan supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan, bahawa jika seseorang yang beruban itu memotong rambutnya maka hukumnya adalah harus kerana itu tidak dianggap sebagai mencabut uban. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita semua dalam beragama.
Uban itu juga secara tak langsung mengingatkan diri bahawa kita semakin hampir dengan kematian. Oleh itu bersiaplah untuk bekalan di sana nanti.
Artikel ini diambil dan diolah dari Kashoorga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.