Satu demi satu bencana alam yang terjadi di muka bumi sepanjang tahun 2020 ini dan terbaru, ratusan buah rumah dan lima bandar musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Kebakaran yang melanda bandar Oregon itu melaporkan sekurang-kurangnya tiga maut dan disifatkan paling bahaya sehingga meragut nyawa penduduk setempat serta mengakibatkan kemusnahan besar.
Menurut Astro Awani, sehingga kini anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan api yang marak sehingga menyebabkan lebuh raya utama ditutup akibat asap tebal. Penduduk di daerah barat Oregon diarahkan berpindah segera bagi mengelakkan sebaran risiko keselamatan.
Telah tular gambar di media sosial masyarakat di AS menyaksikan langit berwarna oren disebabkan oleh asap kebakaran hutan yang menghalang sinaran cahaya matahari.
Ads
Ads
Ads
Pada awal tahun ini kita dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Australia dan kini, ia berlaku pula di Amerika Syarikat. Sama-samalah kita doakan agar bumi kembali sihat dan terhindar daripada bencana.
Sebagai seorang manusia, kitalah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memelihara kehidupan alam sekitar.
Vietnam mengejutkan dunia dengan pencapaiannya dalam menangani penularan Covid-19 dalam kalangan negara-negara ASEAN. Difahamkan bilangan keseluruhan Covid-19 di Vietnam hanya 270 kes dan tiada langsung bilangan kes kematian. Wow!
Hari ni Vietnam merekodkan hari keempat kadar sifar dalam kes positif COVID-19. Kejayaan ini membuatkan negara-negara yang dijangkiti wabak berbahaya ini cuba untuk menyelidik bagaimana cara kerajaan Vietnam melakukan hal tersebut
Ini empat rahsia bagaimana Vietnam berjaya mencatat penurunan kes jangkitan.
1. Saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu badan
Langkah yang diambil oleh Vietnam dalam mengimplementasi ujian serta mengeluarkan garis panduan bagi tujuan perlindungan ini dipuji oleh WHO.
Selain itu, pusat-pusat saringan turut dibuka di sekitar kawasan bandar. Penduduk di kawasan yang terdapat kes positif akan turut diuji serta diarahkan untuk berkurung di rumah masing-masing.
2. Umum perintah kawalan pergerakan
Vietnam merupakan negara pertama yang melarang kemasukan penerbangan asing ke negara itu. Warganegara Vietnam yang pulang ke tanah air diarahkan menjalani proses kuarantin selama 14 hari, begitu juga dengan warga asing yang tiba di negara itu.
Pada bulan Mac, Vietnam telah menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa lokasi bandar-bandar utama negara itu termasuk Hanoi dan Danang. Perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain juga dilarang sama sekali.
3. Komunikasi yang mantap dan berkesan
Aspek komunikasi yang digunakan oleh Vietnam juga turut menarik perhatian.
Mereka menggunakan kaedah-kaedah yang unik bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang bahaya wabak koronavirus. Inisiatif ini telah bermula sejak awal Januari lagi.
Difahamkan, setiap hari akan terdapat pesanan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri dan timbalannya bagi menghebahkan peringatan dan maklumat kepada warga tempatan.
4. Mendapat kerjasama rakyat tempatan
Retorik ‘peperangan’ ini diperkenalkan kepada rakyat Vietnam dalam usaha menghapuskan wabak COVID-19 ini. Demikian pesanan tersebut membakar semangat rakyat negara itu untuk berganding bahu menghadapi krisis ini.
Pihak berkuasa juga komited melakukan pengawasan di sekitar kawasan perumahan dan perkampungan. Walaupun terikat dengan undang-undang yang ketat, rata-rata rakyat Vietnam akur akan tindakan kerajaan mereka.
Hebat bukan, cara Vietnam bertindak pantas bagi menangani virus maut ini. Harap tidak lama lagi negara kita pun boleh istihar ‘bebas’ Covis-19.
Korang mesti biasa melihat trend pemasangan wallpaper atau kertas dinding di rumah atau pejabat kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyedapkan’ mata bahkan kos pemasangan wallpaper ini juga agak menjimatkan poket!
Sumber Gmabar : Public Health Malaysia
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mangsa kes bunuh diri terbaru dalam dunia K-Pop, Choi Sulli pernah menjadi antara selebriti paling kerap menjadi target buli siber di Korea Selatan.
Biasalah, apabila seorang selebriti memiliki kecantikan, berbakat dan digemari ramai, pasti akan ada lebih ramai netizen yang mengecamnya – kiri dan kanan.
Bekas anggota kumpulan F(X) iaitu Sulli juga pernah menjadi ‘target popular’ di kalangan selebriti Korea.
Kes paling teruk yang pernah dihadapinya adalah pada tahun 2016 apabila dia dituduh mengambil bahagian dalam sesi photoshoot seksi lalu dikecam oleh netizen ‘feminist‘.
Berbeza dengan selebriti lain yang tidak suka untuk bercakap mengenai isu dikecam netizen ini secara terbuka, Sulli tidak mempunyai masalah untuk berkongsi pengalamannya merasa ‘down’ disebabkan kecaman.
Pada tahun 2014, Sulli menghentikan aktivitinya dengan bekas kumpulan f(x) selepas dia berhadapan dengan kecaman teruk secara online.
SM Entertainment pada waktu itu memberi kenyataan berbunyi, “Sulli menjadi terlalu penat dari segi mental dan fizikal disebabkan cercaan yang berterusan dan berita-berita palsu. Dia meminta untuk berehat sebentar daripada aktiviti sebagai seorang selebriti buat masa ini.”
Setahun kemudian pada Ogos 2015, Sulli mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan grup itu selepas 6 tahun bersama.
Sulli cuba untuk menguatkan kembali dirinya dan melawan balik rasa tertekan disebabkan kecaman. Dia menolak semua tuduhan dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku.
Lalu pada awal tahun ini, Sulli dilantik menjadi hos-untuk rancangan temubual berjudul ‘Night of Hate Comments’.
Rancangan yang mula ditayangkan pada 21 Jun 2019 itu dihoskan oleh Sulli, Shin Dong-yup, Kim Sook dan Kim Jong-min.
Basically, ia berkisarkan kisah selebriti jemputan yang perlu berhadapan dengan pembuli siber dan membaca komen-komen haters secara langsung.
Disiarkan untuk 17 episod, episod terakhirnya akan keudara pada 18 Oktober ini.
Rancangan Night of Hate Comments.
Kali terakhir Sulli berhadapan dengan media dan jurugambar secara besar-besaran adalah ketika pelancaran koleksi fesyen stor pop-up milik Fendi di Seoul, pada 3 September lalu.
Sulli kelihatan ceria dan yakin di hadapan orang ramai.
Lalu, apabila Sulli dilaporkan mati akibat kes bunuh diri, ramai yang terkejut dengan insiden tersebut.
Ramai beranggapan awal bahawa dia masih tak dapat membendung rasa stres kerana kecaman. Tak kurang juga yang beranggapan dia bersedih kerana kehilangan orang yang rapat dengannya seperti ahli kumpulan shiNEE, Jonghyun yang mati akibat bunuh diri pada Disember 2017.
Adakah korang rasakan ia berlaku akibat kecaman netizen atau ada isu yang lebih berat berlaku kepada Sulli hingga dia bertindak sedemikian?