Awal, doktor menjangkakan bayi dalam kandungan ini tidak akan selamat kerana pembedahan membuang tumor di kepala ibunya membahayakan kandungan. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Kun fa ya kun (jika Allah mengkehendakinya, maka jadilah ia).
Alhamdulillah, Farah Hanis, 41 selamat dilahirkan biarpun ibunya terlantar koma selama tujuh bulan di mana pakar perubatan menganggap ia sebagai satu keajaiban.
Biar belum pernah merasai setitis air susu ibunya namun ternyata anak kecil ini juga memahami penderitaan dilalui ibunya apabila kelihatan sihat dan membesar dengan baik. Ya barang kali dirinya juga sudah memahami derita ibunya dan enggan memberi sebarang masalah lain.
Kisah perkongsian mengenai seorang ibu muda, Kamareeah Arwae, 36 yang kini koma oleh jiran setamannya di fb atas nama Syira Nur Syahira mendapat perkongsian apabila ramai meluahkan rasa simpati atas nasib keluarga ini.
Baca perkongsiannya, moga ada rezeki kita semua untuk membantu ahli keluarga ini yang sedang diuji kesusahan.
Biar sudah berusia 41 hari, Farah Hanis sekali pun tidak pernah merasai susu ibunya yang terlantar koma sejak 7 bulan lalu. Gambar fb Syira Nur Syahira.
Sebelum ni banyak baca kisah-kisah sedih di facebook. Tapi kisah kali ini betul-betul berlaku sendiri di mata saya. Jiran sebelah rumah saya iaitu pasangan Fairol Haziri Bin Rahim (abe Yoe) 44 tahun dan isteri Kamareeyah Arwae ( Kak Yah) 36 tahun di PT 753, Taman Sl Badang, Jalan PCB kelantan.
Ads
Penderitaan mereka bermula pada Disember 2018 bila Kak Yah disahkan mengidap tumor dalam kepala dan terpaksa dibedah. Setelah menjalani pembedahan pertama pada 25/12/2018, dia dimasukkan ke ICU HUSM dan lebih menyedihkan masih koma sehingga sekarang.
Ketika pembedahan pertama dilakukan, Dr mengesahkan Kak Yah mengandung dua bulan setengah (anak ke 2) & Dr menjangka kandungan akan gugur sebab terlalu lemah.
Tapi siapa kita untuk menidakkan Kuasa Allah. Kandungan selamat dan pada 16.5.2019 (8 bulan), operation czer dilakukan dengan keadaan kak Yah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ads
Kasih sang suami yang tidak pernah luntur.Gambar Harian Metro
Alhamdulilah baby girl yang sangat comel & sihat. Anak sulungnya berumur setahun setengah & baby sebulan lebih tadi dijaga oleh sepupu abe Joe yang menyewa taman yang sama.
Demi untuk menjaga kakyah, abe Yoe terpaksa berhenti bekerja dan mereka tinggal menumpang di rumah yang disewa oleh adik abe Yoe (sebelah rumah saya).
Abe Yoe tiada sumber pendapatan lain dan mengharapkan ehsan bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara yang bersimpati. Dan untuk pengetahuan semua Kak Yah berasal dari Thailand.
Pada Hari Ahad (23/6/19), JKM datang melawat dan menyumbang barang-barang keperluan dapur serta wang RM150 sebulan. Dan pada tarikh yang sama jugak “Third Force” datang menghulurkan sumbangan.
Ads
Bantuan-bantuan ini sangat jauh dari mencukupi kerana:
*Kak Yah perlu diberi susu khas RM92 setin(3 hari)
*Lampin pakai buang saiz L
*Peralatan sedut kahak
*Susu khas baby tak cukup bulan (susu nan pro 1)
*Bil-bil hospital yang tertunggak
Selain itu siapa-siapa yang ada pakaian anak2 kecil yang tak digunakan dan nak disedekahkan kepada anak-anak mereka, bolehlah berhubung dengan saya. Sehubungan dengan itu, saya amat-amat menyeru para dermawan semua, jom pakat bantu sikit sorang untuk meringankan beban Abe Yoe.
Sumbangan kewangan boleh dimasukkan ke akaun BSN :
0300141000081183
(Fairol Haziri Bin Rahim)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Genap seminggu tragedy pengganas melepaskan tembakan di dua masjid Christchurch, New Zealand ketika waktu solat Jumaat dan mengorbankan kira-kira 50 nyawa, serta mengakibatkan lebih 50 individu cedera.
Hari ini, buat pertama kalinya laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional New Zealand, malah Astro Awani juga turut menyiarkan siaran langsung solat Jumaat dan majlis peringatan mangsa-mangsa serangan di Christchurch.
Selain daripada menyiarkan azan semasa solat Jumaat secara langsung, mereka juga tafakur selama dua minit sebagai memperingati insiden berdarah minggu lalu.
Rata-rata rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap masyarakat dan Perdana Menteri NZ, Jacinda Arden kerana begitu menghormati agama Islam.
Kami juga turut menyokong kempen Scraves in Solidarity untuk menunjukkan sokongan kepada Muslim di New Zealand.
Jika sebelum, seorang remaja maut selepas menyertai cabaran ‘Benadryl Challenge’ di aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’. Trend yang sangat luar biasa dan berisiko ini menjadi tular di TikTok. ‘Sleepy Chicken’ juga telah mendapat banyak perhatian daripada doktor dan profesional perubatan.
Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.
‘Cabaran Sleepy Chicken’ ini menyeru orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Paling menakutkan, pakar juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.
“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.
Tiada kematian dilaporkan mengenai trend setakat ini. Tetapi pakar mencadangkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal trend seperti Sleepy Chicken.
Hmm, walaupun korang suka berekperimentasi dengan masakan tapi jangan sampai membahayakan kesihatan dan diri okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba musim perayaan di Malaysia tak kira la Hari Raya Aidilfitri , Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas , sudah tentu rata-rata pusat membeli-belah di seluruh negara sedang giat mempersembahkan dekorasi terbaik mereka.
Berbeza di musim pandemik ini dan kita terpaksa membiasakan norma baru, namun kita tetap merasai kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok hari 12 Februari 2021.
Semalam, tular di media sosial apabila seekor lembu emas kelihatan realistik perlahan-lahan hidup dan nampak seperti ia ‘keluar’ dari skrin besar berdefinisi tinggi.
‘Together Fight Against COVID-19’
Kalau tak baca caption memang ingat real dah lembu yang diwarnakan dengan warna emas ini sebelum ia bergerak melompat ke arah tanda bertulis ‘Together Fight Against COVID-19’ lalu keluar daripada skrin.
Untuk pengetahuan semua, Pavilion Kuala Lumpur sekali lagi tak mengecewakan rakyat Malaysia apabila mengeluarkan persembahan 3D animasi lembu emas ini.
Bukan sahaja anda boleh melihat persembahan animasi lembu emas tetapi anda juga boleh melihat patung lembu emas dalam pusat beli-belah sehingga Mac 2021.
Untuk info, tahun 2021 merupakan Tahun Lembu Emas dalam zodiak Cina dianggap sebagai ‘Tahun Pemulihan’. Menurut Master Kenny Hoo, Pakar Feng Shui Good Feng Shui Geomantic Research, ketika memasuki Tahun Pemulihan, warna yang bertuah tahun ini, termasuk dalam kategori Brave Ground / Wright Stone Brown ( coklat tanah), sama ada untuk pakaian peribadi, aksesori, hiasan rumah atau pejabat mahupun pembungkusan jenama.
Kalau korang nak lihat secara real, bolehlah berkunjung ke Pavilion Kuala Lumpur dan pastikan korang sentiasa mengamalkan SOP untuk menangani wabak pandemik COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.