Kapal terakhir gelombang pertama misi Global Sumud Flotilla (GSF), Marinette, akhirnya dipintas tentera Israel ketika sedang berada di perairan antarabangsa menuju ke Gaza. Perkembangan ini menandakan semua kapal dalam gelombang pertama flotilla telah berjaya disekat daripada tiba ke destinasi asal mereka.

Menerusi siaran langsung akaun rasmi Sumud Nusantara, visual terakhir yang dipancarkan dari kamera di atas kapal memaparkan bot tentera Israel menghampiri Marinette sebelum memintasnya. Paparan itu turut disaksikan di Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), namun sehingga kini belum ada pengumuman rasmi mengenai keadaan sukarelawan di dalam kapal tersebut.

Kapal Terakhir Gelombang Pertama GSF, Marinette Akhirnya Dipintas Tentera

Setakat ini, difahamkan tiada aktivis Malaysia berada di atas Marinette. Walau bagaimanapun, status kesemua sukarelawan antarabangsa yang menaikinya masih belum jelas. Situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana berdasarkan pengalaman kapal flotilla lain, mereka biasanya dibawa ke pelabuhan Ashdod di Israel untuk proses tahanan dan soal siasat.

Ads

Marinette sebelum ini nekad untuk meneruskan pelayaran walaupun 42 kapal lain dalam flotilla telah dipintas lebih awal. Keberaniannya dianggap simbol kekuatan dan keteguhan misi kemanusiaan, biarpun berdepan risiko tinggi di tengah laut.

Kapal Terakhir Gelombang Pertama GSF, Marinette Akhirnya Dipintas Tentera

Ads

Menurut laporan, Marinette tiba agak lewat dalam konvoi kerana mengalami kerosakan teknikal sebelum berlayar semula, menyebabkan ia terpisah daripada kapal lain. Namun, semangat yang dibawa kapal ini tetap mendapat perhatian dunia kerana enggan berpatah balik walau tahu ancaman semakin hampir.

Ads

Di media sosial, tanda pagar seperti #FreeGSF dan #SolidarityForGaza terus trending dengan ribuan ciapan daripada masyarakat global. Ramai warganet meluahkan rasa marah terhadap tindakan Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan, malah ada juga selebriti serta aktivis tempatan yang tampil menitip doa agar semua sukarelawan selamat.

Walaupun gelombang pertama flotilla kini telah berakhir dengan semua kapal dipintas, semangat perjuangan mereka diyakini akan diteruskan. Generasi muda khususnya melihat keberanian ini sebagai simbol solidariti global yang tidak pernah padam untuk Gaza.

BACA LAGI : “Label Penggan*s Hanya Propaganda” – Nadir Al Nuri Dedah Video, Kelibat ‘The Helmis’ Jadi Perhatian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads