Bila menyebut soal kanser, sehingga ke hari ini kadar kematian dicatatkan agat tinggi bagi pengidapnya. Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Majlis Kanser Nasional (MKN), penyakit ini merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018.
Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia. Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi.
Bila menyebut soal kanser, apa yang dibimbangi bila seseorang didiagnos mempunyai tanda dan ia sudah lewat membuat pemeriksaaan. Bila bertemu doktor, stagenya sudah dikedudukan terakhir iaitu stage 4 yang merisiko kepada berlakunya kematian.
Untuk korang gadis remaja, meh tahu apa itu kanser serviks yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah Kanser Servik ? Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.
Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ? HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.
Ads
Apakah pelalian HPV ? Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua – 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga – 6 bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV?
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.
Ads
Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.
Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.
Apakah Peranan Saya Sebagai Ibu Bapa/Penjaga ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.
Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.
Ads
Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.
Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :
Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
Hamil.
Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.
Maklumat tambahan :
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
Hubungi Hotline HPV : 1 – 800 – 88 – 1478
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang di rumah.
Ketika ramai yang berkerja dari rumah, memasak atau melakukan kerja-kerja rumah, manakala juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Pengurusi Finas, Dato Hans Isaac menggunakan akaun Instagramnya baru-baru ini ada memuat naik satu gambart yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.
28 days home work out and managing my food . Tak lupa minum air selalu . From 85kg down to 81kg . Target 80kg !
Dato Hans Isaac melakukan aktiviti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
Menurutnya, berat badannya turun sebanyak empat kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh PKP.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.
Perkongsian ini turut mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui ia memberi aspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berada di rumah.
So korang yang duduk dirumah masa PKP ni boleh la tiru Datuk Hans amalkan gaya hidup sihat. Okay penulis pun cuba la turunkan berat badan.hiks
Sumber : Instagram Hans Isaac
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen Itali, Federico Cina membuahkan idea beg tangan ilham dari bentuk pasta tortellini diramal menjadi ‘it-bag’ 2024. Selepas sahaja membuat debut di pentas peragaan Milan Fashion Week bulan lalu.
Vogue Italia menamakan ia sebuah karya fashion “of the moment”.
Beg tangan pasta tortellini ini diberi nama Tortellino Bag yang tersedia dengan dua saiz mini size dan signature size. Kedua-dua saiz ini lengkap dengan tali panjang dan mempunyai lebih dari 10 warna pilihan. Diperbuat dari calfskin dan kemas dengan jahitan luar dalam yang memuaskan hati pengguna. Menariknya lagi tentang Tortellino Bag, ia sebuah beg unisex yang sesuai untuk wanita dan lelaki.
Tanda Penghargaan Buat Nenek
Federico Cina sempat memberitahu pada Vogue, rekaan beg tangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada neneknya. Wanita Itali yang mengajar beliau cara memasak tortellini di Sarsina iaitu sebuah pekan kecil di Forli-Cesena wilayah Romagna.
Unik tapi cantik juga rekaan beg ini. Tapi beg ini buat penulis rasa lapar pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja memasuki hari ketiga selepas ketibaan para peserta dari 86 buah negara di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022, organisasi dikejutkan dengan dua kes terawal jangkitan Covid-19 melibatkan dua orang wakil.
Mereka adalah wakil Latvia, Jekaterina Aleksejeva dan wakil Curacao, Gabriela Dos Santos. Justeru, peminat tertanya-tanya jika mereka terpaksa menarik diri daripada menyertai Miss Universe edisi ke-71 ini.
(Dari kiri) : Miss Curacao, Gabriela Dos Santos dan Miss Latvia, Jekaterina.
Miss Latvia yang lebih mesra dengan panggilan Kate berkongsi dia telahpun dijangkiti tidak lama selepas sambutan tahun baru 2023 dan terpaksa berdepan komplikasi kesihatan sehingga merencatkan persiapan terakhirnya.
“Buat masa ini saya masih dalam pemulihan. Namun malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada Miss Universe tahun ini. Saya masih tidak percaya saya sedang kongsikan perkara ini.
“Keputusan ini dibuat kerana keutamaan harus diberikan kepada kesihatan saya, wakil negara lain dan ahli keluarga mereka,” ulas Kate yang juga merupakan bekas wakil Miss Grand International Latvia 2019.
Tidak lama selepas jumlah peserta berkurangan kepada 85 orang, seorang lagi peserta mengalami nasib yang sama.
Miss Curacaoyang mesra dengan panggilan Gaby menerusi hantaran Instagram Story menjelaskan mengapa kelibatnya tidak dapat disaksikan di kawasan lobi sebagaimana wakil-wakil lain yang telah mendaftarkan diri.
“Saya berada di dalam bilik hotel bersendirian kerana malangnya, saya disahkan positif Covid-19 malam tadi. Namun itu tidak akan menghalang saya. Saya akan melengkapkan kuarantin selama lima hari dan jika saya merasa lebih baik tanpa simptom, saya akan dibenarkan keluar bertanding. So it is not over yet.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Miss Universe yang menjaga saya dengan baik. Mereka benar-benar menghantar semua jenis Vitamin C ke bilik saya. (Ketawa),” katanya.
Pelik juga kan, seorang dibenarkan bertanding selepas kuarantin dan seorang lagi menarik diri?
Adakah wakil Latvia akan menarik semula keputusan penarikan dirinya? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.