Isu pelarian bukanlah isu remeh untuk kita ketepikan. Malah ia merupakan salah satu isu global yangh sentiasa mendapat perhatian. Apa yang berlaku kepada mereka tidaklah dapat dibayangkan atau diungkapkan dengan kata-kata sehingga sanggup meninggalkan kampung halaman tercinta demi menyelamatkan diri.

Apatah lagi jika ia menimpa golongan kanak-kanak dan remaja. Melihatkan keadaan ini, sebuah organisasi bukan kerajaan iaitu Fugeelah telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan kanak-kanak pelarian. Antara projek terbaru mereka untuk membantu pelajar Fugee School ialah dengan melakukan kolaborasi bersama jenama fesyen gergasi, UNIQLO.

Menerusi kolaborasi ini Fugeelah ingin mengumpul dana khas buat kanak-kanak pelarian ini. Dan kolaborasi istimewa ini menyaksikan kanak-kanak pelarian ini mereka cipta kemeja-t edisi khas bersama UNIQLO.

Kanak-Kanak Pelarian Reka Cipta T-Shirt Eksklusif UNIQLO
Pengasas Fugeelah, Deborah Henry, Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia, Yuki Yamada dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh bersama-sama dengan kanak-kanak pelarian yang merupakan pereka istimewa kolaborasi ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: 9 Trik Mudah Untuk Kenal Minyak Wangi Original

IKLAN

Terdapat lima rekaan yang terdapat menerusi projek dikenali sebagai ‘UNIQLO x Fugeelah Social Project’ dan ia hanya boleh didapati menerusi UNIQLO online store bermula pada 20 Julai 2018. Dan REMAJA difahamkan kesemua kutipan jualan kemeja-t ini akan disalurkan kepada kanak-kanak pelarian bagi memastikan pendidikan serta masa depan mereka terjamin.

Projek yang dilancarkan semalam ini merupakan salah sebuah usaha berterusan daripada UNIQLO Malaysia untuk membantu masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Kanak-Kanak Pelarian Reka Cipta T-Shirt Eksklusif UNIQLO

IKLAN

Kanak-Kanak Pelarian Reka Cipta T-Shirt Eksklusif UNIQLO

Pengasas Fugeelah yang juga merupakan bekas Miss Malaysia World 2007, Deborah Henry berkata, “Fugeelah berasa amat berbesar hati dan gembira kerana dengan kerjasama ini kami dapat membantu kanak-kanak pelarian yang merupakan sebahagian daripada golongan kurang bernasib baik”.

Kami yakin kolaborasi ini akan menjadi sebuah usahasama berpanjangan yang bukan sahaja bakal memberikan masa depan lebih cerah kepada kanak-kanak ini tetapi menggalakkan masyarakat untuk turut sama menyumbang”.

IKLAN

Kanak-Kanak Pelarian Reka Cipta T-Shirt Eksklusif UNIQLO

Fugee School yang ditubuhkan pada tahun 2009 merupakan sebuah platform untuk kanak-kanak kurang bernasib baik terutama daripada golongan pelarian untuk belajar serta mengasah bakat mereka dengan pelbagai skil. Aktiviti serta program yang dijalankan oleh Fugee School bertujuan memberikan mereka ilmu tentang kepimpinan, kesihatan dan kemahiran sosial.

Di majlis pelancarannya yang berlangsung semalam turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi UNIQLO Malaysia, Yuki Yamada dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh.

Jika kamu berminat untuk menyumbang dan mendapatkan t-shirt eksklusif ini bolehlah melayari laman web UNIQLO di www.uniqlo.com/my.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI