Kali Pertama Dalam Sejarah Hari Polis Tak Disambut, Amanah Negara Lebih Diutamakan

Share

Begitulah komitednya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini sedang berkhidmat dalam situasi berisiko tinggi seperti wabak Covid-19 semasa.

 

Sebelum ini, tarikh 25 Mac amat sinonim dengan peringatan Hari Polis di mana kita mengenang jasa wira terdahulu dan sekarang yang berkorban untuk keamanan Malaysia.

Berlainan pada tahun ini, anggota PDRM meneruskan pengorbanan mereka – literally – semasa hari istimewa ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi akaun Facebook beliau, kesediaan anggota meletakkan diri dalam situasi berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak adalah satu amanah yang perlu dipikul.

“Sesungguhnya inilah jihad kita, demi agama, bangsa dan negara.

“Meskipun terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri, walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya,” kata beliau.

Beliau turut meminta agar setiap anggota PDRM terus bersemangat melaksanakan PKP agar rantaian penularan COVID-19 berjaya diputuskan.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah, peringatan Hari Polis tidak disambut kerana ancaman COVID-19.

“Walaupun program yang direncanakan tidak dapat dilaksanakan, saya mengajak seluruh warga pasukan untuk pasakkan tekad dan membulatkan iltizam bagi mengelakkan berlakunya gelombang ketiga, yang berupaya membawa implikasi yang lebih serius kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”

Terima kasih PDRM!

IKLAN