Kalau Sakit Gigi Boleh Guna MouthWash Ini, Memang Boleh Hilang Sakit

Share

Pernah tak korang tak boleh tidur malam disebabkan gigi terlalu sakit sepertinya berdenyut-denyut sehingga membuatkan korang tak senang duduk?

Hanya mereka yang pernah mengalami sakit gigi saja akan faham tentang situasi tersebut. Sebab utama sakit gigi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam dimana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang.

Ada beberapa sebab-sebab utama radang pulpa yang korang kena tahu dan antaranya adalah seperti berikut:

1. Karies gigi

Pulpa yang terkesan teruk akibat karies akan mati, seterusnya kuman karies akan melalui saluran akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah).

Pergh, dengar pun dah tahu macam mana rasa sakitnya.

2. Gigi retak (cracked tooth)

Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus dan kadang-kadang tak dapat dilihat oleh mata kasar.

3. Tampalan lama telah longgar, pecah atau tercabut

Selepas beberapa tahun, tampalan gigi korang (jika ada) mungkin akan pecah sikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut dan membolehkan kuman masuk ke dalam gigi seterusnya menyebabkan jangkitan atau karies.

4. Gusi mengecut (receding gum)

Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau penyakit gusi kronik.

5. Nak tumbuh gigi, contohnya gigi bongsu

Ketika gigi bongsu baru nak tumbuh, gusi di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan teliti.

6. Sinusitis atau resdung

Jangan terkejut jika resdung juga boleh menjadi punca korang sakit gigi. Disebabkan akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary sinus) sinusitis boleh menyebabkan korang rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.

Sekiranya korang mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor. Namun begitu, kalau memang dah tak tahan sementara nak pergi klinik tu atau kalau-kalau la klinik tutup, ada satu ubat yang korang boleh try

.

Menurut Sity Normala Salim, dia mencadangkan untuk menggunakan mouthwash ini kerana mengikut pengalamannya, dah tiga hari pakai ubat tersebut, Alhamdulillah air mata tak menitik lagi disebabkan sakit gigi.

Ada juga yang turut bersetuju dan mengatakan bahawa ubat ini benar-benar membantu.

Walau bagaimanapun, jika berkesempatan teruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Kita hanya ikhtiar, selebihnya serah pada yang lebih tahu.

Sumber: mmgazette.com

IKLAN