Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari-hari.
Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.
Oleh sebab itu, penting untuk mengetahui bahan-bahan makanan yang boleh memburukkan migrain.
1. Cokelat
Cokelat mengandungi magnesium tinggi yang dapat membantu meredakan kekejangan dan sakit ketika datang bulan. Tetapi, ia juga mampu menjadi penyebab migrain.
2. Sosej
Ads
Makanan segera ini mengandungi nitrit iaitu pengawet yang berfungsi mencegah pertumbuhan bakteria. Tetapi, kajian membuktikan ia juga dapat mencetus migrain.
3. Gula yang diproses
Gula yang telah diproses dapat menyebabkan kadar manisan dalam darah meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan pelepasan insulin berlebihan.
Kenaikan itu kata Dr. Chythia dapat memicu proses pro-inflamasi pada tubuh yang dengan sendirinya mencetuskan migrain.
Ads
4. Keju
Keju mengandungi vitamin A, kalsium dan protein yang baik untuk tubuh manusia namun jika makan keju yang sudah lama, ia boleh menyebabkan migrain.
Ini kerana keju lama mengandungi tyramine yang boleh memicu sakit migrain. Semakin lama keju disimpan, kandungan tyramine seperti guoda, feta dan gruyere semakin tinggi.
Ads
5. Kafein
Kopi, teh, soda dan minuman bertenaga memang efektif mengurangkan sakit kepala seperti migrain namun pengambilannya dalam jumlah yang terlalu banyak dapat memicu serangan migrain dalam bentuk sakit pada bahagian pinggul.
Selain itu, berhenti mengambil minuman berkafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan migrain.
Namun begitu, korang juga boleh berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana kesan dan faktor-faktor migrain mungkin tak sama bagi semua pesakit.
Sekiranya sakit masih berlarutan, cepat-cepat jumpa doktor okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
You Tube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google.
Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.
Jika di Malaysia, antara Youtuber yang terkenal ialah Mat Luthfi yang mempunyai jumlah pengikut seramai 448,252 subscribers dan jumlah tontonan sebanyak 41.2 juta menjadikan dirinya menduduki tangga ke lima Youtuber popular di Malaysia.
Jom semak, siapa Youtuber dunia yang menduduki 10 carta teratas dan berapa pendapatan yang mereka peroleh sebagai Youtuber?.Satu pertanyaan, Youtuber Malaysia masuk dalam list tak?
Forbes baru ini mengeluarkan senarai 10 Youtuber popular dunia dengan penghasilan pendapatan tertinggi dari 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018. Berikut 10 Youtuber terkaya dunia menurut versi Forbes mengikut nombor 1 hingga 10.
Ryan ToyReview (USD22 juta) – Tak padan kecil tapi sudah ada pendapatan cukup tinggi. Ryan baru berusia 7 tahun namun sangat popular di seluruh dunia dengan review produk mainan. Bermula Mac 2015 di mana dirinya memberi ulasan, sehingga kini jumlah pengikutnya seramai 18 juta orang. Pendapatannya mencecah USD22 juta. Walau jumlah pengikutnya tidak sebegitu ramai namun pengaruhnya dalam industri permainan ternyata banyak membantu pendapatan keluarganya. Ryan ToyReview turut menjalin kerjsama eksklusif dengan Walmart bermula awal tahun ini.
Jake Paul (USD21.5 juta) – Adik kepada Logan Paul ini semakin dikenali di dunia Youtuber. Paul kerap menghasilkan vlog harian dan video rapnya kepada lebih 18 juta pengikutnya setiap minggu. Seperti abangnya, Logan, Jake bermula dalam dunia sosial Vine (yang kini sudah tiada) dan berjaya mengumpul 5 juta pengikut dan 2 juta tontonan videonya dan sejak itu namanya terus popular.
Dude Perfect (USD20 juta) – Jika Youtuber lain memilih isu-isu semasa dan hiburan, Dude Perfect pula fokus pada dunia olahraga yang menampilkan aksi luar biasa. Saluran ini dilakukan lima orang iaitu kembar Cory dan Coby Cooton, Garrett Hilbert, Cody Jones dan Tyler Toney yang kesemuanya penuntut di Texas A&M University. Popularnya mereka sehingga pernah dijemput di Good Morning America dan beberapa acara ESPN. Seiring popularnya mereka, Dude Perfect juga telah menghasilkan video dengan sejumah atlet professional termasuk Odell Beckham Jr, Drew Brees, Chris Paul dan Dale Earnhardt Jr.
DanTDM (USD18.5 juta). Streamer video game berasal dari Australia, Daniel “DanTDM” Middleton adalah Youtuber yang menerima bayaran tertinggi tahun lalu dengan jumlah USD16.5 juta. Pendapatannya meroket, begitu juga penghasilan pakaian peribadi keluarannya. Middleton terkenal selepas melakukan streaming di permainan Minecraft dan baru-baru ini dilantik dalam Ralph Breaks The Internet Disney sebagai e-Boy.
Jeffree Star (USD18 juta) – Sebelum terkenal di You Tube, Jefree Star telah terkenal di saluran MySpace sebelum dia beralih ke You Tube sejak 2014.Banyak penghasilannya mengenai kecantikan, tutorial dan vlog peribadi. Dia mempunyai 13 juta pelanggan dengan penghasilan 300 video.
Markiplier (USD17.5 juta) – Mark Edward atau “Markkilpier” antara You Tuber popular lebih dari 5 tahun lalu. Dirinya sering berkolaborasi dengan You Tuber berpengaruh lain. Sebelum menjadi You Tuber, Markiplier belajar dalam bidang jurutera perubatan namun berlaku beberapa kejadian yang membuatnya berubah mengejar karier di You Tube. Pernah didiagnose ada ketumbuhan, putus dengan kekasihnya, diberhentikan kerja dan akhirnya dirinya memilih memulakan pendapatan melalui channel You Tube. Kini dia mempunyai 23 juta pengikut.
VanoosGaming (USD17 juta) – VanoosGaming adalah saluran yang ditubuhkan oleh gamer berasal dari Kanada iaitu Evan Fong. Dalam videonya, Evan jarang memunculkan diri namun editingnya yang sangat menarik, berbentuk komedi dan karya seni yang asli menjadikan salurannya dikenali ramai. Untuk menambah pendapatan, dia mereka pakaian dan muzik yang diberi nama Rynx.
Jacksepticeye (USD16 juta) – Streamer permainan video Irlandia, Sean “Jacksepticeye” McLouughlin adalah salah seorang You Tuber pertama yang menjadi sebahagian dari jaringan Revelmode yang ditaja oleh Disney dari PewDiePie sekaligus membuatkan dirinya mengumpul jumlah pengikut yang besar. Namun bila Disney membuang Revelmode, Mc Loughlin akhirnya beralih ke Disney XD, saluran tv yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan golongan remaja. Kerjayanya sebagai hos membawanya ke Eropah dan Amerika Utara sekaligus membuatkan meraih pendapatan USD16 juta.
PewDiePie (USD 15.5 juta) – Sebelum ini Felix “PewDiePie” Kjellberg adalah Youtuber paling sukses di dunia. Namun skandalnya baru-baru ini yang menuduh pengikut video game sebagai rasisme dan anti- Semitisme telah membuatkan dirinya kehilangan tajaan pendapatan. Biarpun begitu, dia berjaya meningkatkan jumlah pendapatnnya kepada USD3.5 juta dollar. Masa yang sama PewDiePie masih memiliki pelanggan terbanyak dari setiap akaun tunggal di You Tube dengan lebih 92 juta langganan tetapi saluran You Tube yang memberi fokus kepada Bollywood T Series menjatuhkan pendapatnnya.
Logan Paul (USD14.5 juta)– Vlogger Logan Paul antara You Tuber popular dan memberi pendapatan tertinggi empat tahun lalu. Namun ratingnya mula jatuh apabila dia menyiarkan mayat mangsa bunuh diri di Hutan Aokigahara, Jepun, lokasi terkenal bunuh diri mengakibatkan You Tube mengeluarkannya dari program Google Preferred yang mempengaruhi pendapatan iklanya. Namun salurannya terus mengumpul pengikut dan mendapat pendapatan dari dagangan peribadi dan penampilan selebriti. Sekalipun terpalit kontroversi di Jepun, tapi dia berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak USD2 juta dalam setahun.
Ternyata, You Tuber Malaysia belum berjaya mencapai tahap sebagaimana You Tuber di luar negara kerana hanya Namawee mempunyai jumlah pengikut 1.1 juta sekaligus meletakkan dirinya sebagai You Tuber popular di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun diasak dengan bermacam-macam kontroversi pada minggu ini dek gaya pemakaian sewaktu melakukan persembahan di sebuah festival muzik hujung minggu lalu, kumpulan sensasi Dolla tidak membiarkannya melunturkan semangat mereka untuk meluncurkan single terbaru, tengah malam tadi.
Buat kali pertama, Dolla tampil berduet bersama penyanyi serta komposer berbakat, Naim Daniel.
Menariknya, lagu berjudul – jom tarik nafas panjang-panjang – Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat (LYPS) ini sebenarnya telahpun dicipta Naim sejak dua tahun yang lalu. Hanya baru-baru ini Naim ‘melamar’ Dolla untuk berkolaborasi.
Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat
Dolla x Naim Daniel, 2022
LYPS secara tidak langsung membuka jilid baharu dalam genre muzik yang dipersembahkan Dolla. Jika sebelum ini, grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Angel dan Sabronzo itu selesa dengan lagu rancak; menerusi LYPS mereka mengeksplorasi rentak balada sedih pula.
Ternyata, respon yang diterima oleh iDolla sejak semalam cukup positif. Bukan saja liriknya indah ditulis oleh Naim, malah gandingan vokal penyanyi berusia 24 tahun itu bersama Dolla begitu cantik diadun.
Tapi itulah kan, panjang betul tajuk lagunya! Hehe..
Tahukah korang, selain Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat, terdapat lagi beberapa lagu yang judulnya memang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk kita hafal.
Jom lihat lima buah lagu di bawah, serius lagu-lagu ini wujud!
I Slept With Someone in Fall Out Boy and All I Got Was This Stupid Song Written About Me Fall Out Boy, 2005.
You Probably Couldn’t See For The Lights But You Were Looking Straight At Me Arctic Monkeys, 2006.
There’s A Good Reason These Tables Are Numbered, Honey, You Just Haven’t Thought Of it Yet Panic At The Disco, 2005.
Hope Is A Dangerous Thing For A Woman Like Me To Have – But I Have It Lana Del Rey, 2019.
Mengintai Dari Tirai Kamar (Buih Jadi Permadani) Exists, 1997
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.
Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.
Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
– 1 ekor ayam
– 6 sudu besar tepung jagung
– 6 sudu besar tepung beras
– 3 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk dikisar:
– 6 ulas bawang putih
– 2 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 2 sudu besar rempah kari
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak
Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?
Selamat mencuba!
Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!