Berita

“Kalau Dihargai Syukur, Kalau Tidak Pun Tak Mengapa” –Cik B Kongsi Pandangan Tentang Keikhlasan Dalam Persahabatan

Share

Penyanyi dan personaliti media sosial, Cik B tampil berkongsi pandangannya mengenai isu dirinya yang berkemungkinan dipergunakan oleh pihak lain dalam sesebuah hubungan persahabatan.

Menerusi satu hantaran di Threads, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu menjawab persoalan seorang netizen yang bertanya sama ada dia bimbang jika ada individu mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Ramai tanya CikB takut tak orang pergunakan CikB. Tak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai syukur, kalau tidak pun tak mengapa,” tulisnya.

Menurut Cik B, keikhlasan merupakan perkara paling penting dalam sesebuah hubungan dan dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan jika ada pihak yang tidak menghargai dirinya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji kematangan yang ditunjukkan oleh Cik B dalam menangani situasi seperti itu.

Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan penyanyi muda itu sebagai seorang yang berhati baik dan sentiasa ikhlas dalam menghargai orang di sekelilingnya.

Sikap terbuka serta pandangan positif yang dikongsikan Cik B itu turut membuatkan ramai tersentuh, selain menganggap ia sebagai satu peringatan bahawa keikhlasan dalam persahabatan tidak seharusnya mengharapkan balasan daripada sesiapa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath