Nak pandu kereta rasanya semua orang boleh pandu dengan baik, tidak kira la sama ada lelaki atau pun perempuan. Tapi, tak semua pula tahu bagaimana nak menjaga kereta agar kondisi kekal tip top!
Mungkin untuk cik abang dekat luar sana tu dah memang ‘master’ bab-bab jaga kereta. Maklum saja, kereta kan ‘bini’ kedua kaum lelaki.
Cuma, untuk akak-akak yang tak berapa nak tahu dan ambil tahu, jangan risau sebab ada seorang brother ni cukup prihatin dengan kaum Hawa dan dia telah pun berkongsi tip penjagaan kereta khusus buat wanita. Sweet kan? Hiks!
Jom baca thread twitter yang dibuat oleh Sheikh Obaid ini.
Lepas ni, boleh la akak-akak dekat luar tu belajar serba sedikit tentang kereta. Nanti tak ada la mereka kata perempuan ni hanya tahu bawa tapi tak tahu jaga kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua telah maklum tentang kemangkatan Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim pada Sabtu lalu.
Semestinya seluruh Brunei Darussalam terkesan dan bersedih di atas kemangkatan almarhum. Namun ada satu titipan di laman Instagram yang cukup menyentuh hati.
Hantaran Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen seolah-olah membuka isi hati dalam menzahirkan kerinduan beliau kepada almarhum kekandanya itu.
*
“Tiada hari yang suram bila abang Azim berada bersama kami. Dia selalu menyakat, berlawak dan tidak mengambil kehidupan ini dengan terlalu serius.
“Ketawanya cukup membuatkan orang lain tersenyum juga tidak kiralah perkara itu kelakar atau pun tidak, yang pastinya kami akan tertawa juga. Dia semestinya menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.
“Saya menghabiskan setiap hari semasa kecil dengan abang saya dan dia banyak mengajar saya dan juga menjadikan siapa saya hari ini, dan untuk itu saya sangat bersyukur. Awal tahun ini, abang saya telah didiagnos dengan vasculitis sistemik yang teruk yang mana ia merupakan penyakit autoimun yang mana menyebabkan antibody menyerang tisu badannya sendiri.
“Pada masa yang sama dia juga turut berdepan dengan gangguan bipolar yang menjadikan perjuangannya melawan penyakit lebih susah.
Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim, Bonda dan Kekanda. Sumber gambar via Instagram @tmski
“Akhirnya, abang saya kalah dengan kegagalan beberapa organ disebabkan oleh jangkitan kuman yang berterusan disebabkan oleh penyakit autoimun yang menjadi sebab kemangkatannya pada pagi 24 Oktober 2020.
“Kami mahu berkongsi tentang penyakit ini kerana saya tahu itu adalah apa yang abang saya mahukan. Dia merupakan penyokong besar terhadap pelbagai kempen kesedaran.
“Seluruh keluarga dan juga saya sangat patah hati dan semestinya kami terlalu sayang padanya. Kami tahu yang Allah lebih menyayanginya dan benarlah yang kita semua milik Allah dan kepadaNya juga kita akan pulang.
“Terima kasih semua di atas ucapan takziah dan mengingati Pengiran Muda Abdul Azim dan keluarga saya difikiran dan juga doa anda. Kami semua ok, kami hanya merinduinya. Sehingga kita berjumpa lagi bang. Al-Fatihah.”
Sumber gambar: Tangkap layar via Instagram @tmski
Itulah bait kata-kata luahan hati seorang adinda kepada kekandanya. Tulisan Pengiran Muda Abdul Mateen ini memberikan kita kesedaran yang sentiasalah berkasih sayang dan hargai adik-beradik yang kita miliki.
Dalam hantaran ini ramai personaliti antarabangsa yang turut menyampaikan kata-kata takziah termasuklah supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell.
Sumber: Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen @tmski
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas ratu cantik negara yang kini bergelar pelakon meningkat naik, Sanjna Suri menyuarakan pandangannya berkenaan isu video tular baru-baru ini melibatkan trio penyampai radio ERA iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy.
Sanjna, 32 menerusi satu entri di bahagian Instagram Story berkongsi bahawa dirinya pernah bekerjasama bersama mereka bertiga. Sepanjangan perkenalan, ketiga-tiganya menurut Sanjna telah bersikap profesional, baik dan menghormatinya sebagai rakan seindustri serta sebagai seorang selebriti daripada kaum India.
Disebabkan terpalit dengan kontroversi video yang menunjukkan kelakuan yang mencuit sensitiviti masyarakat beragama Hindu pada awal minggu lepas, Sanjna merasa sedikit terkilan apabila trio tersebut terpaksa berdepan serangan warganet daripada segelintir pihak sehingga ada yang mengugut menjatuhkan karier mereka menerusi budaya ‘cancel culture’.
Pelakon dan Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjna Suri.
“Kesilapan selalu terjadi, kita semua adalah manusia biasa. Mereka juga telah memohon maaf. Saya faham ada pihak yang terkesan dengan apa yang terjadi namun saya benar-benar percaya ia tidak berlaku dengan niat yang tidak baik.
“Usahlah kita terlalu menekan budaya ‘cancel culture’ terutama terhadap mereka yang tidak pernah berniat untuk mewujudkan sifat perkauman. Keharmonian dan kasih sayang terhadap satu sama lain sekian lama menjadi tunjang menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia,” ulasnya.
Pelakon yang menempa nama menerusi filem Pulau itu juga meminta maaf sekiranya pandangannya ini tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. Jauh sekali niatnya untuk mencurah minyak ke bara api.
Namun sebagai penggiat seni dan pempengaruh, Sanjna merasakan adalah tanggungjawabnya untuk merapatkan kembali hubungan yang mungkin sedikit goyah sesama kaum di Malaysia akibat isu tular berkenaan.
“Lelaki-lelaki ini adalah orang terakhir yang ingin menjadi rasis. Malah, orang yang benar-benar menyimpan sikap rasis tidak akan secara sengaja melakukan sebegitu rupa di depan kamera. Ia jelas merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.
“Saya tidak sabar untuk semua ini berakhir dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu semalam; Nabil, Azad dan Radin dilaporkan tidak akan dikenakan tindakan kompaun oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Sebaliknya, hanya pengendali stesen radio ERA iaitu Maestra Broadcast yang dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 oleh MCMC.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan pelancaran single terbaharu berjudul ‘Sejarah’ selepas dinobatkan sebagai Biduanita Negara.
Menerusi perkongsian di Instagram, Siti Nurhaliza berkata beliau ingin mengabadikan perjalanan seninya menerusi karya komposer tersohor Indonesia Erwin Gutawa, setiap detik manis dan penghargaan diraih dalam kariernya dipaparkan pada kulit lagu album tersebut.
“Sejarah perjalanan seni saya selama ini saya abadikan sebahagiannya pada cover art single Sejarah. Lagu Sejarah sudah boleh dilanggan dan strim di seluruh platform digital”
Sebelumnya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar TokTi menyifatkan anugerah diberikan kepadanya bukan sekadar pengiktirafan terhadap kerjaya seninya, tetapi turut didedikasikan buat semua pejuang seni tanah air.
“Pertama sekali, dengan penuh keinsafan dan rendah diri, saya ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas penganugerahan Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada ramai pihak termasuk kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas anugerah tersebut.
Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerima Anugerah Biduanita Negara
“Saya berikrar untuk terus menggandakan usaha memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijaga dan dihargai kerana inilah warisan yang perlu dipelihara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa yang kini berusia 45 tahun itu merupakan individu ketiga dianugerahkan gelaran tersebut selepas Allahyarhamah Datin Saloma pada 1978 dan Allahyarhamah Datuk Hajah Sharifah Aini pada 2006.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan bebas Ismahalil diketepikan selepas Mahkamah Rayuan mensabitkannya atas pertuduhan mengedar kanabis dan menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun.