
Dalam kelam ekonomi dek pandemic Covid-19, antara golongan yang terkesan adalah pelajar. Yuran tetap perlu dibayar sama walaupun pembelajaran diadakan secara atas talian. Ditambah pula dengan ibu bapa kehilangan kerja, pasti bebanan terpalit kepada anak-anak yang masih belajar.
Terbaru dalam usaha membantu para pelajar ini, kakitangan akademik dan pengurusan di Nanyang Technological University, Singapura (NTU) telah mendermakan jumlah cuti tahunan mereka yang masih belum digunakan kepada pihak universiti.

Sebanyak 20,145 hari cuti telah didermakan oleh 1,821 kakitangan dan jumlah cuti tersebut benilai lebih S$10 juta bersamaan lebih RM30 juta. Setiap kakitangan dikatakan telah mendermankan purata 11 hari cuti mereka dan paling banyak ada yang menderma 15 hari.
Dalam laporan The Straits Times, menurut Tan Aik Na yang merupakan naib pengerusi kanan bahagian pengurusan, “Sesetengah pelajar mempunyai ibu bapa yang kehilangan kerja atau pun gaji dikurangkan akibatkan oleh Covid-19. Jadi sangat penting bagi kami untuk membantu para pelajar ini Ketika pandemik ini melanda.”
Usaha ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu generasi muda menjalani pendidikan yang terbaik tanpa sebarang kekangan terutamanya kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya! Jenama Kecantikan Korea, Mamonde Dibuka Juga Di Sarawak

Tak perlu lagi korang dari Sarawak untuk bersusah payah terbang ke Semenang untuk mendapatkan produk dari Mamonde selepas ini.
Sebelum ini, Mamonde telah menemui penggemar jenama penjagaan kecantikan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. Dan daripada sambutan yang diterima, ramai yang mengakui akan keberkesanan produk buatan Korea Selatan itu.
Kini, tiba masa untuk kiosk pertama Mamonde dibuka di Sarawak pula!

Bertempat di Ground Floor Vivacity Megamall, Kuching, korang boleh mendapatkan produk berasaskan bunga yang terbaru daripada jenama itu. Antara produk yang dijangka akan menjadi pilihan rakan-rakan kami di Sarawak ialahPang Pang Hair Shadow, Creamy Tint Squeeze Lip, Pore Clean Blackhead Stick, Everyday Sun Stick, Rose Water Toner dan banyak lagi.

Walaupun kiosk-nya tidaklah sebesar stor biasa, tetapi mereka pasti mempunyai stok yang disediakan khas untuk korang.
Tambahan pula dengan sijil Halal yang diterima Mamonde baru-baru ini daripada JAKIM, lebih ramai yang yakin untuk menggunakan jenama itu selepas ini.
Dengar cerita, kiosk kedua Mamonde akan dibuka di Lembah Klang pula pada tahun hadapan. Tak sabar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Paling Mudah Masuk Syurga, Hanya Baca AYAT KURSI Setiap Habis Solat Fardu

Apa ada pada ayat Kursi?
Di dalam surah al Baqarah ayat 255, ayat kursi disebut sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.
Ayat kursi diturunkan selepas berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. Dan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis yang sudah berjanji untuk menyesatkan umat hingga ke akhir zaman juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang akan menjadi halangan dalam perjuangan mereka (sebab itulah dalam cerita-cerita Melayu, banyak menunjukkan pengamal perubatan membaca suratul kursi ketika “pertembungan” dengan jin dan syaitan dalam usaha menghapuskan / membakar mereka).
Selepas turunnya ayat kursi ini, maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya. Antara lain seperti dikongsikan dalam blog Shafiqolbu ayat ini disebut “Ayat Kursi” kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Membawa maksud, Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Membaca ayat Kursi memberikan banyak kelebihan seperti mana di dalam hadis daripada Abu Umamah RA.
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie .
Jadi cara paling mudah masuk kiat semua masuk ke syurga Allah hanyalah kita perlu membaca ayat Kursi sebaik habis solat. Jangan ditinggalkan kerana ternyata ia akan merugikan kita sendiri di Padang Masyhar kelak.
Sebelum diakhiri dengan doa yang sering kita minta kepada Allah SWT, biasakan diri membaca ayat kursi sebelum diakhiri dengan doa. Ternyata ganjaran dan kelebiha yang ditawarkan bagi kita dengan mudah memasuki syurga Allah sangat mudah dan rugi jika kita tidak serius mengamalkannya.
Untuk perkongsian kita juga, turut dinyatakan beberapa kelebihan membaca ayat kursi ini.
Antaranya, dari Anas bin Malik r.a. berkata,
"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat." Fadhilat ayat Kursi selainnya:* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
Sebenarnya banyak lagi kelebihan membaca ayat kursi ini dan dengarkanlah video perkongsian ustaz Jafri, Dr Abdul Basit | Dr Khalid Basalamah | Tuan Guru Dato' Ismail Kamusmengenai kelebihan membaca ayat kursi ini selepas solat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Sahabat Beli Rumah Bernilai RM2.4 Juta Untuk Kehidupan Bersama Selepas Bersara

Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang, tetapi dikurniakan sahabat yang baik juga antara perkara yang korang perlu bersyukur.
Bukan semua orang boleh bersusah-senang bersama kita. Hanya sahabat sejati yang ikhlas sentiasa berada di belakang, tak kiralah di saat susah mahu pun senang.
Kadang-kadang, ada yang lebih rapat dengan sahabat berbanding keluarga sendiri. Betul tak?
Mana tidaknya, keluarga berada jauh diperantauan, jadi hanya berharap pada kawan-kawan yang terdekat saja untuk meminta bantuan bila dalam kesusahan.
Ini yang berlaku di China, apabila sekumpulan 7 orang sahabat membeli sebuah rumah sebagai perancangan untuk mereka bersama setelah bersara nanti.
Pergh, sweetnya!
Menurut ET Today via World of Buzz, mereka telah pun saling mengenali sejak lebih dari 10 tahun yang lalu ketika masing-masing bekerja di sebuah syarikat surat khabar yang sama. Difahamkan, ketujuh-tujuh orang daripada mereka mempunyai latar belakang yang sama, dan kerana itu yang membuatkan mereka serasi.

Perancangan bersama
Bila ada masa berkumpul bersama, mereka tidak pernah bercakap soal keluarga mahu pun peribadi, sebaliknya lebih kepada membincangkan hal-hal yang berlaku disekeliling.
“Pada waktu itu, kami sering tertawa dan bergurau apabila sudah tua nanti, kami akan berada di sebuah rumah yang dikelilingi oleh alam semula jadi dan bersara bersama-sama setelah 20 tahun akan datang,” kata salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Jin Du.
Ketika itu sebahagian daripada mereka sudah pun berpindah ke negeri lain, ada juga yang sudah berkahwin dan membuka bisnes mereka sendiri.
Pada 2018, mereka bertemu di Beijing untuk ulangtahun persahabatan yang ke 10 dan bila ada yang membuka topik persaraan membuatkan mereka teringat semula akan janji untuk membeli rumah dan bersara bersama.

Tanpa mahu menunggu 20 tahun lagi, sekumpulan sahabat ini telah pun membeli sebuah rumah tiga tingkat yang bernilai lebih kurang RM2.4 juta. Dilengkapi dengan ruang tontonan kaca dan menghadap kehijauan sawah padi, sudah tentu ramai daripada kita juga inginkan friendship goals seperti ini.

Rumah ini menjadi tempat berkumpul semasa musim perayaan dan membawa bersama keluarga masing-masing untuk mengeratkan lagi hubungan baik di antara satu sama lain.
Buat masa ini, mereka masih mempunyai kehidupan masing-masing dan bersetuju untuk menjadikan rumah tersebut untuk disewakan sebagai homestay sebelum mereka bersara nanti.

Nampak seperti pertalian mereka bukan hanya sekadar sahabat, malah lebih kepada seperti ahli keluarga sendiri. Diharap persahabatan ini kekal dan semoga kita juga boleh melakukan sedemikian bersama sahabat baik sendiri.
Betul-betu #friendshipgoals ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

