‘Kaki Gym’ Teruja Pusat Gimnasium Dibuka Semula Esok, Bukan Itu Je..

Share

 

Tapi ada syaratnya..

 

Setelah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula Rabu lalu, rakyat di tiga buah negeri berkepadatan mega ini mengeluh dengan norma baharu yang perlu mereka patuhi.

Ada di antara peraturan tersebut telah menghalang mereka daripada melakukan rutin harian seperti bersenam.

Ini berikutan perintah penutupan pusat gimnasium dan kemudahan bersukan secara serta-merta.

BAGAIMANAPUN, ada berita baik untuk korang yang ingin mengeluarkan peluh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telahpun mengumumkan kebenaran untuk gimnasium, padang bola sepak dan pusat futsal kembali beroperasi mulai ESOK!

Foto: Instagram Ikmal Amry.

“Memandangkan aktiviti di gimnasium dilaksanakan secara individu dengan penjarakan fizikal, maka kami bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat yang ditetapkan sebelum ini,” jelas beliau.

Bagi korang yang teruja untuk bermain bola sepak ataupun futsal, ia boleh dilakukan dengan syarat tertentu.

Perlawanan hanyalah berbentuk latihan dan terhad kepada 10 peserta pada satu-satu masa. Pada hemat REMAJA, ia bermaksud tiada penonton luar yang dibenarkan untuk mengerumuni kawasan tersebut.

Padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya dibuka untuk latihan saja.

Walaupun kembali dibenarkan untuk bersukan, itu tidak bermakna korang boleh terlepas daripada memakai pelitup muka di luar gelanggang. Untuk pengetahuan, seramai 460 individu telah dikomaun semalam kerana kesalahan tersebut dan kesalahan ingkar dengan arahan penjarakan fizikal. And we do not want to spend our hard earned money this way, right?

Bersukan demi kesihatan, tetapi jangan sesekali mengabaikan keselamatan di luar gelanggang okay.

Bagi yang masih tidak pasti dengan larangan rentas daerah di tiga buah negeri ini, klik artikel di bawah.

 

IKLAN