Usahawan sensasi yang sering mencuri perhatian ramai, Kak KM mengakui dia tidak pernah meletakkan sebarang tekanan kepada anak-anak untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan bersama keluarganya.

Sebaliknya, dia lebih selesa membiarkan anak-anaknya menentukan sendiri hala tuju kehidupan mereka, mengikut minat dan kecenderungan masing-masing, terutamanya apabila ada di antara mereka yang masih bergelar pelajar.

BACA: Puteri Sulung Kak KM Berkelana Sebagai Anak Kapal Singapore Airlines, “Nak Lepaskan Anak Itu Tak Mudah…”

Kak KM  Lebih Selesa Anak Pilih Laluan Hidup Sendiri, Sentiasa Pesan Jaga Solat

“Belum masanya lagi sebab saya sendiri tidak mahu memaksa mereka. Macam Nabila sudah ada kerjaya sendiri. Faris pula masih lagi belajar.

“Saya tak mahu kacau. Biarlah dia belajar terlebih dahulu. Apa pun saya percaya setiap ibu bapa ada perancangan dan pendapat masing-masing,” katanya.

Tambah Kak KM lagi, walaupun dia pastinya mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya, namun pilihan kerjaya dan masa depan adalah hak masing-masing.

“Siapa yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak-anak? Cuma macam anak-anak saya, setakat ini kalau halakan kamera, mesti malu-malu tutup muka lagi.

Ads

“Kalau minat berniaga nanti, jom kita sama-sama. Kalau sebaliknya, saya sokong saja apa yang terbaik untuk mereka,” tambahnya.

BACA: Anak Sulung Kak KM Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Malaya! – Remaja

Kak KM  Lebih Selesa Anak Pilih Laluan Hidup Sendiri, Sentiasa Pesan Jaga Solat

Ads

Dalam masa yang sama, Kak KM turut meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Nabila Razman, kini telah diterima bekerja sebagai kru penerbangan.

Namun sebagai seorang ibu, perasaan berat hati untuk berjauhan tetap ada, apatah lagi apabila tempoh kontrak kerja mencecah lima tahun.

“Alhamdulillah, bagi saya itu memang rezeki dia. Cuma jauh di sudut hati saya tak rela lagi anak pergi (berjauhan) tapi tidak mengapalah demi tanggungjawab dan tugas.

Ads

“Belum sedia untuk kami berpisah sebab kontrak kerjanya lama iaitu lima tahun. Mahu tak mahu, kena teruskan juga.

“Cuma sebagai ibu apa yang boleh saya harapkan ialah supaya dia tahu jaga diri, itu paling penting. Bila kita jauh itulah sajalah yang boleh kita pesan.

“Solat jangan lupa sebab dia jauh dengan saya. Kalau jadi apa-apa kita minta doa kepadaNya. Hari-hari kena dirikan solat. Itu pesan saya pada anak,” ujarnya lagi.

Kak KM yang juga anak kepada pelakon legenda Normah Damanhuri turut menyatakan bahawa dia sering mengikuti perkembangan Nabila di media sosial dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anaknya, termasuk yang masih menuntut ilmu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads