Gaya Hidup

“Kahwin Dengan Pasangan Bawah Umur Umpama Memetik Bunga Yang Belum Mekar” -Puteri Balqis

Share

Perkahwinan dengan pasangan bawah umur umpama ‘memetik bunga yang belum mekar’.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasih ‘British Accent’ Tuai Pujian Netizen, Puteri Balqis Rujuk British Council & Youtube

Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis menzahirkan rasa terkesan dan sedih setiap kali mengenangkan isu perkahwinan bawah umur yang membabitkan remaja perempuan dengan lelaki berusia lebih tua.

Berkata kepada Remaja, mereka sememang mudah dipengaruhi untuk berkahwin tanpa asas kukuh malah perkahwinan itu mungkin menimpakan tekanan yang sangat berat kepada remaja terbabit.

“Ia seperti ‘bunga’ yang dipetik ketika ia belum mekar lagi. Kanak-kanak bukannya tahu apa-apa, jadi ia juga mungkin boleh jadi satu pengalaman yang traumatik sebab mereka sangat gullible (mudah terpedaya).

“Apabila fikirkan soal ini saja saya dah nak nangis. Sebab isu kanak-kanak kahwin di usia muda amat dekat di hati saya,” katanya.

Meskipun pahit untuk ditelan, kata pelakon drama hit Akulah Balqis itu, isu perkahwinan bawah umur sebenarnya sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Ini suatu isu sensitif, tapi jarang diperkatakan. Kepada kamu yang terpaksa lalui pengalaman itu, saya sayang kamu semua.  Kamu ada jiwa yang boleh mekar lebih hebat, kuatkan hati,” ujarnya lagi.

Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.

Terlanjur Cinta hasil cetusan idea Erma Fatima yang mengangkat tema pengorbanan seorang anak kepada keluarga sehingga perlu berkahwin pada usia muda.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Puteri Balqis


IKLAN