Sejarah tercipta di malam anugerah Oscars sebentar tadi apabila filem Korea Selatan, Parasite menang besar menerusi beberapa kategori utama.
Parasite membawa pulang anugerah Best Picture (Filem Terbaik) sekaligus menjadi filem bahasa asing pertama yang memenanginya dalam sejarah 92 tahun penganjuran Oscars.
Selain daripada ketegori tersebut, Parasite juga mencipta kemenangan dalam kategori Pengarah Terbaik (Boon Joon Ho), Filem Antarabangsa Terbaik (dahulunya dikenali sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik) dan Skrip Original Terbaik.
Parasite turut dicalonkan untuk Rekaan Produksi Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik.
“Saya speechless. Kami tak sangka ini akan terjadi dan kami amat gembira,” kata produsernya Kwak Sin Ae sebelum menyambung, “Saya merasakan ini adalah momen bersejarah yang sedang berlaku.”
Seluruh dewan Dolby Theatre di Los Angelas berdiri memberikan penghormatan kepada pelakon dan kru filem Parasite selepas ia diumumkan sebagai pemenang utama malam itu.
Ads
“Kami juga ingin berterima kasih kepada kesemua penonton filem di Korea Selatan yang telah menyokong filem keluaran negara kami dan tidak pernah gentar untuk memberi pendapat mereka terhadap filem kami.
“Ia membuatkan kami sentiasa cuba melakukan lebih baik (pada masa akan datang).”
*
Di platform media sosial, netizen rata-ratanya teruja dengan kemenangan tersebut.
Ads
Pengarah Crazy Rich Asians, Jon Chun berkata, “Parasite Parasite Parasite Parasite! Oh my gawwwdddd Parasite did it!!!! South Korea did it. History made.”
Parasite mengisahkan tentang perbezaan status 2 buah keluarga – di antara keluarga susah Kim dan keluarga kaya Park. Ahli keluarga Kim tinggal di rumah flat bawah tanah dan berdepan kesempitan hidup sehingga bergantung kepada pekerjaan melipat kotak piza.
Ads
Namun anak lelaki mereka, Ki Woo satu hari mendapat pekerjaan sebagai seorang guru Bahasa Inggeris kepada keluarga Park. Dari situ, keluarga Park mula memikirkan strategi untuk mengubah cara hidup mereka dengan cara tersendiri.
Dengan kejayaan ini, tak mustahil lebih banyak filem dan drama berbahasa Korea yang akan ditayangkan secara lebih terbuka di negara Barat serta memenangi lebih banyak penghargaan.
*
Bagi korang yang tertanya drama Korea manakah untuk ditonton selepas filem Parasite, REMAJA boleh cadangkan senarai ini..
Sama ada korang meminati drama terbitan Netflix, Bridgerton ataupun tidak, sukar untuk korang menidakkan rupa paras kacak yang dimiliki oleh salah seorang pelakon ‘OG’-nya, Regé-Jean Page.
Dalam drama bersiri popular itu, Page membawakan watak Simon-‘Duke of Hastings’-Basset iaitu suami kepada Daphne Bridgerton (lakonan Phoebe Dynevor). Malah korang juga pasti pernah melhat kelibatnya dalam filem Gray Man yang juga diterbitkan oleh Netflix.
Baru-baru ini, Page telah menerima satu lagi pengiktirafan tetapi kali ini, ia bukanlah mengenai skil lakonan mantapnya. Sebaliknya, ‘sains’ mengiktiraf rupa paras yang dimiliki Page lalu melabelnya sebagai lelaki terkacak di dunia!
Memetik laporan Daily Mail, pakar bedah kosmetik di London bernama Julian De Silva telah menggunakan teknik ‘golden ratio’ Beauty Phi terhadap wajahnya menerusi teknik ‘computer mapping’ tertentu.
Teknik yang sama digunapakai apabila De Silva ingin merancang perubahan terbaik yang diperlukan oleh para pesakit yang ingin menjalani pembedahan plastik atau kosmetik.
Percaya atau tidak, Page telah memperolehi skor tertinggi dalam kalangan sekelompok selebriti lelaki yang disenerai pendek bagi ‘uji kaji’ tersebut.
Page menerima skor sebanyak 93.65 mengatasi selebriti lelaki di tempat kedua iaitu Chris Hemsworth. Turut tersenarai dalam kedudukan 10 terkacak ialah Robert Pattison, Chris Evans, Harry Styles dan George Clooney.
Kesemuanya memang diakui kacak dan berkaliber, bagaimanalah mereka boleh menilai mereka mengikut kedudukan markah?! Hehe..
Khabarnya, nama Regé-Jean Page kini sedang dipertimbangkan untuk membawa watak James Bond dalam siri saganya, tidak lama lagi.
Apapun, REMAJA jujurnya menggemari Reng-Jean Page disebabkan skil lakonannya yang bersahaja dan memberi impak kepada penonton. Tak sabar rasanya untuk menantikan Page dalam filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves yang bakal ditayangkan pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia baru saja tamat meraikan World Hijab Day sepanjang bulan Februari lalu.
Tak sangka apabila ada berita gembira berkaitan dengan hijabi menemui kita pada awal bulan Mac. Seorang wanita kelahiran Melaka membanggakan Malaysia apabila beliau menempa tudung rekaannya telah dipilih untuk anggota polis Muslimah di United Kingdom.
Walaupun ramai anak Malaysia yang telah menempa nama di bumi Inggeris itu, namun kejayaan ini lebih manis apabila ia membabitkan anggota awam yang bekerja keras untuk keselamatan rakyat.
Perekanya, Dr Eliesmaziah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Elies telah memperolehi peluang tersebut setelah berjumpa dengan beberapa orang anggota polis di sebuah pameran.
“Saya lihat material pakaian seragam mereka tidak sesuai dan praktikal untuk anggota polis. Kami berbincang dan dari situlah, saya mula berhubung dengan pihak atasan polis di United Kingdom,” katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Tudung berjenama MoreSlim itu menggunakan jenis fabrik ringan, anti-bakteria dan anti-peluh yang sesuai digunakan untuk tempoh panjang, sesuailah dengan anggota polis yang lasak berkhidmat.
Tudung tersebut juga mempunyai sijil pengeshan ISO, EN (European Standard) dan AATCC (American Association of Textile Chemist & Colorists) untuk menjamin faktor keselesaan dan tahan lama.
Sejak digunakan secara rasmi pada bulan Oktober lalu oleh polis Muslimah barisan hadapan, sebulan kemudian Dr Elies diminta untuk mereka pula untuk polis Muslimah di unit taktikal.
“Saya berasa gembira bekerja dengan mereka ini yang sentiasa menghormati ilmu dan kepakaran saya. Mereka juga gemar mengambil kira idea dan faham akan kehendak orang Islam,” tambah beliau lagi yang telahpun dihubungi anggota bomba Musliman di United Kingdom pula, untuk tugasan sama.
Good job sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaannya bintang popular dari Hollywood, Bollywood dan juga Korea Selatan begitu dikenali serata dunia. Namun kini muncul pula gelombang dari dunia seni Thailand yang dilihat sudah mula ‘mengeksport’ bakat-bakat mereka agar terkenal serata dunia.
Antara salah seorang yang kini menjadi perhatian ialah pelakon, penyanyi dan model, Bright Vachrawit. Merupakan anak kacukan berdarah Thai dan Amerika Syarikat, jejaka berusia 26 tahun ini dibesarkan di Thailand oleh ibunya apabila kedua orang tuanya bercerai.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Memulakan kariernya dalam dunia seni seawal usia 15 tahun, namun begitu bintangnya benar-benar bersinar apabila membintangi drama 2gather The Series dan Still 2gather yang merupakan siri paling banyak ditonton di saluran LINE TV di Thailand.
Selain dua drama bersiri tersebut, Bright juga terpilih untuk berlakon dalam siri remake versi Thai bagi drama Boys Over Flower yang dipopularkan oleh kumpulan F4 sebelum ini.
Kemudian dia sekali lagi mencipta fenomena apabila digandingkan bersama pelakon wanita popular Thailand, Davika Hoorne dalam siri Astrophile yang menerima lebih 30 juta jumlah tontonan.
Walaupun sibuk dengan dunia seni, jejaka berusia 26 tahun ini tidak mengabaikan pendidikan. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dari Bangkok University pada penghujung tahun lalu. Menariknya majlis konvokesyennya dihadiri oleh lebih 2’000 peminat!
Lumrah kehidupan selebriti, fesyen tidak boleh dipisahkan. Dengan ketinggian dan rupa paras kacak yang dimilikinya, Bright menjadi pilihan banyak jenama fesyen antarabangsa. Apatah lagi kehadiranya dalam majlis fesyen telah memberikan jenama tersebut nilai media yang gah bernilai jutaan dolar.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Jenama seperti Prada, Chanel dan Louis Vuitton bekerjasama dengannya bagi menaikkan lagi imej mereka di rantau Asia Tenggara. Tahun lalu, Bright telah menjadi duta global Burberry dan dia merupakan selebriti Asia Pasifik Selatan pertama seumpamanya yang dipilih untuk menggalas tugas itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.