Juri MasterChef UK ‘Digoreng’ Netizen Malaysia, Indonesia & Singapura Gara-Gara Komen Rendang Crispy

Share

Korang sebagai pengguna laman media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook pastinya sudah tahu akan berita tular tentang ‘rendang’ yang hangat diperkatakan sejak semalam.

Ia gara-gara komen daripada dua juri MasterChef UK iaitu John Torode dan Gregg Wallace kepada peserta rancangan tersebut yang berasal dari Kuantan, Malaysia. Peserta dari negara kita yang bernama Zaleha Kadir Olpin tampil mempersembahkan nasi lemak bersama rendang ayam.

Namun, apa yang keluar dari mulut dua juri ini telah ‘menggegarkan’ laman media sosial di Malaysia. Komen yang mengatakan rendang dimasak oleh Zaleha tidak cukup cirspy dan tidak sesuai dihidangkan bersama nasi lemak telah menimbulkan kemarahan netizen.

Apa tidaknya, sejak bila RENDANG itu CRISPY?!

Pelbagai reaksi telah diberikan terhadap komen dari dua juri yang nampaknya seakan tidak tahu tentang perkara paling asas dalam masakan rendang.

Netizen pantas memberikan rekasi dan komen yang memerli dua juri tersebut. Menariknya, isu ‘rendang’ ini juga telah menyatukan rakyat dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei yang sama-sama mengecam kedangkalan dua juri tersebut.

Antara ikon yang turut bersuara ialah chef kebanggan negara iaitu Datuk Chef Wan. Jelasnya menerusi menerusi Instagram, “Buat salah minta maaf sajalah. Jelas, dua badut ini memang tidak tahu apa-apa tentang penyediaan juadah Malaysia.”

Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah respons oleh John Torode kepada salah seorang pengguna Twitter. Owhhh no, he did not! OMG!

Cubaannya untuk memecah belahkan rakyat Malaysia dan Indonesia berkenaan rendang ternyata tidak berjaya. Lebih menjengkelkan lagi dia turut mengakhiri ucapan dengan ‘namaste’ yang obviously merupakan kata-kata berasal dari India. Adakah dia beranggapan semua negara Asia ini sama? Sangat condescending

bukan?

Pemimpin negara juga turut memberikan respons mereka di Twitter dan antara yang paling mendapat perhatian ialah daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimana pula dengan netizen? Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Natijahnya mereka ‘digoreng’ dan kena troll habis-habisan di Twitter dan Facebook.

Malah ada juga yang nakal pergi ke laman Wikidepedia John Torode dan mengubah info peribadya yang mengatakan dia percaya rendang sepatutnya dijadikan ‘crispy‘.

Nakal betul!

Diharapkan di masa akan datang tidak akan berlaku lagi kesilapan seperti ini oleh mana-mana juri masakan dalam apa jua program TV. Don’t mess with Malaysia food!

IKLAN