Jungkook (BTS) Satu-Satunya Selebriti Asia Tersenarai Sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Share

Wow, nama Jungkook telah tersenarai sebagai 10 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut Gazette Review.

Anggota kumpulan BTS ini menjadi satu-satunya selebriti Asia yang dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.

Perghh, patutlah ramai yang tergila-gila dengan mamat ni. Hiks!

Walau bagaimanapun, penilaian ini bukan saja dibuat berdasarkan paras rupa semata-mata, tetapi turut mengambil kira daripada aspek kekayaan, kejayaan yang diraih dalam industri dan juga mengikut survey

yang telah dibuat.

Jungkook berada di tangga ke 9 dan apa yang membuatkan dia tersenarai adalah bukan hanya kerana berbakat dalam bidang nyanyian dan rapping, malah Jungkook juga seorang yang pandai memasak.

Hey, memang husband material dia ni!

Apa-apa pun mesti die hard fans BTS bangga kan?

Saranghaeyo, Jungkook. Eh! Hehe..

Sumber: Koreaboo

IKLAN