Jumlah Pinjaman PTPTN Yang Layak Diperoleh Perlu Pelajar Lepasan SPM Ambil Tahu

Share

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah pun diketahui semalam dan sudah pasti selepas ini ramai lepasan SPM yang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT sama ada IPTA atau IPTS, apa yang perlu korang buat adalah untuk membandingkan jumlah yuran pengajian dengan jumlah pinjaman PTPTN yang layak diperoleh.

Menurut apa yang dikongsi oleh Mustaffa Abdullah, selaku penceramah halatuju pendidikan selepas PT3/SPM/STPM /Personal, persediaan awal perlu dibuat dan jangan bila dah daftar baru sedar jumlah pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Berikut merupakan jumlah pinjaman PTPTN yang diberi mengikut institusi dan peringkat pengajian yang boleh korang rujuk.

Jumlah pinjaman setahun diberikan mengikut peringkat iaitu maksima untuk pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), 75% daripada pinjaman maksimum bagi pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 dan 50% daripada pinjaman maksimum untuk pendapatan keluarga melebihi RM8,000.

Jumlah pembiayaan yang diberi oleh PTPTN adalah tetap dan yang berbeza adalah yuran pengajian di IPT yang berbeza-beza. Korang boleh semak melalui laman web IPT tersebut, brochure atau boleh telefon tanya kepada institut pengajian secara direct.

Bila dah tahu jumlah pinjaman yang bakal diperoleh nanti, senanglah korang nak buat pengiraan untuk sambung belajar. Jangan hanya pandai mohon saja, tapi tidak tahu apa yang diperoleh.

Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat korang yang ingin melanjutkan pelajaran. Ingat, perjalanan hidup korang masih Panjang. Jika tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tak bermaksud korang akan gagal selamanya.

Sumber: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

IKLAN