Nama Sarah Yasmine tiba-tiba meletus pada minggu setelah dirinya membuat pendedahan berani mengenai statusnya sebagai teman wanita gelap penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz.
Sarah Yasmine.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga tidak teragak-agak untuk mengheret seorang lagi kekasih gelap Aliff yang juga pelakon sensasi dari Malaysia, Ruhainies menerusi foto-foto perbualan di antara Ruhainies dan Aliff dalam aplikasi WhatsApp yang dipercayai ditangkap secara senyap-senyap oleh Sarah.
Perbualan berleratan itu dimuat naik di bahagian Instagram Story milik Sarah setelah dirinya terkejut apabila Ruhainies dilihat masih berhubung rapat dengan Aliff setelah mereka ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Ruhainies yang kini juga dikenali dengan inisial NRF.
Sarah turut mendakwa individu berinisial NRF menjadi dalang yang memecahkan rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah serta dilihat menjadi batu api kepada hubungan suami isteri itu yang kini sedang dalam proses pemfailan penceraian secara ekspres oleh pihak Bella.
Ads
Tidak cukup dengan nama-nama seperti Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan Sarah sendiri yang terlibat dalam kemelut ini, turut terpalit sama ialah nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice (yang dilabel sebagai Z). Turut terselit dalam perbualan itu adalah nama Zaki Yamani (penyanyi dan anak Datuk Jamal Abdillah) dan ibu kepada Ruhainies.
Susulan pendedahan perbualan di aplikasi WhatsApp oleh Sarah Yasmine itu, jumlah pengikut Instagram miliknya telahpun meningkat daripada kurang 5000 pengikut pada awal minggu ini menjadi 209,000 pengikut; kira-kira 5125 peratus peningkatan daripada jumlah asal.
Ads
Terbaru, Sarah mendakwa beberapa pertuduhan oleh Caprice antaranya; Sarah memutar belitkan proses berbaik semula di antara Aliff dan Bella agar isu ini selesai dengan pantas dengan bantuan Caprice; adalah tidak benar.
Ads
Malah, Sarah juga mendakwa Caprice sengaja mendedahkan perbualan telefon mereka berdua menerusi paparan Instagram Story sebelum Sarah sendiri memuat naik perbualan telefon baharunya dengan Caprice yang dilakukannya pada pagi tadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sia-sia Hael Husaini ‘melamar’ Dayang Nurfaizah untuk berduet sama.
Semalam secara rasminya, single terbaru Hae, Haram yang menampilkan vokal Dayang Nurfaizah berjaya merampas takhta lagu nombor satu di carta iTunes Malaysia. Satu pencapaian yang dikira mantap memandangkan terdapat beberapa lagu antarabangsa lain yang turut berada dalam senarai Top 10 carta tersebut.
Carta terkini iTunes Malaysia
Di nombor kedua adalah single paling hangat Sufian Suhaimi, Di Matamu dan ia diikuti dengan single Achey, Yang Terindah di kedudukan kelapan. Dua lagi lagu penyanyi Malaysia yang turut tersenarai dalam Top 10 ialah Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer serta Sampai Jadi oleh Joe Flizzow ‘feat’ Alif.
Dalam posting di Instagram, Hael mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membeli single terbarunya itu di iTunes dan berharap agar mereka terus menyokong Haram. Ia diikuti dengan ucapan tahniah oleh beratus-ratus peminat Hael semalam.
Strategi Hael dan Dayang untuk memberikan persembahan eksklusif pertama Haram di pentas Anugerah Meletop Era 2018 pada Ahad minggu lalu nampak berjaya menjadikan single tersebut siulan terbaru peminat. Malah, ia juga diputarkan dengan kerap di stesen radio tempatan.
Dalam temu bual bersama akhbar Berita Harian, Hael berkongsi rasa syukurnya apabila impian untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Dayang Nurfaizah bertukar menjadi kenyataan selepas pengurusan Dayang bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Walaupun berdepan kekangan masa, Dayang begitu profesional. Dia komited dalam menjayakan projek ini. Begitu juga ketika penggambaran video muzik, Dayang memberikan komitmen terbaik,” kata Hael.
Video muzik Haram telah dilancarkan serentak di YouTube Rocketfuel Network dan beberapa platform lain semalam. Setakat ini, ia telah mendapat hampir 165,000 jumlah tontonan dan angka itu dijangka akan terus meningkat dalam beberapa hari ini. Cuba tengok sendiri, best tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi rap wanita tanah air, Bunga Isme dikhabarkan sudah pun sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.
Menurut sumber, majlis pernikahan mereka telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.
Menerusi kad jemputan yang diedarkan, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi tetamu.
Antaranya tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.
Masih tidak diketahui alasan merahsiakan berita itu kepada peminat, namun sekitar Syawal lalu Amzar seakan-akan memberi bayangan mereka sudah pun bernikah.
Memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru di platform Instagram, dilihat Bunga melentok manja di bahu penyanyi berusia 28 itu, selain menyertakan kapsyen seperti mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.
“Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya,” coretnya menerusi kapsyen pada hantaran bertarikh 10 April lalu.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pihak tertanya-tanya status terkini pasangan yang sudah bercinta sejak lima tahun lalu itu.
Sekadar info, pasangan ini melangsungkan majlis merisiknya pada Februari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di mana ada kemahuan, pastinya ada jalan untuk korang.
Tanpa sebarang latar belakang dalam bidang perakaunan, remaja Malaysia berusia 18 tahun, Hakeem Mohammad Akmal telah mencatatkan skor sempurna 100% untuk kertas FA1 Recording Financial Transaction selepas mengambilnya bagi sesi Julai-Disember 2019.
Secara tak langsung, Haqeem mencipta sejarah dunia apabila menjadi pelajar pertama yang berbuat sedemikian dan berada di tempat pertama subjek berkenaan.
Selepas cemerlang dengan keputusan cemerlang 9A ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, Haqeem mengikuti program Certified Accounting Technician (CAT) di Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Sebelum ini saya mengambil jurusan sains tulen di sekolah menengah. Namun saya putuskan untuk tukar haluan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar.
"Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan. Rakan dan tenaga pengajar juga tidak kisah membantu walaupun saya terlalu banyak bertanya," katanya kepada rakan media di Harian Metro.
Ingin Teruskan di UiTM
Menerusi kejayaan ini, Haqeem menerima anugerah kurniaan badan profesional perakauanan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari United Kingdom.
Buat masa ini, Haqeem sedang merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang percukaian di UiTM menerusi ACCA kerana jurusan itu membuka peluang pekerjaan luas walaupun agak mencabar.
"Saya perlu bijak mengatur langkah. Belajar sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan pada masa depan dan bukan sekadar memenuhi minat. Minat boleh datang kemudian, yang penting kesungguhan untuk masa hadapan.
"Saya masih keluar menonton wayang dan bersukan juga, tetapi saya selalu letakkan had agar tidak leka. Kena pandai control.
"Selain itu, saya juga kelilingi dengan orang yang positif dan rajin, itu semua menyumbang kepada kejayaan tanpa kita sedari. InsyaAllah."
UiTM turut memuat naik ucapan tahniah kepada Haqeem sebelum berita ini tersebar.