Juara Qariah Negara Berjaya Tamatkan Pengajian, Beri Inspirasi Dikalangan Remaja Cintai Al-Quran

Share

Sejuk perut ibu yang mengandungkan Nor Farhatul Fairuzah Panut, bukan saja ayu raut wajahnya namun kelunakan suara mengalunkan surah-surah Al-Quran dengan taranum cukup memukau sipa yang mendengarnya.

Juara Qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut baru-baru ini berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.


.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia 19 tahun itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa posting sempena majlis graduasi baru-baru ini.Dan kejayaan hebatnya pastinya mampu memberi inspirasi dalam kalangan remaja mencintai agar al-Quran.


.

Rutin Harian Baca Al-Quran Selepas Solat

Farhatul turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.

“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.

“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.

Dibanjiri Ucapan Tahniah

Mempunyai hampir 290,000 pengikut di Instagram, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah atas kejayaan tersebut. Untuk makluman, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.


.


Sebahagian ucapan tahniah..

Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.

Tahniah buat Qariah negara kita ni, moga Nor Farhatul Fairuzah Panut terus maju dalam apa yang diceburi dan mampu memberi inspirasi kepada semua remaja diluar sana untuk terus mencintai Al-Quran.

Sumber : Instagram Farhatul Fairuzah

IKLAN