Berita

Jordan Puah Lepaskan Gaji Lumayan di Tesla, Pilih Pulang ke Malaysia Pada Usia Muda

Share

Pada usia di mana ramai masih sedang membina kerjaya dan mengejar kestabilan, Jordan Puah membuat satu keputusan yang cukup berani melepaskan gaji lumayan di Tesla dan memilih untuk pulang ke Malaysia.

Keputusan itu bukan sekadar perubahan lokasi, tetapi satu turning point besar dalam hidupnya.

Jordan dilahirkan di Malaysia sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 11 tahun. Membesar di California memberi pendedahan luas tentang budaya kerja, gaya hidup dan cara berfikir yang lebih terbuka.

Namun, pengalaman merentas dua dunia itu juga secara perlahan membentuk identiti dirinya seseorang yang sentiasa mencari makna lebih mendalam dalam apa yang dilakukan.

Sekembalinya ke Malaysia ketika remaja, dia menyambung pelajaran di sekolah antarabangsa. Pada usia 15 tahun, dia mula menyedari bahawa disiplin adalah kunci untuk mengubah masa depan.

Dari seorang pelajar biasa, dia bangkit dan mencatat keputusan cemerlang dalam IGCSE satu fasa yang membentuk mentaliti fokus dan daya tahan.

Perjalanan Akademik dan Kerjaya

Bermula di Sunway University sebelum menerima biasiswa ke Western Michigan University, dia perlu bermula semula dari tahun pertama. Dalam tempoh itu juga, dia membuat keputusan penting untuk menukar bidang daripada Kejuruteraan Mekanikal ke Kejuruteraan Kimia satu langkah yang menunjukkan keberanian untuk mengenal diri sendiri.

Selepas tamat pengajian, Jordan mencuba nasib memohon pekerjaan melalui LinkedIn. Tanpa jangkaan tinggi, satu permohonan ke Tesla akhirnya membuka pintu besar dalam hidupnya.

Diterima bekerja di syarikat teknologi global itu, Jordan menikmati pakej gaji sekitar USD72,000 setahun, lengkap dengan pelbagai manfaat lain.

Lebih penting, dia berpeluang bekerja dalam persekitaran yang penuh dengan individu berprestasi tinggi dan budaya kerja yang menekankan pemikiran “everything is possible”.

Namun, di sebalik semua kelebihan itu, dia mula merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan.

Kerja yang dilakukan tidak benar-benar memberi kepuasan emosi. Kurangnya interaksi manusia dan tekanan kerja yang berterusan membuatkan dia mula mempersoalkan hala tuju hidup.

Melihat kehidupan senior di sekelilingnya juga membuka mata adakah ini kehidupan yang dia mahu dalam jangka panjang? Jawapannya, tidak.

Minat Mendalam Dalam Dunia F&B

Menariknya, minat terhadap dunia makanan sudah lama wujud dalam dirinya. Sejak remaja, dia terinspirasi dengan dokumentari Jiro Dreams of Sushi

, yang memaparkan dedikasi tinggi dalam seni penyediaan makanan.

Dia juga pernah bekerja sambilan di Sushi Zanmai, dan di situlah dia merasakan satu bentuk kepuasan yang tidak pernah ditemui dalam dunia korporat.

Berbeza dengan kerja di pejabat, dunia F&B memberinya peluang untuk berinteraksi dengan manusia, mencipta pengalaman dan melihat reaksi pelanggan secara langsung.

Pada usia muda, ketika kerjayanya di Tesla sedang berada di landasan yang baik, Jordan Puah membuat keputusan yang ramai mungkin anggap drastik untuk berhenti.

Namun keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa. Dia terlebih dahulu menguji dirinya dengan menggunakan cuti tahunan untuk pulang ke Malaysia dan bekerja sepenuh masa di restoran keluarganya.

Pengalaman itu menjadi titik pengesahan bahawa minatnya terhadap bidang makanan bukan sekadar fasa sementara.

Kehidupan Baru di Malaysia

Di sini, dia berganding bahu dengan bapanya mengurus TeoChew Nang Cafeteria. Peranannya bukan sekadar membantu operasi harian, tetapi turut membawa pendekatan baru ke dalam perniagaan tersebut.

Daripada strategi pemasaran, sistem operasi hinggalah kepada R&D, Jordan Puah  mengaplikasikan disiplin dan cara kerja yang dipelajarinya di Tesla.

Bezanya kini, fokusnya bukan lagi sekadar prestasi atau angka, tetapi pengalaman pelanggan, rasa makanan dan nilai emosi di sebalik setiap hidangan.

Sumber : Mooda

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy