Setelah orang ramai di seluruh dunia khusyuk mengikuti perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp terhadap bekas isteri, Amber Heard selama enam minggu, akhirnya pada hari ini kuputusan juri yang bersidang di Mahkamah Circuit dekat Fairfaz Country, Virginia telah diumumkan.
Juri memutuskan agar Amber, 36 membayar USD10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan USD5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif kepada Johnny, 58.
Begitupun, juri juga memutuskan agar Amber DIBAYAR ganti rugi pampasan sebanyak USD2 juta (RM8.7 juta).
FOTO : REUTERS
Keputusan ini dicapai setelah barisan tujuh orang juri meneliti dan membahaskan keterangan yang dikemukan oleh saksi kes saman Johnny Depp terhadap Amber Heard sejak Jumaat lalu. Apa yang menjadikan perbicaraan kontroversi ini lebih menarik adalah apabila ia turut membabitkan senarai saksi yang antaranya terdiri daripada bintang terkenal antarabangsa.
Ads
Antaranya termasuklah supermodel 90-an Kate Moss, pelakon Ellen Barkin, penyanyi Courtney Love, penyampai radio Howard Stern, pelakon Drew Barrymore serta jutawan terkenal, Elon Musk.
Setelah menerima keputusan itu, Johnny Depp menerusi hantaran di Instagram pada awal pagi ini meraikan kejayaan tersebut.
Johnny Depp dan Amber Heard sewaktu mereka masih bahagia bersama.
“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, serta mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya telah berubah sama sekali.
Ads
“Tuduhan jenayah palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ia mencetuskan kebencian orang ramai yang berterusan walaupun tiada dakwaan yang dibuat ke atas saya. Ia telah memberikan impak terhadap kehidupan dan karier saya,” catatnya. Disebabkan dakwaan oleh bekas isterinya itu, Johnny sebelum ini telah kehilangan peluang melakonkan watak Captain Sparrow dalam filem Pirates 6 yang bernilai USD22.5 juta.
Sedikit info ringkas mengenai perbicaraan kes bekas pasangan suami isteri popular ini; Johnny Depp awalnya memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya kepada kolum Washington Post dan menuntut ganti rugi sebanyak USD50 juta.
Ads
Sebagai ‘balasan’, Amber Heard pula menfailkan saman menuntut USD100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan dan keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya itu. Johnny menepis dakwaan pernah melakukan penderaan fizikal kepada Amber, sebaliknya mendakwa Amber yang sering bertindak ganas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Nasyid Malaysia 2020 yang berlangsung kelmarin menjadi tumpuan warganet apabila kumpulan Saujana membuat persembahan di kaca televisyen arus perdana dengan kehadiran semua anggotanya. Mengalunkan lagu popular mereka Sepohon Kayu, Suci Sekeping Hati dan juga Keluarga Bahagia.
Kemunculan vokalis utama Dr Khairul Idzwan ataupun lebih popular dengan panggilan Dr Idzu nyata memberikan kelainan bersama dengan anggota lain seperti Suffian Amrin, Dr Faizul Hizal, Hakimi Harun, Wan Najran, Ahmad Zuhaidi dan Azalinor Abdul Rahman.
Awal kemunculan Saujana.
Suara Dr Idzu ternyata masih sama seperti awal kemunculan kumpulan ini menjejakkan kaki mereka dalam industri muzik tempatan lebih kurang 23 tahun lalu. Menarik tentang Dr Idzu, suara dan teknik vokalnya dari dahulu lagi amat segar dan berbeza dari penyanyi nasyid lain, tidak keterlaluan kalau penulis katakan suaranya seperti penyanyi muzik genre pop.
Bercerita sedikit mengenai sejarah kumpulan ini. Anggota asal kumpulan Saujana terdiri daripada Dr Idzu, Azalinor, Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal dan Suffian yang Ketika itu sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Agama Kajang. Ketika itu mereka dikenali sebagai All for Ummah sebelum ditukar nama kepada Saujana apabila memulakan langkah dengan lebih serius dalam bidang seni.
Usai persembahan mereka di ANAM 2020, warga net rata-rata menyatakan perasaan rindu mereka kepada kumpulan Saujana dan memuji persembahan dan suara yang masih sama seperti dahulu. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya kumpulan ini mengdakan konsert pada masa akan datang.
.
.
***P/S – Rindu dengan era muzik 90an-dan awal 200-an yang mana lagu-lagu Nasyid diangkat begitu tinggi dan mendapat tempat di hati masyarakat tempatan sehingga mampu mendaki tangga carta radio bersaing dengan lagu-lagu genre lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boneka yang ditakuti kanak-kanak 90an kembali menghantui kamu tahun ini! Trailer baru yang akan membuatkan memori kamu terhadap patung kejam, pasti akan membuatkan kamu gerun bila teringat babak-babak dalam filem-filem sebelum ini.
Chucky yang kembali dengan tajuk iaitu Child’s Play selepas filem pada tahun 2004, Seed of Chucky. Konsepnya masih sama, gemar membunuh orang sesuka hati tanpa belas kasihan, namun penceritaan dan sedikit kelainan terhadap penggunaan boneka ini berubah mengikut peredaran masa kini.
Mengambil nama yang sama dari filem tahun 1988, Child’s Play menceritakan tentang seorang ibu yang membeli patung mainan untuk anak lelakinya sebagai teman pada ulang tahun anaknya tanpa menyedari bahawa patung yang dibeli itu sebenarnya kejam dan jahat sehingga mampu untuk membunuh sesiapa saja.
Filem yang bakal ditayangkan pertengahan tahun 2019 ini dibintangi oleh Gabriel Bateman, Aubrey Plaza, and Brian Tyree Henry.
Walaupun Chucky kembali menghantui peminat di pawagam, namun suara latar kepada patung keji ini, Brad Dourif tidak lagi menyumbangkan suaranya dalam filem ini, ia digantikan dengan Mark Hamill. Berita ini disampaikan oleh Mark sendiri melalui video pada 30 Mac.
Tak kisahlah siapa pun yang memainkan suara Chucky ni, REMAJA tak sabar nak tengok filem ini di pawagam. Siapa pulak dak Chucky ni nak bunuh lepas ni kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah beberapa hari kita berada di tahun 2020 dan bagi mereka yang lahir di zaman akhir 80-an dan 90-an, mesti korang masih ingat lagi bagaimana isu Wawasan 2020 dibahaskan pada waktu sekolah dulu.
Malah, ada juga sekolah yang perlu menyanyikan lagu Wawasan 2020 ketika waktu perhimpunan setiap hari.
Perkara ini turut dikongsi oleh Dr Afiq Rahim di laman twitternya apabila dia mengimbau kenangan semasa di bangku sekolah apabila perlu melukis dengan tema ‘Malaysia dan Wawasan 2020’ ketika subjek Pendidikan Seni.
Berikut merupakan thread lukisan Pendidikan Seni yang dikongsi sekitar tahun 1997-1999.
Ini antara ilustrasi pelukis tentan wajah Kuala Lumpur pada tahun 2020. Ada persamaan atau tidak?
Ilustrasi Bandaraya Metropolitan Kuala Lumpur 2020
Kenderaan terbang sangat sinonim pada tahun 2020
Grafiti ini memang hebat meramal masa hadapan. Pada tahun 2020, Perdana Menteri kita dapat melihat sendiri di mana hala tuju Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh beliau sendiri.
Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu kita lakukan bersama bagi mencapai status negara maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.