Setelah dua bulan ‘senyap’ tanpa sebarang aksi di gelanggang, jaguh muda Muay Thai negara, Johan Jojo Ghazali atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar kini seolah-olah memberi petunjuk bahawa beliau mungkin akan kembali ke pentas pertarungan.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini, atlet yang berusia 21 tahun teruja untuk kembali bergelar juara dan memberitahu beliau sudah kembali berlatih di Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand sejak beberapa hari lalu.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Jojo masih belum mendedahkan pertarungan seterusnya, namun komitmennya di gelanggang latihan menyemarakkan lagi jiwa untuk misi lebih besar.
Kredit: Instagram Johan Jojo GhazaliKredit: Instagram Johan Jojo Ghazali
“Tinggalkan rumah untuk tukar impian jadi realiti. Bangkok saya datang”
Pada Januari lalu, Jojo tumpas di tangan lawan dari Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 di Bangkok.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua beliau dalam lapan pertarungan ONE Championship selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun 2024.
Ads
Jojo akhirnya bangkit tiga bulan selepas itu selepas berjaya menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi KO pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah rasa ketinggalan dalam pelajaran sampai hampir putus asa? Atau rasa macam tak mampu nak kejar kawan-kawan yang lain? Jangan cepat menyerah, sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah berada di tempat yang sama.
Tokoh negarawan yang terkenal dengan ketegasan dan wawasan itu baru-baru ini berkongsi kisah zaman persekolahannya dan ternyata, kejayaan beliau bukan datang bergolek, tapi hasil daripada usaha luar biasa yang konsisten.
Ulang Kaji Sampai Faham, Bukan Sampai Penat
Masa menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Tun M mengakui bahawa tahap kelulusannya tak setanding rakan sekelas. Tapi beliau tak terus putus asa.
“Saya perlu kejar mereka. Jadi, saya ambil pendekatan belajar bersungguh-sungguh. Buku teks saya ulang baca berkali-kali. Bukan untuk hafal, tapi bila dibaca berulang, kita lebih faham,” jelasnya.
Beliau percaya bahawa pembelajaran yang berkesan datang daripada pemahaman mendalam, bukan sekadar hafalan. Dan cara terbaik untuk capai tahap tu adalah dengan mengulang bahan bacaan banyak kali.
Ilmu Itu Macam Wajah Kawan
Analogi paling menarik yang dikongsi oleh Tun M:
“Macam kenal wajah kawan, bukan sebab hafal pun, tapi sebab selalu tengok. Ilmu pun macam itu. Kalau ulang baca, lama-lama kita nampak dan faham.”
Simple tapi powerful. Bila kita ulang-ulang tengok nota atau topik yang sama, kita akan mula nampak ‘pola’ dan kaitannya. Secara tak langsung, kita akan ingat dan faham tanpa perlu paksa diri.
Belajar Bukan Sekali, Tapi Konsisten
Tun M juga tekankan pentingnya latihan dan konsistensi. Beliau ambil contoh seni ukiran, pada awalnya hasil mungkin tak memuaskan, tapi dengan latihan berulang, mutu akan meningkat.
Sama juga dengan pelajaran. Mungkin kita takkan terus pandai lepas satu malam ulang kaji. Tapi bila buat hari-hari, sedikit demi sedikit, kita akan nampak perubahan.
Baca Lebih Daripada Buku Teks
Satu lagi nasihat bernas dari Tun M ialah dengan luaskan bahan bacaan. Jangan hanya bergantung pada buku teks. Bacalah artikel, jurnal, buku umum, biografi dan apa saja yang boleh tambah ilmu dan buka minda.
“Kalau jumpa seseorang sekali, mungkin tak ingat. Tapi kalau selalu jumpa, bunyi batuk dia pun kita kenal,” katanya bersahaja.
Begitulah juga dengan ilmu. Bila selalu ‘bertemu’, ia akan mula melekat.
Jangan Pernah Putus Harapan
“Kalau tertinggal dalam pelajaran, jangan putus harapan. Terus ulang kaji dan gandakan usaha,” – Tun Dr. Mahathir.
Tiada kejayaan tanpa cabaran. Kalau kamu rasa kamu jauh ke belakang, itu bukan noktah. Ia cuma tanda kamu perlu mula kejar balik dengan lebih gigih.
Ingat, ramai tokoh hebat bermula dari bawah. Apa yang membezakan mereka dengan orang lain adalah mereka tak pernah berhenti cuba.
Oktober merupakan bulan yang dinanti oleh si coffee lover di seluruh dunia. Mana tidaknya, tarikh 1 Oktober diiktiraf sebagai Hari Kopi Sedunia.
Malaysia juga tidak terkecuali apabila 5 jenama francais kopi popular menawarkan promosi masing-masing sempena hari ini. Ada juga di antara mereka yang melakukan promosi khas sepanjang bulan Oktober.
Jom hirup kopi pilihan pada harga berbaloi!
Starbucks Malaysia
Starbucks kembali lagi dengan promosi semenarik membeli 2 gelas minuman Starbucks bersaiz Grande pada harga RM22 sahaja! Tapi, ada syarat tertentu tau. Jangan lupa baca sampai habis di sini.
2. San Francisco Coffee
Bermula jam 10 pagi hingga 8 malam, pelanggan boleh menikmati kopi pada harga diskaun sepanjang hari ini.
Menariknya, tawaran San Francisco Coffee ini mengikut masa tertentu.
Buat korang yang sudah lengkap divaksin, bersempena hari kopi sedunia ini, The Coffee Bean & Tea Leaf akan memberi tambahan espresso (untuk sebarang minuman buatan tangan) atau espresso whipped cream (untuk minuman Ice Blended®) secara PERCUMA!
Promosi hanya sah dari 1 hingga 3 Oktober 2021. Untuk syarat-syaratnya, rujuk poster di bawah.
4. Tealive
Jenama kegemaran ramai ini menawarkan promosi luar biasa untuk minuman kopinya. Pelanggan Tealive boleh mendapatkan minuman Signature Coffee, Latte & Americano pada harga RM5 saja bermula waktu pagi hingga jam 12 tengahari.
Selain tawaran baucar dan McCafé Iced Latte bernilai RM1, McDonald’s Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi tambahan untuk McCafé menerusi aplikasi McDonald’s sepanjang Oktober.
Antaranya adalah tawaran RM1.99 untuk minuman Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50 peratus untuk pelbagai minuman McCafé terpilih dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.
Selain itu, McDonald’s Malaysia tampil berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia menerusi tawaran tiga juta cawan kopi McCafé Americano secara percuma kepada mereka yang sudah divaksinasi.
Ia sebahagian daripada komitmen restoran segera itu untuk memberi sokongan, harapan dan semangat baharu kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik dalam tempoh mencabar ini.
*
Jadi coffee lover, apa tunggu lagi. Lets nikmati kopi pada harga-harga menarik hari ini, pilih sahaja jenama mana yang berkenan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun lalu, boleh dikatakan kita banyak menghabiskan masa di rumah kerana akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu. Kini, masyarakat di Malaysia sekali lagi terpaksa ‘duduk rumah’ berikutan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Oleh yang demikian, ramai yang bekerja dari rumah atau WFH kerana tidak ada pilihan lain demi memutuskan rantaian wabak pandemik ini. Malah, ada juga syarikat yang telah menetapkan agar pekerja mereka melakukan WFH terus menerus sejak PKP tahun lalu.
Ya, bekerja dari rumah mungkin memberi keselesaan kepada individu itu kerana ia lebih fleksibel dan tidak terikat dengan mana-mana individu di luar. Semuanya boleh dilakukan melalui virtual meeting sahaja.
Gambar hiasan
Namun begitu, seperti apa yang berlaku tahun lalu, ramai yang mengeluh kerana bil elekrtik naik mendadak ekoran semua ahli keluarga berada di rumah.
Persoalannya kini, adakah korang boleh menuntut bayaran bil elektrik daripada majikan?
Kecuali jika polisi syarikat korang merangkumi keadaan ini, korang mungkin tidak boleh menuntut kenaikan bil elektrik. Secara amnya, majikan dikehendaki memberikan faedah tertentu kepada pekerja mereka. Ini tertakluk dalam Employment Act 1955 yang mungkin menjelaskan kenapa faedah WFH tidak disertakan.
Gambar hiasan
Di bawah akta tersebut, majikan dikehendaki memberikan faedah-faedah berikut:
• Cuti tahunan
• Cuti
• Cuti sakit
• Cuti bersalin
• Lebih masa
• Faedah pemberhentian kerja
Caruman majikan lain yang diperlukan seperti KWSP dan PERKESO dilindungi oleh akta masing-masing, Akta KWSP dan Akta PERKESO.
Apa-apa faedah lain seperti elaun perjalanan dan insurans perubatan adalah pilihan dan tidak diharuskan dibawah undang-undang. Jadi, melainkan jika majikan korang bersetuju untuk menawarkan faedah tersebut, tidak mungkin korang boleh menuntut perbelanjaan untuk bekerja dari rumah.
Beberapa negara beri faedah untuk WFH
Oleh kerana arahan lockdown dikenakan di seluruh dunia, beberapa negara telah membuat pembayaran kos tambahan kepada pekerja mereka yang terpaksa bekerja dari rumah.
Di Belanda, pihak berkuasa Belanda telah mula menawarkan biro-birokrat mereka dengan bonus sebanyak €363 (RM1,782) untuk bekerja dari rumah. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh NIBUD dan bonus tersebut perbelanjaan seperti teh, kopi, tisu tandas, elektrik, air dan kos susut nilai meja dan kerusi pekerja.
Di Sepanyol, majikan diwajibkan membayar untuk penyelenggaraan dan peralatan pejabat di rumah. Jerman pula sedang mengusahakan undang-undang untuk menjadikan WFH sebagai hak undang-undang. Beberapa tahun yang lalu, Jerman telah pun membuat undang-undang bahawa pekerja boleh mengabaikan e-mel yang dihantar selepas waktu bekerja.
Gambar hiasan
Bilakah Malaysia akan melaksanakan undang-undang yang serupa?
Buat masa ini, Malaysia belum melaksanakan undang-undang tersebut. Satu-satunya perkara konkrit yang kita ada sekarang ialah pengecualian cukai sehingga RM5,000 untuk membeli peralatan ICT untuk bekerja.
Timbalan Presiden Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia, Mohd Effendy Abdul Ghani mengatakan bahawa sekiranya sebuah syarikat mampu untuk memberikan barangan seperti komputer riba kepada pekerjanya atau kedua-dua belah pihak juga dapat berkompromi di mana pekerja menggunakan desktop mereka sendiri, dengan syarikat akan membayar sebahagian daripada bil elektrik dan internet.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, pekerja di Malaysia harus akur kerana kerajaan masih tidak melaksanakan undang-undang untuk para majikan membayar kos tambahan bagi individu yang bekerja dari rumah.