
Tatkala berdepan jadual latihannya yang padat dan terus-menerus mengikuti perlawanan Muay Thai di luar negara, Johan yang mesra dengan panggilah Jojo sama sekali tidak menjadikan kesibukan kerjaya menjadi pengalang untuknya menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ buat kali pertama.
Setiap perkongsian Johan di sana dibalas dengan komen berbaur positif daripada peminatnya yang jarang sekali melihat sisi sedemikian daripada atlet kegemaran mereka ini.
“Assalamualaikum semua. Macam yang korang tahu, sekarang saya berada di Mekah. Alhamdulillah.
“Semalam saya telah tunaikan umrah yang pertama sekali saya pernah buat. Betul-betul best-lah. Dekat sini memang lainlah feeling dia,” ujarnya dalam hantaran terbaru.
Perkongsian Johan itu secara tidak langsung memberikan inspirasi buat remaja-remaja yang lebih muda daripadanya untuk menyimpan harapan agar suatu hari nanti berpeluang tiba di kota suci Mekah dan Madinah juga.
Johan turut berkongsi beberapa barangan jenama Kahf yang dibawanya sepanjang perjalanan di tanah suci.
Ia berupa pek Umrah dan Haji yang bakal dikeluarkan oleh Kahf tidak lama lagi. Johan sekaligus merupakan antara individu pertama yang dapat mencuba betapa praktikalnya item-item dalam pek tersebut.
“Barang ini belum keluar lagi, jadi ini adalah previu. Saya bersyukur ada penaja seperti Kahf yang menjaga saya sepanjang melakukan ibadah Umrah, dan barang-barang ini memang ‘baik’ lah sepanjang saya berada di Mekah,” ujarnya lagi.
Pek khas oleh Kahf yang dikhususkan untuk jemaah Umrah dan Haji itu termasuklah krim pencuci muka, deodoran tanpa bau agar boleh dipakai sewaktu berihram, krim pelindung kulit, krim pelembap muka serta pencuci badan dan syampu rambut.
Menariknya, set itu turut menyediakan sebiji botol kecil yang berfungsi untuk membawa air kosong bagi tujuan mengambil semula wuduk ketika di dalam masjid.
Dalam pada itu, usai pulang dari tanah suci, Johan memaklumkan sudah bersedia menyambung semula latihan bagi berdepan lawan seterusnya.
Katanya, latihan mencukupi amat diperlukan untuk kembali berdepan mana-mana pencabar saingan ONE Championship pada bila-bila masa sebaik sahaja pulang ke tanah air.
Terdahulu, Johan mencapai kejayaan setelah menumpaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung di Stadium Lumpinee, Bangkok Thailand pada kejohanan ONE Friday Fights 141 pada 6 Februari lalu.
FOTO: Instagram // johanghazali_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.