Jodoh Noor Nabila Lebih Awal Daripada Neelofa, Selamat Bernikah

Share

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Noor Nabila kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian netizen selepas ada ura-ura mengatakan bahawa dia sedang bercinta dengan Engku Emran.

 

Dan sebentar tadi desas-desus tentang Noor Nabila dan juga bekas isteri Sharnaz Ahmad, bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada hari ini terjawab apabila Neelofa memuat naik story di laman instagramnya sebantar tadi.

Sebelum ini kisah cinta mereka menjadi bualan di laman sosial terutamanya di Twitter dan laman Forum Cari selepas ada beberapa gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama dan juga bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella iaitu artis terkenal Indonesia itu turut dilihat berada di kediaman Nabila dalam beberapa majlis keluarga sebelum ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad yang juga bekas suami kepada Nabila sempat menitipkan doa dan  menyokong apa jua keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya melalui laporan akhbar tempatan semalam.

Apa-apapun tahniah kami ucapkan.

IKLAN