
Nama Aisha Retno kini semakin hangat diperkatakan apabila lagunya Jodoh Lebaran berjaya mengungguli carta tiga platform penstriman utama di Malaysia.
Sehingga kini, lagu tersebut kekal di tangga teratas Spotify Top 50 Malaysia, diikuti Suasana Hari Rayanyanyian Anuar Zain dan Ellina, manakala Risk It All oleh Bruno Mars berada di kedudukan ketiga.
Bukan itu sahaja, Aisha turut mencuri perhatian apabila satu lagi lagunya,
Ketipak Ketipung Raya berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.Lagu tersebut kini berada di tangga keenam carta Spotify, sekali gus membuktikan pengaruh kuat penyanyi muda ini dalam kalangan pendengar tempatan.
Prestasi Jodoh Lebaran tidak terhenti di situ apabila ia turut mendominasi carta Apple Music Malaysia.
Lagu tersebut kekal di kedudukan pertama, diikuti Bruno Mars, manakala Ketipak Ketipung Raya pula berada di tangga ketiga.
Malah, pencapaian sama turut direkodkan dalam YouTube Malaysia Daily Chart apabila
Jodoh Lebaranmenduduki tempat pertama, diikuti Serumpun nyanyian Mimifly serta Bincang Raya oleh Amira Othman.Berkongsi rasa syukur atas kejayaan tersebut, Aisha menyifatkan ia mungkin berkait dengan doa yang sering dipanjatkannya sepanjang Ramadan lalu.
“Allahuakbar, semasa Ramadan lepas, setiap kali selesai tarawih saya selalu berdoa untuk dipertemukan ‘jodoh’. Mungkin ini rezeki ‘jodoh’ yang Allah kurniakan,” tulisnya menerusi aplikasi Threads.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut meluahkan keterujaan apabila lagu Ketipak Ketipung Raya yang diterbitkan pada 2024 kembali menjadi perhatian, khususnya di Indonesia.
“Saya sendiri hampir terlupa tentang lagu itu, namun nampaknya kini kembali mendapat perhatian. Di Indonesia, lagu tersebut sedang meningkat naik, manakala di Malaysia pula Jodoh Lebaran menjadi pilihan,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.