Siapa sangka, dalam ramai-ramai ahli kumpulan Bangtan Boys (BTS), Park Jimin merupakan ahli paling popular di India pada masa ini.
Get this, bukan golongan remaja di India saja yang menggemari Jimin, malah mereka yang ‘lebih berusia’ pun sedang tergilakan single solo terbaru Jimin berjudul ‘Filter’.
Buktinya, dengar cerita jualan secara online dan penstriman di platform muzik India untuk lagu tersebut sedang memuncak.
Platform terbesar, iTunes sudah tentu menjadi salah satu platform rasmi yang dimaksudkan. Filter berjaya menduduki kedudukan pertama di situ sekaligus menjadi carta ke-90 di seluruh dunia yang berjaya ditawan Jimin.
Hebat kan!
‘Filter’ has now achieved 90 #1’s on iTunes Worldwide as Ireland joins the list! 🎉
Namun bukan hanya iTunes yang hangat diperkatakan.
Di India, mereka mempunyai platform penstriman tempatan yang bernama Ganna dan Josaavan. Kedua-dua platform itu amat popular di sana apabila kini memiliki kira-kira 150 juta pengguna.
Filter Audio MV gained 560K views in last week and charted under BTS Top Songs in India at #2 🥳🎉
Menariknya di Gaana, Filter telah distrim lebih daripada 1 juta kali pada pertengahan bulan Julai lalu.
Filter juga menjadi lagu kedua daripada album MoTS: 7 keluaran BTS yang paling kerap di strim di situ dan menjadi lagu kedua album itu yang mempunyai tontonan tertinggi di YouTube dengan sejumlah 560 ribu tontonan.
Ads
Park Jimin is definitely on fire!
Ada kata-kata nakal netizen yang berpendapat Jimin kini bakal mengikuti jejak langkah beberapa ahli grup K-pop terdahulu yang boleh berdiri sendiri sebagai seorang penyanyi solo. Adakah Jimin tak memerlukan BTS lagi dalam waktu terdekat?
Haipp!
Secara peribadinya, penulis tidak menidakkan potensi kesemua ahli BTS untuk bergerak solo pada masa akan datang.
Namun, korang tak perlulah risau sekiranya ada yang akan meninggalkan grup tersebut memandangkan ahli BTS sudahpun menandatangani kontrak bersama BigHit Entertainment hingga akhir tahun 2026.
Ads
So that leaves us with 6 more solid years with BTS.
Lagipun, mereka semua mempunyai bonding yang akrab sesama ahli. Walaupun mungkin ada yang enggan menyambung kontrak kelak, penulis pasti mreka akan kekal sebagai sahabat.
Buat masa ini, apa yang akan terjadi adalah penglibatan satu demi satu ahli dalam latihan ketenteraan Korea Selatan.
Jin akan menyertainya pada tahun ini apabila dia berusia 28 tahun pada bulan Disember ini.
Jadi tak mustahil ahli selain Jimin juga akan mengeluarkan solo masing-masing atau menjenguk ke bidang lakonan pula sepanjang pemergian ahli kumpulan, satu demi satu.
Harapnya, BTS akan terus kekal intact sepanjang tempoh itu dan tidak menerima nasib kontroversi seperti yang sedang melanda kumpulan AOA.
Wabak coronavirus yang dikategorikan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakibatkan kebanyakan negara terjejas. Tidak hanya dari aspek kesihatan tetapi juga membawa kepada kemelesetan ekonomi apabila sekatan perjalanan dikeluarkan.
Apabila ekonomi tidak mampu berkembang seperti biasa, harga minyak mentah yang semakin hari semakin menurun mencetuskan kebimbangan wujudnya kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi yang besar. Malah Bank Dunia pada satu sidang media baru ini meramalkan 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik jatuh miskin akibat kesan COVID-19 ini.
Bila sebut soal ekonomi, kita pasti terbayang soal gaji bagi pekerja makan gaji. Kalau syarikat tidak berupaya beroperasi seperti biasa kerana wabak COVID-19 ini, ada syarikat mengambil pendekatan memotong gaji pekerja, memotong elaun, memberi cuti tanpa gaji, bekerja dari rumah dan paling menyedihkan dibuang kerja terus. Sekali gus mengakibatkan pekerja hilang pendapatan.
Bagi pekerja yang terpilih, mereka pasti susah hati. Mana mahu bayar hutang bank terutama melibatkan pembelian rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya. Itu belum lagi tuntutan hutang lain yang mungkin membebankan individu berhutang.
Di bawah undang-undang buruh, majikan tak boleh beri unpaid leave, tak boleh potong gaji dan tak boleh buang pekerja, Mohamad Nasruddin
REMAJA menemuramah peguam, Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co mengenai hak pekerja.
Apakah tindakan dan hak pekerja jika nama mereka tersenarai dalam pemotongan gaji, memberi cuti tanpa gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan dan sebagainya lagi kerana syarikat mahu melakukan penjimatan.
Adakah boleh pekerja dikenakan unpaid leave (cuti tanpa gaji), bolehkah gaji pekerja dipotong tanpa persetujuan pekerja dan lain-lain isu.
Pekerja terbahagi kepada 2 iaitu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 Atau Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Sebelum membincangkan lebih jauh, korang kena tahu korang dalam kategori apa. Ini paling penting kerana kategori pekerja terbahagi kepada dua.
Menurut Mohamad Nasruddin, bagi mana-mana pekerja DI BAWAH GAJI RM2000 (gaji basic), pekerja manual (bergaji hari), mereka ini secara automatik dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
“Maksudnya di sini kalau pekerja kena tindakan pemotongan gaji, diberi unpaid leave ataupun diberhentikan tanpa menerima faedah penamatan yang mana pekerja rasa DIRINYA DIANIAYA, pekerja boleh buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tindakan diambil kepada majikan. Kes kemudian akan dibicarakan di Mahkamah Buruh yang mana dalam kebanyakan kes kami kendalikan, kes banyak berpihak pada pekerja.
“Proses daripada laporan ke JTK hingga dirujuk ke Mahkamah Buruh akan mengambil masa selama berbulan juga. Di Mahkamah Buruh, pekerja perlu mengemukakan bukti kukuh, bukti surat diberhentikan kerja, diberi notis pemotongan gaji dan sebagainya kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan di mana kegagalan majikan membayar gaji penuh seperti termaktub dalam perjanjian kontrak kerja adalah satu kesalahan,” katanya memulakan perbualan.
Pekerja kena tahu mereka termaktub di bawah akta mana sebelum membuat apa-apa tuntutan terhadap majikan.
Bagaimana dengan pekerja bergaji atas RM2000?
Bagi pekerja gaji atas RM2000, Mohamad Nasruddin menjelaskan pekerja tidak dilindungi secara automatik di bawah Akta Kerja 1955 tetapi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 boleh membantu pekerja yang teraniaya, tetapi untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja yang mana sebarang laporan perlu dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Tiada had minimum gaji untuk laporan ke JPP.
“Untuk isu-isu seperti pemotongan gaji atau pemberian unpaid leave, pekerja bergaji lebih daripada RM2000 boleh membuat laporan ke JTK sekiranya laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JTK untuk mendengar aduan pekerja bergaji atas RM2000 tetapi tidak lebih dari RM5000.
Selain itu, pekerja bergaji RM 2000 ke atas juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji oleh pekerja ke Mahkamah Sivil. Pekerja boleh buat tuntutan dan kes akan didengari oleh Hakim Mahkamah Sivil,” katanya lagi.
Tapi apa yang paling utama, tak kira gaji bawah RM2000 atau gaji atas RM2000, MAJIKAN TIDAK BOLEH MEMBERIKAN UNPAID LEAVE KEPADA PEKERJA. Ini fakta kita kena tahu kerana pekerja ada hak mereka di samping majikan ada hak mereka juga,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, bukan saja tak boleh beri Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) tapi majikan juga tak boleh potong gaji dan tak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan munasabah.
Kalau time COVID-19 ini majikan kata nak potong gaji atau Unpaid Leave kita bagaimana nak buat?
Mohamad Nasruddin menjelaskan seandainya majikan memberi notis kita tidak diberi gaji selama beberapa bulan mengikut situasi wabak COVID-19, paling penting PEKERJA JANGAN TANDATANGAN SURAT dalam masa terpantas.
“Maksud saya di sini, bukan sign terus sebaliknya ambil masa sedikit. Pertama bila tahu nama mereka tersenarai, pekerja harus menghantar Whatsapp kepada majikan bertanya kenapa nama mereka tersenarai dalam ramai-ramai pekerja syarikat. Minta majikan senaraikan apa kekurangan pekerja dan sebab mengapa mereka dipilih. Kalau tak guna Whatsapp, hantar emel kepada syarikat dan minta penjelasan ini.
Kenapa ini harus dilakukan? Nanti tak tandatangan pun majikan boleh amik tindakan?
Kata Mohamad Nasruddin, kiriman WhatsApp dan emel itu adalah bukti bahawa satu perbualan telah dilakukan antara pekerja dan majikan. Dan ia adalah bukti di mahkamah kelak sekiranya perkara ini dibawa oleh pekerja,” katanya memaklumkan hal ini.
Masa yang sama, pekerja juga harus menghubungi JTK (khususnya gaji di bawah RM2000 dan tidak melebihi RM 5000) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung hal ini. Bagi mereka yang bergaji di atas RM2000, pihak JPP memang ada peruntukan iaitu bagi kes pembuangan pekerja secara tidak adil sahaja untuk kes didengari.
Jelasnya lagi, ada sesetengah majikan menggunakan “bentuk ugutan” seperti tak sign berhenti kerja saja tapi andai berlaku hal ini, “ugutan” itu juga bukti kita boleh menyaman majikan atas dasar pembuangan kerja secara konstruktif di Mahkamah Buruh.
Jelasnya lagi banyak pekerja tidak mengetahui hak mereka secara jelas kerana mereka tidak peka isu. Namun hanya menyedarinya apabila diberhentikan kerja.
Program subsidi Upah RM600
Ketika PKP dilakukan, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan dengan syarat majikan yang membuat permohonan tidak boleh memberhentikan pekerja dalam tempoh enam bulan lamanya seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru ini.
Menurut Mohamad Nasruddin, antara pertanyaan yang banyak diajukan oleh orang awam adalah mengenai Program Subsidi Upah yang mana bolehkah gaji mereka dipotong beberapa peratus dari gaji asal.
Adakah majikan boleh memotong gaji pekerja selepas pemohonan Program Subsidi Upah diluluskan oleh pihak kerajaan?
“Jawapannya TIDAK BOLEH. Apa yang kita kena tahu ialah Program Subsidi Upah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bertindak sebagai bantuan kepada majikan untuk meneruskan operasi harian dan masa yang sama mengelakkan pekerja hilang punca pendapatan khususnya golongan B40.
“ Majikan yang mana permohonan telah diluluskan tidak boleh membuang pekerja, memotong gaji ataupun memberi cuti tanpa gaji (unpaid leave) kepada pekerja (berpendapatan RM 4000 ke bawah), lebih-lebih lagi pekerja yang tersenarai dalam Program Subsidi Upah yang dimohon. Gaji perlu dibayar penuh kepada pekerja,” katanya mengakhiri perbualan.
Note : Pihak kami meminta maaf di atas kekeliruan artikel mengenai Program Subsidi Upah yang disiarkan semalam yang menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Artikel sudah diperbetul dan diperincikan semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan pasangan selebriti popular dari Indonesia, Alyssa Daguise dan Al Ghazali, bukan sahaja menjadi bualan hangat kerana keindahan majlisnya yang elegan, tetapi juga kerana satu perkara lain yang cukup luar biasa—hadiah eksklusif yang diterima oleh para bridesmaid!
Kalau kebiasaannya hadiah pengapit hanya berupa cenderahati kecil atau barangan kenangan, lain pula ceritanya untuk majlis Alyssa. Para bridesmaid menerima satu kejutan yang benar-benar mewah: satu set penuh Dyson Airwrap, alat penggayaan rambut berteknologi tinggi yang menjadi idaman ramai remaja dan wanita muda hari ini.
Hadiah yang Buat Ramai Ternganga
Setiap kotak hadiah bukan sahaja mengandungi Dyson Airwrap (yang harganya boleh mencecah RM2,700 di Malaysia), tetapi juga dilengkapi dengan barangan penjagaan diri seperti produk penjagaan kulit mewah, minyak wangi berjenama, serta kad ucapan peribadi yang ditulis sendiri oleh Alyssa.
Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna TikTok @unbranded_stroe, Alyssa tampil anggun dalam gaun kuning sambil mengagihkan kotak hadiah mewah kepada rakan-rakan rapatnya.
Kotak berwarna putih dihias riben coklat itu bukan sekadar kelihatan mewah, malah isinya dianggarkan bernilai lebih RM4,000 setiap satu.
Kesemua hadiah ini disusun rapi dalam kotak yang telah diperibadikan dengan nama setiap bridesmaid—memberikan sentuhan eksklusif dan istimewa. Tidak hairanlah apabila video unboxing hadiah ini mula tular di media sosial, ramai yang meluahkan rasa kagum dan teruja.
Netizen Teruja, Ramai ‘Apply’ Nak Jadi Bridesmaid
Menerusi ruangan komen di TikTok dan Instagram, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kemurahan hati Alyssa yang begitu menghargai pengiring pengantinnya dengan hadiah bernilai tinggi.
Malah ada juga berseloroh ingin menjadi bridesmaid Alyssa jika ada majlis kedua nanti. Ada juga yang mengakui mereka sanggup membantu sepanjang hari majlis asalkan dapat hadiah seumpama itu.
Sebagai info, Alyssa Daguise dan Al Ghazali sah bergelar suami isteri pada 16 Jun lalu.
Baca macam seram, seolah-olah tajuk untuk sekolah menengah.
Tapi tajuk seperti Sukatan & Geomteri, Pengurusan Data, Operasi Asas, Ukuran & Sukatan, Nombor Hingga 1000 dan lain-lain lagi adalah tajuk bagi subjek Matematik yang akan diajar pada pelajar tahun dua mulai tahun 2020.
Menurut Cikgu Matematik yang cukup popular, Cikgu Mohd Fadli Salleh, ada lapan tajuk akan diajar bagi murid tahun 2 dan beliau terangkan serba sedikit agar pelajar faham dan mak ayah pun boleh membantu jika anak kurang faham. Hikz.
Sebelum itu, Cikgu Mohd Fadli ada berkongsi tentang Pentaksiran Bilik Darjah di mana pelaajr tahun 1-3 tak ada peperiksaan lagi.
Tahun ini pertama kalinya murid tahun 1, 2 dan 3 tidak lagi menduduki peperiksaan. Mereka hanya dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Ada pro dan kontranya dasar baru ini.
Berikut antara kebaikan PBD diperkenalkan :-
1) Murid tidak lagi tertekan dengan peperiksaan. Mereka ke sekolah tanpa perlu fikir 'nanti nak periksa'. Jadi mereka boleh ke sekolah untuk belajar semata-mata.
2) Penilaian lebih luas dan menyeluruh. Tidak hanya bergantung pada sekeping kertas sahaja untuk menilai murid. Melalui pemerhatian dalam kelas, teka teki, kuiz dan sebagainya pun murid boleh dinilai. Ini sangat bagus!
3) KPM mensasarkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan buat murid-murid. Dasar baru ini selangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat itu.
4) Guru diberi ruang sepenuhnya untuk menentukan kaedah menilai murid mereka. Boleh dinilai sepanjang tahun, tidak hanya musim exam sahaja.
5) Murid yang mungkin tidak pandai menulis tapi hebat bercerita, atau berlakon, atau bersyair dapat menonjolkan kefahaman mereka melalui bakat yang mereka ada dalam aktiviti kelas. Ia sememangnya bagus untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti anak-anak kita.
6) Negara-negara maju yang lain telah lama menggunakan pentaksiran agar murid-murid tidak lagi dibanding beza siapa lebih pandai, kelas mana yang depan dan kelas hujung. Itu antara kebaikan PBD ya.
Kalau nak tahu kontranya pula kena baca di fb beliau.
Hari ini Cikgu Fadli berkongsi pula tajuk-tajuk bagi tahun 2 untuk 2020.
Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya 'bedah' agar ibubapa lebih bersedia.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1. Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik Bundar, Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. 3 sub topik ini antara yang ramai murid tidak kuasai.
2. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2. Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la. Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar. Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4 Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.
4. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100. Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting. Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini. Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair. Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter. Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.
7. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.
8. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.
Okey, itu sahaja 'bedah' siasat DSKP tahun 2 untuk kegunaan 2020. Semoga bermanfaat hendaknya. Follow Fb saya dan join Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk lebih banyak edisi bedah siasat Matematik tahun lain dan juga tips Matematik. Yang terlepas edisi 'bedah' siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684 #MFS
– Guru Matematik sekolah rendah –
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chef Fikree berkongsi realiti dunia kulinari, isu mental health, budaya kerja dan laluan kerjaya bersama mahasiswa UiTM menerusi program Remaja On Road.