Kes yang berlaku kepada kanak-kanak berumur 2 tahun tertusuk pisau baru-baru ini sangat meruntun hati masyarakat kerana kecuaian yang mungkin tidak disengajakan.
Sumber: Sinar Harian
Sebagai orang dewasa, kita perlu menitikberatkan soal keselamatan di rumah. Bukan saja untuk kanak-kanak, keselamatan diri sendiri juga perlu sentiasa diutamakan. Kalau kita lihat balik kes yang berlaku ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan di atas lantai.
Mesti korang pernah nampak situasi macam ni kan?
Tidak kiralah kanak-kanak mahu pun orang dewasa, peralatan tajam tak seharusnya diletakkan di merata tempat kerana sebarang kemalangan berlaku tanpa diduga.
Ada penjelasan yang dibuat oleh jururawat terlatih, Nur Nabiila Masfuzah Abdullah yang dikongsikan dalam pageMedical Mythbusters Malaysia tentang mengapa kita dilarang mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Gambar hiasan
Sebab utama
Ini dijelaskan kerana kita tidak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan tersebut. Salur darah dan organ mana yang tercedera pun kita tidak boleh lihat dengan mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menadi penghalang kepada berlakunya pendarahan kerana ia masih melekat di tempat terlibat dan memberi tekanan pada kawasan tersebut daripada terus mengalir.
Ads
So, bila korang tarik objek tu keluar, penghalang tadi dah tak ada, malah geseran daripada objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitar dan berlakulah pendarahan yang banyak. Ini yang menyebabkan nyawa boleh terancam.
Gambar hiasan
Jadi sebenarnya apa yang perlu korang buat?
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai semua orang panik
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar, selain melihat tahap kecederaan lain yang boleh dilihat dengan mata kasar
3. Jika objek dah tak ada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar
Ads
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tapi buat balutan cincin/donut dengan menggunakan kain yang bersih dan letak disekeliling objek berkenaan. Kemudian, tutup dengan kain bersih yang lain
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan
Ads
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak dapat bekalan darah yang secukupnya
6. Tinggikan anggota yang luka daripada paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan. Hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital atau klinik berdekatan
Diharap dengan pencerahan sedikit sebanyak dapat memberi ilmu buat kita semua. Bak kata pepatah, sediakan paying sebelum hujan.
Lepas ni jika ada berlaku kemalangan seperti ini, korang dah tahu nak buat macam mana kan?
Jom kita sama-sama share ilmu ini untuk manfaat bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya dalam kerancakan pulang ke kampung meraikan sambutan aidilfitri yang bakal menjelang esok hari, pasti berlaku kes kerosakan kereta yang langsung kita tidak terduga akan terjadi.
Ketika itulah ramai trak penunda khususnya towing akan memujuk menggunakan perkhidmatan mereka tetapi akhirnya dalam kekalutan itu kita mungkin tertipu dalam diam.
Dalam usaha memastikan pengguna tidak tertipu dengan khidmat towing dan orang tengah yang suka ambil kesempatan, maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) melancarkan program keselamatan pengguna jalan raya.
Program tersebut bertujuan untuk membantu pengguna jalan raya mendapatkan khidmat towing dan bengkel kereta dengan harga yang berpatutan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program kerjasama tersebut adalah bagi melindungi pengguna daripada tertipu.
“Kita tidak mahu bengkel kenderaan dan penarik kereta atau towing mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna jalan raya terutama pada waktu musim perayaan,” katanya disini hari ini.
Nadzim berkata PPIM mahu Percamas menjadi tempat rujukan utama pengguna untuk memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran yang berpatutan.
“Selain itu kita mahu mendidik pengguna dan keluarga dikampung tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam keadaan kecemasan,” katanya.
Perkhidmatan towing amat diperlukan ketika kereta rosak namun sila hati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan atas kesusahan pengguna
Sementara itu Presiden Percamas, Ramlan Ramli berkata pertubuhan itu komited bagi memastikan khidmat dan bantuan profesional oleh ahli yang berdaftar untuk semua pengguna jalan raya.
“Ahli kami ada di seluruh Semenanjung, kami menawarkan khidmat bantuan awal untuk menarik kereta yang mengalami masalah seperti kerosakan atau kemalangan,” katanya.
Selain itu Ramlan turut berkata ahli Percamas juga mengendalikan bengkel kenderaan bagi memastikan pengguna tidak dikenakan bayaran terlalu tinggi dan tiada pihak yang mengambil kesempatan keatas pengguna.
Percamas merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyediakan dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli call man.
Pertubuhan itu menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang dapat membantu pengguna jalanraya dan pihak berkuasa tempatan.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032 dan bagi mendapatkan bantuan kerosakan kenderaan / kemalangan boleh hubungi Hotline PERCAMAS di talian +60162576699.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim hujan sekarang ni rasa takut pula nak keluar sebab sana-sini kita dengar tentang isu banjir.
Bayangkan, tengah drive tiba-tiba jalan raya di hadapan dipenuhi air. Untuk mereka yang pertama kali menghadapi situasi ini, mesti cuak gila kan?
Nah, apa yang perlu anda lakukan sekiranya melalui jalan raya yang dinaiki air banjir, patah balik dan cara laluan alternatif lain yang lebih selamat. Anda juga boleh mencari tempat untuk berhenti sebentar sementara menunggu hujan berhenti.
Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan. Lagi bahaya kalau anda lalu di kawasan laluan sungai yang melimpah. Takut-takut kenderaan anda akan menghadapi risiko dihanyutkan arus air.
Jadi kalau berhadapan dengan situasi ini, sebaiknya anda lakukan 9 tip berikut:
1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.
2. Jika mahu redah juga, pasti kan anda melalui bahagian yang paling tinggi.
3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi anda terlebih dahulu.
4. Pasti kan anda dapat lihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.
5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan anda hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.
6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta di bahagian depan.
7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana anda berisiko untuk dihanyutkan air.
8. Uji brek kereta anda selepas melepasi banjir.
9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.
Bila hari raya ramai risau nak tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Dah banyak jenayah berlaku yang selalu kita dengar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Nak balik kampung pun rasa tak senang hati. Kalau nak harapkan jiran tetangga pun tak boleh juga, ya la mereka pun ada yang beraya di luar daerah. Jadi, serahkan saja keselamatan kawasan perumahan korang tu pada pihak yang bertanggungjawab.
Sekarang ni dah mudah, dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) korang boleh mengisi borang maklum balas balik kampung menerusi apps ini dengan mudah dan pantas.
Setiap maklum balas akan diterima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen tugasan seperti URB dan MPV.
Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah korang telah dilawati dan dipantau.
Korang boleh download melalui Google Playstore dan apps store bagi pengguna iPhone, tapi korang kena daftar terlebih dahulu sebagai ahli VSP.
Rasa lega sikit kan bila ada pihak berkuasa mengawasi tempat tinggal kita sepanjang tempoh balik kampung. Walau bagaimanapun, korang tetap perlu pasti kan keselamatan rumah korang terjaga.
Kalau boleh, kunci semua pintu dan pagar rumah dengan mangga kunci dan tutup tingkap jangan biarkan terbuka kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk menyelinap masuk ke rumah.
Walaupun rumah dah diawasi oleh pihak polis, tapi janganlah pula korang ambil lewa dengan perkara-perkara keselamatan ini. Keselamatan rumah tetap jadi tanggungjawab utama korang.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.