Jika Terlihat Kenderaan Asing Beli Petrol RON95, Korang Boleh Lapor Di Talian Ini

Share

Selepas pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, viral pula foto gelagat rakyat di negara jiran yang dikatakan mengambil kesempatan mengisi petrol di negara kita. Mana tidaknya, kalau diikutkan harga petrol di Malaysia antara yang rendah berbanding negara-negara lain.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bahawa pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas.

Foto: BuzzKini

Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand supaya mempergiat pemantauan dan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Sumber: Twitter

KPDNHEP memandang serius isu tular kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dikatakan mengisi petrol menggunakan nozel kuning, iaitu RON95 yang merupakan minyak bersubsidi.

Foto: Krzysztof Hepner (Gambar hiasan)

Jika korang melihat kereta bernombor pendaftaran asing mengisi petrol RON95 di stesen minyak berhampiran, ambil tindakan dengan segera.

Ambil foto kenderaan terbabit, nama stesen minyak dan laporkan di WhatsApp 019-2794317 di talian KPDNHEP atau hantarkan aduan di e-aduan.kpdnhep.gov.my /kepenggunaan.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN