Awal minggu ini, video Rihanna menepis spekulasi dijemput hadir ke perkahwinan Diraja Britain menjadi tular kerana jawapan yang diberikan.
Setibanya Rihanna tiba di karpet merah, dia ditanya oleh wartawan Entertainment Tonight sama ada telah menerima kad jemputan untuk majlis perkahwinan dan resepsi Putera Harry dan Meghan Markle pada Sabtu ini.
Setelah menjawab tidak, wartawan tadi boleh pula bertanya, “But you guys have met each other.” dan Rihanna tanpa teragak-agak menyoal kembali, “Jadi saya telah berjumpa dengan kamu, kamu ingat kamu akan dijemput ke perkahwinan saya?”
Ouch, savage Queen!
Jadi sekarang setelah kita tahu Rihanna tidak dijemput oleh pasangan Diraja itu, siapa je selebriti yang akan hadir ke perkahwinan di Windsor Castle’s St George’s Chape itu?
01
Priyanka Chopra
Ads
Sebagai kawan rapat kepada Meghan, pastinya pelakon Quantico ini tidak akan melepaskan peluang untuk berada di England bagi meraikan pasangan tersebut. Malah, Priyanka telah mengesahkan kehadirannya esok kepada Vogue India.
02
Spice Girls
Sejak Victoria Beckham melancarkan koleksi baju T dengan nama kelima-lima ahli Spice Girls, khabar angin bertiup kuat mengatakan kumpulan itu akan melakukan persembahan khas semasa majlis resepsi Putera Harry dan Meghan. Mel B juga dilaporkan pernah bercakap mengenai kemungkinan persembahan itu semasa ditemu ramah baru-baru ini.
03
David Beckham
Ads
Dah kalau Victoria ada, David Beckham juga wajiblah ada di situ. Pasangan elit yang pernah dijemput ke majlis perkahwinan Putera Williams dan Kate Middleton ini diketahui umum sebagai rakan karib kepada golongan kerabat Diraja muda Britain. Dalam satu temuramah bersama James Corden, Victoria telahpun terlepas cakap mereka berdua akan hadir dan berkata, “Yes, it is so great isn’t it. They look so happy.”
04
Ed Sheeran
Ouh, okay now we are talking! Ed Sheeran dilihat sebagai antara tetamu kejutan yang dikhabarkan oleh media antarabangsa. Namun, tak mustahil Ed akan berada di situ memandangkan semasa perkahwinan Putera William dan Kate, mereka telah menjemput seorang lagi penyanyi Britain (dan bekas teman wanita Ed) Ellie Goulding untuk melakukan persembahan. Mungkin penyanyi jemputan pada kali ini ialah Ed Sheeran?
05
Elton John
Ads
Khabar angin mengenai kehadiran Sir Elton John diperkuatkan dengan pembatalan konsert beliau yang jatuh pada tarikh 18 dan 19 Mei. Ini mungkin ada kaitannya dengan persembahan khas di Istana?
06
James Corden
Siapa yang tidak mengenali James Corden? Putera Harry pun kenal dengan James dan mereka dilaporkan telah menjadi kawan sejak bertahun-tahun dahulu.
07
Patrick J Adams & Sarah Rafferty
Siapa lagi yang harus dijemput, tak lain tak bukan bekas rakan sekerja Meghan Markle sendiri di dalam drama Suits. Sarah juga didapati sedang berada di Eropah sejak beberapa hari kebelakangan ini, mungkin destinasi terakhirnya adalah perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markles!
* * * * *
Antara nama selebriti lain yang masih tidak mengesahkan kehadiran mereka kepada media termasuklah Serena Williams, Cressida Bones (ouh! bekas teman wanita Putera Harry) dan George Clooney serta Amal Clooney,
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat mereka yang belum maklum, pada 1 November 2023 lalu, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengumumkan berita bahawa mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung yang bakal tiba tidak lama lagi.
Maka tidak hairanlah apabila pada pagi ini (6 Februari), agensi Lee Seung Gi berkongsi kenyataan berikut:
“Hello. Ini Human Made.
“Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah melahirkan seorang anak perempuan pada petang 5 Februari.
“Kedua-dua ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat, dan Lee Seung Gi juga ingin mengekspresikan rasa kesyukurannya dan gembira kerana berjaya menimang cahaya mata dalam keadaan selamat.
“Tolong kirimkan kasih sayang dan sokongan yang padu kepada pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang sedang menyambut ahli keluarga baharu mereka. Terima kasih.”
Buat makluman, setelah mendedahkan hubungan mereka kepada umum buat pertama kali pada Mei 2021, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengadakan majlis perkahwinan peribadi mereka pada 7 April 2023 yang telah dihadiri ramai bintang sensasi Korea Selatan lain.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan bahagia ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi berbakat besar, Danial Chuer meluahkan perasaan sedih selepas bapa tercinta, Chuer Niang, pergi dijemput Ilahi, pada Isnin.
Dalam satu perkongsian di Instagram, pelantun lagu Erti Sempurna itu berkata dia mengambil masa untuk menerima takdir Allah dan kesedihan yang dirasai akibat pemergian bapa yang sangat disayanginya.
Danial mengimbas kembali pengaruh besar yang diberikan oleh arwah bapa dalam perjalanan muziknya. Menurutnya, bapanya adalah individu yang pertama kali memperkenalkannya kepada muzik dan selalu menyokong minatnya tersebut.
“Saya menghabiskan sepanjang hari cuba memproses perasaan saya. Mengapa kehilangan ayah amat menyakitkan saya? Saya duduk di dalam bilik, berfikir, mengasingkan diri seketika untuk memikirkan semuanya.
“Sekarang saya faham mengapa itu sangat menyakitkan. Ayah ialah orang pertama yang suruh saya bermain muzik, kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik.
“Ia adalah tutor muzik pertama saya, orang yang mendorong saya untuk mengambil muzik secara serius sebagai kerjaya. Dia adalah sebab saya jatuh cinta dengan muzik,” katanya.
Selain itu, bekas peserta Big Stage itu juga memberitahu, arwah bapa tidak pernah berkira dalam melabur untuk perkembangan bakat muziknya, termasuk memberi nasihat supaya dia dapat mempelajari alat muzik lain selain hanya menyanyi.
Dia tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang demi perkembangan saya dalam muzik. Saya masih ingat dia berkata, ‘Dek, jangan nyanyi je, papan kekunci utama sambil nyanyi bah.
“Keterujaan ayah terhadap muzik tidak pernah berhenti, bahkan sehingga perbualan terakhir kami, dia selalu memberitahu saya untuk mengarang dan mengatur muzik seperti Dewa 19 dan Ahmad Dhani kerana lelaki itu ‘genius’,” ujar Danial.
“Saya akan merindui sesi ketika saya memainkan muzik dan dia akan tersenyum, menganggukkan kepalanya, dan berkata, ‘Bagus dek, ada improve sudah muzik mu.’ Hanya Tuhan yang tahu betapa bangganya saya mempunyai dia sebagai ayah saya,” ujar Danial lagi.
Menganggap arwah sebagai adiwira dalam hidupnya, Danial turut berjanji untuk meneruskan legasi dan menjaga ibunya dengan baik.
“Saya kehilangan rakan muzik saya, orang yang menunjukkan dunia kepada saya dan mengajar saya lebih daripada yang pernah saya minta.
“Saya kehilangan orang yang boleh menyelesaikan segala-galanya dalam sekelip mata. I’ll get that Dr title for you. Ayah, biarlah mummy di bawah kendalian saya mulai sekarang.
“Saya kehilangan adiwira saya. Saya kehilangan ayah saya. Saya kehilangan kawan baik saya,” katanya dalam luahan yang penuh emosi itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Danial Chuer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan penyanyi muda, Amad, yang secara tiba-tiba rebah sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat dan penonton program tersebut.
Mengulas mengenai kejadian itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, memaklumkan bahawa pihak produksi masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
“Kejadian yang berlaku pada Amad itu di luar jangkaan dan kami masih siasat dan tidak tahu puncanya.
“Yang jelas selepas habis konsert nampak dia sudah okay sikit dan mereka terus pulang. Saya sempat berjumpa dengan mereka sebentar,” katanya kepada Remaja sejurus selesai program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menurut Raqim, hasil pemeriksaan kesihatan mendapati Amad berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius.
“Kami sudah buat pemeriksaan dengan pihak perubatan, tekanan darah dan tiada masalah kesihatan. Itu yang disahkan oleh pihak perubatan sendiri.
“Cuma sebelum dia buat persembahan mungkin mengalami ketidakselesaan sebab sebelum ini dia memang tidak demam atau sakit. Mungkin perkara itu berlaku secara tiba-tiba sebelum persembahan,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kemungkinan besar Amad berdepan ketidakselesaan melampau sebelum naik ke pentas sehingga menjejaskan keadaannya ketika itu.
Tiada Paksaan Dari Pihak Produksi
Raqim turut menjelaskan bahawa keputusan untuk Amad tetap meneruskan persembahan dibuat atas persetujuan antara pengurus dan penyanyi itu sendiri, tanpa sebarang tekanan daripada pihak produksi.
“Kami berbincang dengan pihak mereka sama ada mahu teruskan atau tidak. Kami juga menghormati keputusan mereka dan seperti yang dilihat kami juga terpaksa memberi iklan kerana mahu pastikan keadaannya.
“Kami sentiasa utamakan keselamatandan kesihatan namun semuanya terpulang pada mereka. Tapi dari segi persembahan seperti dilihat di atas pentas,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa kesihatan dan keselamatan peserta serta pengurus masing-masing sentiasa menjadi keutamaan sepanjang program TTMM berlangsung.
Terdahulu, Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan, tumbang sejurus sebelum membuat persembahan di pentas Grand Finale TTMM, sekali gus mengejutkan ramai pihak yang menyaksikan acara tersebut secara langsung pada malam Ahad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!