Jentera Bawang Malaysia Serang TVBS Taiwan Kutuk Malaysia Isu COVID-19 & PKP

Share

Hish.. boleh jadi penat gini kalau hari-hari attack.

Nampaknya Jabatan Netizen Malaysia, a.k.a jentera bawang Malaysia bekerja keras lagi sejak semalam untuk menyerang sebuah stesen television tv di Taiwan.

Ini semua gara-gara stesen television TVBS Taiwan itu menayang sebuah rancangan tv dengan mengatakan Malaysia sepatutnya sebuah negara panas tak tapi mampu mengawal COVID-19, menyindir orang Malaysia yang tak pakai mask, sindir soal pekerjaan PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir.

Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan. Dan yang tak boleh blah hos dan jemputan membahan lelaki dan ketua keluarga di Malaysia tak pandai beli sayur katanya. Korang rasa, acaner.

Kalau sebelum ini mereka berperang dengan artis Malaysia soal isu bantuan prihatin, bergaduh dengan imam palsu tajwidi sampai masuk hospital nampaknya kali ini mereka mempertahankan negara yang tercinta  tanpa mengira bangsa di mana dapat dilihat semua kaum Bersatu padu membantai kembali stesen tv ini  hingga komen mencecah 61 K dan disyer lebih 7.3K (salute dan korang memang superb. Ya demi negara kita semua, MALAYSIA).

REMAJA confirm sangat, ayat YOUR MUM IS GREEN (MAK KAU HIJAU) akan disertakan sekali dia ia merupakan senjata rahsia jabatan netizen Malaysia, hikz.

Pengacara rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia. Dan memang mendapatlah balasan dari jentera bawang Malaysia
Kaum lelaki turut dikutuk sebab tak pandai beli barang. Adus memang pedas part nie..

Bacalah perkongsian dari fb Khairul Azri yang memaklumkan isu ini untuk kita semua tahu bahawa kita harus mempertahankan dan sayangkan negara kita iaitu MALAYSIA.

Petang tadi den ada dapat info bahawa terdapat sebuah lagi rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia.

Di antara komen yang menghiris hati adalah,

– Kononnya Malaysia patut malu sebagai sebuah negara bercuaca panas tapi tidak mampu mengawal Covid-19.

– Menyindir orang Malaysia tidak memakai ‘mask’ kerana mengikut cara British menangani wabak sebab Malaysia kan sebuah negara bekas jajahan British.

– PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir. Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan.

Oleh sebab video tersebut panjang sangat, dan den busy harini tak ada masa nak verify.

Ada kawan-kawan yang dah tonton video tersebut dan boleh sahkan?

Kalau benar, mungkin kena hantar bala tentera bawang dah ni.

Di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

UPDATE: Serangan nampaknya sudah bertali arus, 18K komen. Kasi up 180K please.

Link untuk melawat:
https://www.facebook.com/2100room/posts/1502618663252075?hc_location=ufi

Gambar: Hos dan Jemputan membahan lelaki dan ketua keluarga di Malaysia tak pandai beli sayur katanya. -.-‘
#Khairul_Azri

Bacalah bagaimana netizen mempertahankan negara. Salute semua! Ini baru sebahagian, beribu lagi komen ada. Tak kira bangsa. Sama-sama mempertahankannya. Yeay, we are Malaysian!

 

IKLAN