“Jennie Is A Trend”, Stail Rambut Dua Tona ‘Chunky Highlight’ Kembali ‘IN’ Gara-Gara Blackpink

Share

Yeke orang kata mewarna rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?

Trend rambut 90-an tiba-tiba kembali ‘in’ dikalangan anak muda masa kini. Kali ini tiba pula trend mewarnakan rambut ala ‘chunky highlights’ yang menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer selepas Jennie Blackpink tampil dengan rambut stail ini.

Untuk info warna ‘chunky highlight’  ini kelihatan seperti warna honeycomb keemasan dengan highlight di garisan rambut depan. Satu yang menarik dengan stail ini membuatkan muka besar dan bulat kamu kelihatan kecil, memberi kelainan pada penampilan.

Ini stail rambut terbaru Jennie Blackpink yang jadi ikutan seluruh dunia.

Rata-rata peminat Jennie teruja dengan penampilan terbaru salah seorang ahli kumpulan Blackpink ini.


.


.


.

Memang nampak cool kan…sampai artis Filipina pun terikut trend ‘chunky highlight’ ni.

Tapi sebelum korang nak ikut trend ni, lebih baik korang dapatkan nasihat colorist terlebih dahulu. Nanti takut jadi lain pula…hehe

 

 

IKLAN