
Tudung tak jadi, antara situasi yang oleh buat mood perempuan swing satu hari. Tambah pula bila waktu pagi sebelum nak pergi kerja atau kelas, perempuan ni boleh habiskan masa selama satu jam semata-mata nak betulkan tudung mereka.
Bila menjelang tengah hari, mereka mula resah sebab tudung dah tak sama seperti waktu mereka bersiap tadi. Maka, mulalah tangan tu asyik betulkan tudung setiap dua saat. Ha jangan tipu, korang mesti pernah rasa macam ni kan?
Untuk berkongsi pengalaman, page BroOhsem turut menjelaskan beberapa sebab yang perlu lelaki faham kenapa kaum perempuan ni kalau bersiap boleh sampai makan tahun. Eh, gurau je sis. Hiks!
Berikut ada lima gaya tudung tak jadi yang selalu bikin spoil mood perempuan. Ramai pula yang menyokong tu. So, memang betul la kan?
1. Awning gelembung dalam


2. Awning lembik berombak, puas tiup



3. Awning kelepek tebal


4. Awning tak melengkung

5. Awning keras kejung


Korang macam mana pula? Apa lagi masalah tudung yang selalu dihadapi? Jom share dengan kami!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jarang Beri Komen, Siti Nurhaliza Tersentuh Dengar Nyanyian Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memberi bayangan bakal tampil dengan single raya terbaharu dalam masa terdekat.
Menerusi satu hantaran di Instagram, usahawan berusia 39 tahun itu berkongsi video teaser yang mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun paling mencuri tumpuan apabila perkongsian tersebut turut mendapat respons daripada Biduanita Negara, Siti Nurhaliza.

Penyanyi tersohor itu meninggalkan komen pada video berkenaan dan mengakui tersentuh dengan nyanyian yang disampaikan oleh usahawan tersebut.
“Datuk (panggilan Aliff), hati saya sangat tersentuh,” kata pelantun lagu Kesuma itu.

Tidak hanya itu, ruangan komen turut dimeriahkan dengan respons bersahaja daripada Ozlynn Wati, isteri kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan Raja Lawak.
Ozlynn mengakui tidak menyangka keberanian Aliff sehingga berjaya menarik perhatian TokTi.
“Apa pun awak (Aliff) memang nombor satu. Ini bukan berani kerana benar tapi awak berani buat sampai TokTi (panggilan) komen,” tulisnya.

Dalam masa sama, Aliff turut mengambil peluang mempromosikan dirinya kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengundangnya membuat persembahan sempena musim perayaan akan datang.
“Ada yang nak panggil saya show tak? Harga RM35,000 boleh diskaun sikit. Boleh hubungi pengurus saya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Aliff sememangnya sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering menjadi bualan setiap kali menjelang Aidilfitri. Dengan teaser terbaharu ini, ramai kini tertanya-tanya, adakah single kali ini bakal sekali lagi ‘menggegarkan’ timeline seperti sebelum-sebelum ini?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkenalkan Barisan Mouseketeers Club Mickey Mouse Pertama Di Malaysia!


Nama Club Mickey Mouse pada suatu ketika dahulu menjadi nama sebutan setiap penggemar saluran Disney. Malah, artis-artis terkenal seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera lahir dari program ini.
Kini tiba masa untuk Disney dan Astro memperkenalkan Club Mickey Mouse di Malaysia. Selepas pencarian di seluruh negara seramai 7 orang bakat muda telah dipilih bagi menganggotai kumpulan Mouseketeers pertama di Malaysia. Mereka menjadi hos rancangan Saluran Disney berbilang platform, Club Mickey Mouse. Ia juga bakal disiarkan buat pertama kali di Asia Tenggara.

Mouseketeers yang terpilih terdiri daripada Charis (selaku ketua), Faiz, Natasya, Dheena, Erissa, Wafiy dan Gabriel. Program versi Malaysia ini merupakan francais yang sarat dengan kandungan muzik, komedi, permainan dan turut menampilkan selebriti tempatan seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Joe Flizzow.
Menurut Amit Malhotra, Timbalan Presiden & Pengurus Besar Media Networks The Walt Disney Company Asia Tenggara, pihaknya berbangga dapat Mouseketeers mereka yang sangat berbakat. Bersama-sama rakan niaga, Astro pihaknya gembira dapat membawa rancangan ikonik ini ke Asia Tenggara dan khususnya Malaysia.
Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse bermula pada Jumaat, 15 September 2017, jam 1:30 petang.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penerbit Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Kongsi Cabaran Hantar Pencalonan Sendiri Ke Anugerah Oscars

Satu lagi kejayaan besar yang diraih oleh filem animasi tempatan apabila Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dipilih menjadi calon awal dalam Anugerah Akademi atau lebih dikenali sebagai Oscars ke-92 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.
Menurut temubual oleh wakil Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), pihak Les's Copaque berhadapan dengan cabaran untuk menghantar pencalonan filem tersebut ke Los Angeles, Amerika Syarikat kerana mereka hanya mempunyai waktu yang singkat iaitu enam hari sebelum tarikh tutup.

Penganjur meminta sebanyak 300 keping DVD untuk diedarkan kepada juri. Sekiranya ia dihantar melalui pos, DVD tersebut mungkin akan sampai lambat dan sekali gus merisikokan penyertaan akan ditolak.
Jadi, pihak mereka mengambil keputusan untuk menerbangkan kakitangan syarikat ke Los Angeles bagi memastikan DVD itu sampai kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup.
Filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencatatkan sejarah apabila menjadi filem pertama negara bagi kategori tersebut yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 32 calon akhir daripada ratusan penyertaan yang diterima dari seluruh dunia.

Hantar wakil sebagai calon persendirian
"Apabila menghantar sendiri pencalonan, penerbit filem perlu mematuhi beberapa syarat seperti filem berkenaan wajib ditayangkan selama seminggu di Los Angeles dan setiap hari perlu tiga slot tayang,"
"Untuk memenuhi syarat berkenaan, ia memakan kos yang agak tinggi itu sekitar 21000 USD (kira -kira RM85 000),"
"Saya turut berdepan kekangan waktu ketika hendak hantar penyertaan. Ketika itu cuma tinggal enam hari lagi tarikh tutup. Saya tanya FINAS, filem apa yang hendak dihantar tetapi mereka masih belum ada keputusan kerana jawatankuasa yang diwujudkan tidak lantik ahli lagi,"
"Sehari selepas ahli jawatankuasa dilantik, FINAS maklumkan mereka memilih filem dokumentari M For Malaysia. Jadi , apabila FINAS pilih filem itu, filem saya kena masuk sebagai calon persendirian, waktu itu hanya tinggal empat hari sebelum tarikh tutup,"
"Masa yang ada tidak mencukupi untuk kita pos 300 keping DVD untuk diedarkan kepada juri-juri. Jadi saya ambil keputusan menerbangkan pekerja ke sana bagi memastikan Upin dan Ipin sempat masuk pencalonan awal," jelas Hj Burhan, penerbit filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Gagal ke Anugerah Oscars
Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro semalam, filem tersebut gagal melangkah ke pencalonan akhir Oscars dan Pengarah Isi Kandungan Kreatif Les' Copaque Production, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, pihaknya tidak berasa kecewa sebaliknya akan terus menghasilkan karya animasi terbaik untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.
“Filem ini adalah filem animasi Malaysia pertama yang disenarai pendek dalam acara anugerah itu dan ia menjadi kebanggaan buat kami. Selepas ini, ada lebih banyak lagi karya animasi daripada Les’ Copaque,” jelasnya lagi.
Pengumuman senarai calon Oscars dibuat menerusi laman web dan saluran YouTube Oscars sekitar jam 9 malam tadi dan lima filem yang tercalon dalam kategori itu adalah How To Train Your Dragon, The Hidden World, I Lost My Body, Klaus, Missing Link dan Toy Story 4.
Apa-apa pun kami pasti rakyat Malaysia tetap berbangga dengan kejayaan yang diraih oleh filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kerana walaupun tidak berjaya menjadi top 5 dalam Anugerah Oscars, namun setidak-tidaknya sudah menjadi antara 32 filem terbaik dunia bagi pencalonan tersebut.
Kami berharap agar pihak produksi Les' Copaque terus berusaha dalam terus menghasilkan filem-filem animasi yang berjaya menembusi pasaran dunia.
Sumber: Pit Firdaus & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

