Jenama ZARA Lancar Kasut Inspirasi Playstation ‘Classic’, Nostalgia Betul!

Share

Kalau sebelum ini kecoh di media sosial yang jenama Zara bakal menutup beberapa stor di seluruh dunia disebabkan Covid-19

Terbaru, label terkenal ini dikhabarkan berkolaborasi dengan Sony melancarkan kasut sneakers. Dua jenama besar ini mengeluarkan sneakers yang bertemakan Playstation generasi pertama iaitu lebih kurang selepas 25 tahun konsol pertama PlayStation dilancarkan.

Wow, betul-betul mengimbau kenangan ni.

Sneakers tersebut memiliki design yang lebih kurang dengan game yang booming di era ’90-an itu. Confirm peminat Playstation teruja dengan sneakers ini.

Selepas Esprit Dan Zara, Kini Giliran H&M Tutup Cawangan Setelah Catat Kerugian Hampir 50%

Sneakers berwarna kelabu itu memiliki motif seperti Playstation 1 dengan empat simbol utama iaitu segitiga, O, X, dan kotak yang merupakan tombol konsol PlayStation.

Design tombol ‘power’ yang ikonik pula berada di bagian belakang kasut. Manakala gelembung udara yang ditempatkan di bahagian bawah tumit berfungsi memberikan kesan yang selesa untuk pemakainya.

Kasut unik tersebut khas untuk korang yang kaki  bersize kecil dengan ukuran maksimum US 7 atau 37,5. Sneakers dengan design Playstation old school tersebut dijual dengan harga US$ 50 atau lebih kurang RM 213.

Sebelum ini, Sony Playstation juga pernah berkolaborasi dengan Nike merilis Air Force 1 x PlayStation pada tahun 2018.

Jadi, kami yakin pasti ramai mereka yang membesar di zaman PlayStation bakal berlumba-lumba untuk mendapatkan kasut ini. Oh ya, buat korang yang membesar pada zaman yang sama game manakah yang paling mengimbau nostalgia korang semasa bermain PS1?

IKLAN