Jauhi Aktiviti Pantai Hujung Minggu Ini, Ombak Besar Setinggi 11.5 Kaki Dijangka Berlaku

Share

Jika ada cadangan untuk ke pantai cuti hujung minggu ini bersama ahli keluarga sila ketepikan dahulu niat korang itu ya.

Ini kerana amaran angin kencang dan ombak besar peringkat amaran pertama dan kedua sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca sehingga esok.

Bagi peringkat amaran pertama, ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter dijangka berlaku selain angin kencang selaju 50kmsejam dan dijangka membadai kawasan.

Jika korang tertanya-tanya, ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter itu setinggi mana atau bersamaan 11.5 kaki, ianya memang cukup membahayakan hingga bot nelayan kecil pun berisiko untuk terbalik.

Masa yang sama amaran peringkat kedua juga telah dikeluarkan di mana jika angin kencang dan ombak besar peringkat dua berlaku, ketinggian ombaknya mencecah sehingga 4.5 meter selain kelajuan angin lebih 60kmsejam yang mana cukup merbahaya kepada orang ramai dan nelayan pantai.

Jadi jauhi pantai sehingga esok ya untuk mengelak sebarang tragedi buruk berlaku.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir akan melanda tujuh buah negeri pada petang ini melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan dan juga Sabah.

IKLAN