Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand

Share

Tuah gadis Thailand bernama Pranpriya Manoban, atau Lisa yang berusia 24 yang menempa nama di Korea Selatan.

Ramai mengetahui anggota kumpulan K-Pop paling popular BLACKPINK semuanya cantik dan jelita. Malah, ahli kumpulan Blackpink ini juga tersenarai dalam senarai wanita tercantik di dunia!

Foto Via Koreaboo

Memang tak dapat dinafikan, Lisa BLACKPINK sering menjadi perhatian peminat K-pop kerana paras wajahnya yang sempurna dan bakat yang luar biasa. Kalau anda nak tahu, ramai selebriti yang jadikan Lisa sebagai ikon mereka kerana kecantikannya. Ramai peminat yang tertanya-tanya apalah yang dimakan oleh gadis genit itu sehingga mempunyai wajah secantik itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Lisa Blackpink Dinobat Individu Paling Popular 2019

Terjawab sudah persoalan mereka tersebut apabila tular gambar ibu kandung Lisa baru-baru ini. Patutlah dinobat wanita tercantik pada tahun 2019, rupa ibunya juga lawa!

Lisa merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga kecil yang bahagia dan sederhana.

Ibu Lisa dikenali dengan nama Chitthip Bruschweiler.

Ayah tiri kepada Lisa yang juga berasal daripada Switzerland menjadikan dia mudah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Malah, ayah tirinya juga merupakan seorang chef.

BACA LAGI : Selepas Jennie, ‘Kembar’ Lisa Blackpink Pula Muncul Di Indonesia

Wajah cantik dan manis Lisa ternyata juga diwarisi dari ibu yang memang tak kalah cantik dari Lisa.

Rata-rata peminat yang melihat gambar ibu Lisa itu membanjirinya dengan pujian. Mereka juga mengatakan wajah Lisa saling tak tumpah dengan ibunya. Kecantikan itu diwarisi rupanya!

Untunglah Lisa kerana mewarisi genetik yang baik sahaja daripada ibunya. Saling tak tumpah kecantikan wajah ibunya kepadanya!

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN