Jangan ‘Panic Buying’ Waktu Total Lockdown, Pengguna Twitter Kongsi Cara Mudah Beli Bahan Mentah Online..

Share

Sejak pengumuman ‘Total Lockdown’ baru-baru ini, pasti ramai diantara kita yang ‘panic buying’ dan risau kalau bahan mentah atau barang-barang lain sold out, atau barang di pasaraya tidak mencukupi untuk keperluan kita semua. Bukan itu saja, kita juga perlu mengehadkan waktu kita keluar dari rumah. Yelah, duduk luar lama-lama, lagi senang Miss Corona nak hinggap! Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara mudah supaya kita tidak bersesak di pasaraya dan hanya beli online 

sahaja?

Seorang pengguna Twitter, Bella Khan berkongsikan di Twitter tentang cara beliau bagaimana dia membeli bahan mentah secara online dan hanya melalui laman sesawang seperti Lazada

Sumber: Twitter

Didalam bebenang akaun Twitter miliknya juga, Bella menyelitkan beberapa senarai kedai online yang menawarkan setiap kategori bahan mentah dan keperluan barangan rumah yang korang boleh dapatkan di Lazada, termasuklah seafood, ayam/itik, daging sejukbeku, buah, sayur-sayuran dan banyak lagi..

Sumber: Tangkap layar laman web Lazada

Ini adalah antara senarai keenam-enam E-Grocers yang korang boleh dapatkan:

  1. Cameron Farmers – Aneka jenis pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Panjang Kee Chicken – Aneka jenis pilihan ayam, itik dan telur.

3. Fully Fishery – Semua jenis Seafood dan juga ikan boleh didapatkan disini.

4. Chop Tong Guan – Buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. GST Fresh Mart – Semua jenis produk sejukbeku, ayam, ikan, dan daging.

6. Lazada Grocery Store – Barangan keperluan rumah.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna Twitter yang lain berkongsikan pengalaman mereka membeli bahan mentah di online sahaja, dan rata-rata ramai yang berpuas hati kerana ianya lebih mudah.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

So lepasni korang tak payah lah pening-pening nak fikir beli barang dekat mana, korang pun boleh jimatkan masa korang, dan elak daripada bersesak ramai-ramai dekat pasaraya. Korang juga automatically 

#sapotlokal bila korang beli barang online, sebab kebanyakkannya barang yang terjual di E-Grocery Lazada ni semuanya produk dari Malaysia juga!

Dengan cara ni juga, kita lebih selamat kerana tidak merisikokan diri sendiri dan keluarga  apabila kita keluar membeli barang keperluan rumah. Apa yang penting adalah #kitajagakita.

IKLAN