Bila sebut tentang drama Korea, ramai juga yang dalam fikiran mereka hanya terjurus kepada kisah cinta ‘mat jiwang muka jambu’ dengan ‘minah comel manja malu-malu kucing’. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis genre drama Korea yang sudah ditayangkan terutamanya sepanjang tahun 2017. Tahun ini menyasikan cukup banyak drama Korea yang telah mencapai populariti di peringkat global.
Dari drama berkisarkan komedi, politik mahupun fantasi, drama Korea memang tak pernah mengecewakan. Sejauh manakah tahu tentang drama Korea yang telah ditayangkan pada tahun ini. Adakah kamu benar-benar kaki drama Korea terulung? Istimewa untuk korang, Remaja bawakan 10 drama Korea terbaik yang WAJIB kamu tonton!
1. While You Were Sleeping
Dibintangi dua artis popular, Lee Jongsuk dan Bae Suzy, While You Were Sleeping diangkat menjadi drama terbaik 2017!
2. Weightlifting Fairy
Drama coming of age ini diinspirasikan daripada kisah atlet terkenal Korea, Jang Mi Ra. Diterajui oleh empat pelakon hebat Lee Sung Kyung, Nam Joo Hyuk, Lee Jae Hyuk dan Kyung Soo Jin.
3. Suspicious Partner
Buat peminat setia aktor kacak, Ji Chang Wook ini merupakan drama yang tidak harus kamu lepaskan apatah lagi menyaksikan dia sebagai seorang peguam.
Ads
4. School 2017
Selepas berjaya dengan dua siri terdahulu iaitu ‘School 2013′ dan School 2015’, siri terbaru ‘School 2017’ yang menampilkan Kim Sejong. Ia sekali gus meneruskan legasi kehebatan francais drama ‘School’.
5. Man To Man
Drama aksi hebat ini ditunjangi dua pelakon utama iaitu Park Hae Jin dan Park Sung Woong. Menerusi drama aksi ini Park Hae Jin memegang watak sebagai seorang bodyguard.
Ads
6. Intoverted Boss
Bagi penggemar drama yang berkisarkan kisah dalam pejabat, ‘Introveterd Boss’ yang dilakonkan oleh Yon Wo Jin dan Park Hye Soo ini pasti mencuit hati.
7. Because This Is My First Life
Tampil dengan jalan cerita yang cukup ringkas dan real, drama ‘Because This Is My First Life’ sesuai buat kamu yang tidak suka drama serius. Ia menggandingkan Lee Min Ki dan Jung So Min selaku pelakon utama.
8. Fight My Way
Drama yang mengetengahkan Park Seo Joon dan Kim Ji Woon selaku pelakon utama ini ditayangkan pada bulan Mei yang lalu. Ia mendapat rating yang cukup tinggi di Korea.
Ads
9. Missing 9
Psstt peminat EXO sekalian, drama ‘Missing 9’ ini turut menampilkan Chanyeol! Kisah misteri tentang kecelakaan sebuah pesawat ini pasti mendebarkan hati penonton. Selain Chanyeol EXO, ia turut dibintangi Baek Jin Hee dan Jung Kyung Ho.
10. Strong Woman Do Bong Soon
Kisah seorang wanita bersama Do Bong Soon yang mempunyai superpower dengan kekuatan luar biasa. Drama mencuit hati ini ditunjangi pelakon utamanya Park Bo Young dan turut dibantu oleh Park Hyung Sik serta Ji Soo.
Yezzaaa, jadi inilah senarai 10 drama Korea 2017 yang WAJIB kamu tonton jika mahu bergelar kaki K-drama sejati. Amacam, setuju dengan senarai kami?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel bersuara dan berasa marah berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.
Hal ini rentetan daripada satu kes buli terbaharu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.
Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin (27) melalui media sosialnya berkata institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.
Naim Daniel
At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi.
Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?
Sekadar info, sebelum ini seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.
Di saat rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama bagi individu yang dibuang kerja dan pendapatan terjejas.
Mesti ramai yang mengharapkan mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini, terutamanya dari akaun 1.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi individu yang terjejas.
Selalu dengar tentang akaun 1 dan akaun 2 yang ada di dalam KSWP tu tapi korang tahu tak apa beza antara 2 akaun ini?
Caruman 70:30
Sebelum itu, anda perlu tahu, setiap bulan caruman yang anda dapat dibahagikan kepada nisbah 70:30 yang mana 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% dibahagikan kepada Akaun 2.
Mengikut kadar caruman semasa 23% diambil daripada gaji pekerja, yang mana 11% adalah caruman pekerja yang diambil menerusi potongan gaji bulanan dan 12% adalah caruman daripada majikan.
Ini membawa kepada takrifan:
Akaun 1 – 70% adalah caruman bulanan daripada majikan
Akaun 2 – 30% adalah caruman bulanan daripada pekerja
AKAUN 1
Bertujuan untuk kegunaan selepas bersara dan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum usia mencecah 55 tahun.
Disarankan untuk diletakkan penama bagi memudahkan waris untuk membuat tuntutan.
Dibenarkan untuk melabur sebahagian daripadanya.
AKAUN 2
Beza dengan Akaun 1, Akaun 2 KWSP berperanan sebagai simpanan persediaan persaraan. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
mencecah usia 50 tahun
membayar pendahuluan pembelian rumah pertama
menyelesaikan baki pinjaman perumahan – rumah pertama
pembiayaan pendidikan peribadi
menampung kos perubatan
menunaikan haji
Cara Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah
Harga hartanah yang semakin hari semakin melonjak tinggi menyebabkan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kemudahan kepada ahli KWSP untuk mengeluarkan simpanan di Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
Kerajaan sebelum ini, telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Di saat beberapa buah negara sudah mulai memberi kelonggaran pergerakan di sebalik ancaman COVID-19 malah sudah ada aura-ura alam persekolahan akan dibuka semula terutama di Malaysia (bagi pelajar tingkatan 5 dan 6), negara jiran Filipina mengambil pendekatan berbeza.
Jelas Presidennya, Rodrigo Dutarte semua sekolah yang melibatkan 25 juta murid tidak akan dibuka sehinggalah virus corona ini ditemui kerana dirinya tidak mahu membahayakan nyawa para pelajar. Ada ura-ura sebelum ini sekolah akan dibuka kembali pada Ogos selepas mulai bercuti mulai Mac tetapi beliau melihat pembukaan sekolah adalah satu risiko yang amat besar.
Menurut Presiden yang terkenal dengan gelaran “The Punisher” ini, pembukaan semula sekolah disaat vaksin belum ditemui adalah satu risiko besar. “Kecuali saya yakin benar-benar selamat maka hal ini akan dipertimbangkan,” katanya dalam satu wawancara dengan AFP semalam.
“Bagi saya virus vaksin corona ini paling utama. Jika vaksin itu ditemui tiada masalah lagi,”katanya lagi dalam wawancara tersebut.
Setakat hari ini, belum ada lagi penawar bagi COVID-19 malah rakyat sentiasa diingatkan tentang New Norma di mana mereka perlu melakukan penjarakan sosial, mengamalkan kebersihan tangan, memakai penutup mulut dan lebih baik duduk di rumah berbanding keluar tanpa arah tujuan.
Dalam memastikan tiada pelajar yang terus tercicir disebabkan sudah lama tidak bersekolah, Presiden Dutarte turut menggalakkan pembelajaran secara langsung di alam maya. Namun isu kemiskinan terutama di kawasan penempatan dan kekurangan kemudahan jaringan lebar mengakibatkan isu alam persekolahan ini boleh mengakibatkan lebih ramai pelajar tercicir.
Filipina mencatatkan 14,300 kes dengan 873 orang meninggal akibat wabak ini.
Apa pendapat korang ya tentang hal alam persekolahan ini? Bolehkah dibuka atau ditangguhkan hingga dunia betul-betul sudah selamat?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!