Ada dua kes jenayah berlaku minggu lalu. Satu kes melibatkan seorang lelaki maut ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak berkenaan bagi mengisi angin pada tayar kereta.
Kes pembunuhan di JB yang mendapat perhatian meluas masyarakat
Dalam video yang viral itu, dapat dilihat lelaki berkenaan meronta-ronta semasa cuba ditolak masuk ke dalam kereta. Dia kemudiannya terjatuh dan lelaki berkenaan dilihat dilanggar dan digelek beberapa kali.
Faktanya semasa mangsa dalam keadaan bertarung nyawa, tiada seorang pun yang membantu. Cuma jadi tukang rakam sahaja ketika kejadian.
Kes ini mulai mendapat perhatian termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan pembunuhan itu berpunca perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.
“Pihak polis akan terus mengambil tindakan terhadap semua kumpulan kongsi gelap…polis sedang melakukannya (perang terhadap kongsi gelap). Tiada hari tanpa operasi,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas perhimpunan bulanan warga kementerian itu.
Chef Wan dalam Instagramnya turut menulis tentang sikap orang ramai yang hanya menjadi pemerhati dan tulisannya banyak disiarkan di media sosial.
Ads
Che Wan meluahkan rasanya mengenai jenayah yang hanya ditonton tanpa dibantu
Satu kes lagi melibatkan seorang remaja perempuan yang dicabul di dalam LRT.
Rakan kepada mangsa, Dhabitah Zainal berkongsikan pengalaman hitam rakannya dicabul ketika berada di stesen LRT Masjid Jamek, pada Khamis lalu.
Seorang gadis dicabul namun masyarakat hanya mentertawakannya sahaja..
Last night my friend was sexually assaulted in the LRT from Pasar Seni to Masjid Jamek. A man pulled his penis out of his pants and rubbed it against her bum. She screamed for help. Bystanders laughed. @MyRapidKL‘s staff didn’t help and let the perpetrator walk away. TWICE.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun ini dikatakan dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Masjid Jamek.
Ketika menaik gerabak LRT, dia secara tiba-tiba diganggu oleh seorang lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya dan menyentuh bahagian belakang badan mangsa.
Ads
Ramai lelaki hidung belang suka ambil kesempatan ke atas wanita
Gadis itu kemudian menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai, namun sebaliknya dia pula ditertawakan oleh beberapa orang awam di dalam gerabak LRT berkenaan.
For those yang tak percaya that the bystanders laughed – please note that they were just AROUND her, doesn’t mean they were NEAR her. They might not have seen the severity of the situation.
EITHER WAY, IT’S NOT AN EXCUSE. If someone SCREAMS for help, it’s obvious she’s UNSAFE.
Sampai bila? Ini persoalan yang harus kita jawap sejujurnya. Sampai bila kita hanya jadi penonton dan bukan menolong bila ternampak kegiatan jenayah?.
Baca perkongsian dari penganalisis jenayah, Kamal Affandi tentang sikap suka menonton dari membantu ini. Diharap ianya dapat membuka mata kita bahawa kita boleh menjadi mangsa pada bila-bila masa. Adakah kita berasa gembira jika tiada yang membantu?.
Jangan anggap orang lain adalah mangsa, Kamal
Menurut Kamal, ada tiga situasi jenayah yang harus difahami.
Ads
Tuan punya pemilik premis
Orang ramai disekeliling
Orang yang dijadikan sasaran
Merujuk kepada tuan punya premis, jika kejadian berlaku di lokasi anda, hulurkan bantuan dengan sepantas mungkin.
Keduanya, orang di sekeliling – Tanamkan dalam minda, kalau aku tolong, tak semestinya aku kena jadi saksi di mahkamah. Situasinya, ramai yang takut membantu kerana tak nak jadi saksi kejadian. Tak semestinya korang akan dipanggil kalau siasatan polis sudah lengkap.
Ketiga, paling penting, sentiasalah beringat setiap kali melangkah keluar rumah. Tanamkan dalam hati, berhati-hati dengan semua situas. Kita tak tahu kita mungkin sasaran penjenayah walau kita bukan ada buat salah dengan sapa-sapapun.
Jelas Kamal, perlakuan jenayah akan terjadi bila titik pertemuan itu lengkap. Maksudnya jenayah, mangsa dan masa bertembung secara serentak. Maka ketika itu terjadilah perlakuan jenayah, sama ada kejam atau tidak.
Kenapa masing-masing tak ambil peduli?
Jangan tak suka buat tak peduli kerana jenayah tak kenal mangsa. Bila-bila boleh terjadi. Jadi sebelum keluar rumah tu, beringatlah dan sentiasa berwaspada yang kita boleh jadi mangsanya.
Jangan fikir orang lain mangsa sebab sapa-sapa pun boleh jadi suspeknya.
Hah, nie memang selalu jadi isu tetapi undang-undang tetap dengan peraturannya.
Kamal bersama Azmil Mustapha dalam satu pertemuan di Karangkraf minggu lalu
Kata Kamal, tak salah kita bantu tolong tangkap penjenayah tetapi tangkap sahajalah. Ini bila lihat penjenayah sudah ditangkap, dengan rasa marah yang ada, siap belasah pula penjenayah tersebut.
“Kalau beginilah caranya, sah-sahlah kita salah. Bukan tak boleh nak tolong, tapi tolong tangkap sahaja, bukan tolong pukul.
Dalam pada itu, hal kau bukan hal aku, perlu diketepikan kerana semua orang ada hak antara satu sama lain. Kita hidup bermasyarakat, so kenalah tolong menolong satu sama lainkan.
Fikir-fikirlahlah, mungkin hari ini bukan hari kita. hari dia dan orang lain. Tapi bila kena pada kita, mesti rasa sedihkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dari tahun lepas kita diuji dengan ujian yang begitu getir buat seluruh masyarakat dunia disebabkan wabak pandemik yang memberi kesan pada kehidupan harian kita.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Baru sebentar tadi, Mufti Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui laman Facebook rasmi membuat hebahan Permohonan Bantuan Kecemasan 3.0 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu semak terlebih dahulu sekiranya anda tersenarai dalam penerima automatik inisiatif MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 di sini. Jika tidak tersenarai, anda boleh membuat permohonan di laman web rasmi Baitulmal MAIWP.
Bantuan kepada penerima Bantuan Kecemasan 2.0 akan disalurkan secara automatik dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Permohonan dibuka kepada golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terjejas pendapatan.
Rata-rata wargenet juga meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan oleh MAIWP ini.
Depresi merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Ramai dikalangan selebriti yang mengalami masalah depresi dan mengakhiri hidup mereka dengan jalan bunuh diri.
Terbaru, BEKAS anggota kumpulan Kpop terkenal AOA iaitu Mina dikejarkan ke hospital selepas memuat naik sebuah entri yang menunjukkan penyanyi itu cuba mencederakan diri di Instagram pada Sabtu.
Pihak pengurusan Mina iaitu Woori Actors menerusi sebuah kenyataan media berkata pelakon itu kini masih mendapatkan rawatan.
Kwon Mina telah dihantar ke unit kecemasan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital,” kata pihak pengurusan Mina.
Sebelum dihantar ke hospital, Woori Actors menghubungi pihak polis selepas Mina memuat naik gambar tersebut dengan mesej berkaitan isu buli yang terjadi antara ahli kumpulan AOA.
Mesej tersebut ditujukan kepada Jimin, Seolhyun dan Ketua Pegawai Eksekutif FNC Entertainment iaitu Han Sung Ho.
Bagaimanapun, posting itu sudah dipadam daripada Instagram milik Mina.
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan berharap Mina akan sembuh seperti sedia kala.
Kes bunuh diri telah diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai penyakit mental. Ramai netizen yang menyelar perbuatan ini, tapi korang tahu tak sebenarnya masalah depresi bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main?
The struggle is real guys. Bukan sebab tak jumpa doktor ke apa tapi cuma mereka tak boleh nak kawal depresi tu. Dah nama manusia, asal depress je mesti cakap gila.
Nah, jangan judge kehidupan orang lain kalau kita sendiri tak tahu apa yang mereka alami.
Apa-apapun moga Mina cepat sembuh dan jalani kehidupan seperti biasa ya!
Sumber: allkpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu pelajar lepasan SPM berlumba-lumba cuba untuk mendapatkan tempat di institut pengajian tinggi, tapi kini tidak lagi apabila kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.
Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019, tetapi trend ini dipercayai akan berterusan pada 2020 dan 2021. Menurut laporan Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC), sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur prestasi pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1 peratus sahaja pelajar SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.
Hal ini jelas menunjukkan terdapat kesannya kepada produktiviti dan penyerapan tenaga buruh pada ekonomi kelak. Ini kerana ketiadaan kemahiran tinggi serta pengetahuan tertentu akan mendorong kepada kekurangan pakar dalam negara dan perkara itu akan menyukarkan pasaran buruh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu bersama kadar gaji yang lebih tinggi.
Ia sekali gus dilihat akan menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal merundum dan memberi kesan pada kualiti hidup masyarakat.
Hal ini adalah sangat membimbangkan dan diharap agar pihak yang bertanggungjawab menjalankan kajian atas sebab apa generasi ini tidak mahu menyambung pengajian mereka. Adakah disebabkan masalah kewangan untuk sambung belajar atau mungkin mereka lebih memilih untuk mencari wang?
Pelajar sekolah juga harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan pelajaran selepas habis SPM. Kesemua pihak termasuk kerajaan, guru dan ibu bapa perlu mengambil perhatian akan isu ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!