Jangan Jadi Seperti Mexico! Terpaksa Berkurung SEMULA Di Rumah Selepas Kes Covid-19 Naik

Share

Baru sahaja nak bebas, Mexico terpaksa kembali semula dengan perintah berkurung apabila negara itu mencatatkan 523 kematian pada hari Sabtu lalu, meningkat ke 30,366 kematian.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di Mexico? Here is the story.

Pemerhati dunia telah mengkritik keputusan kerajaan Mexico pimpinan Andres Manuel Lopez Obrador yang terlalu lambat mengenakan perintah berkurung dan kini terlalu cepat pula memberi kelonggaran kepada rakyat Mexico untuk bergerak bebas.

Dari segi perniagaan, punca rezeki ekonomi Mexico terpaksa dihentikan bermula 23 Mac lalu kecuali beberapa perniagaan asas & penting mereka.

*

Seperti di Malaysia, rakyat Mexico turut memohon agar kerajaan mereka memberi kelonggaran untuk kembali semula ke tempat kerja masing-masing demi kelangsungan ekonomi.

Dek kerana terlalu inginkan ekonomi Mexico kembali berjalan seperti biasa, Presiden Obrador melonggarkan perintah berkurung pada bulan Mei WALAUPUN statistik kes Covid-19 di Mexico masih dalam keadaan berjaga-jaga.

Di ibu negara Mexico City sahaja, beratus ribu pekerja kilang kembali bekerja pada pertengahan Jun. Perniagaan lain ikut sama dibuka pada beberapa hari lalu pada bulan Julai.

Namun semalam semasa sebahagian daripada rakyat mereka ingin menyambut perayaan 4th of July yang merupakan sambutan kemerdekaan bagi negara Amerika Syarikat, Mexico City terpaksa mengetatkan semula perintah berkurung.

Selama 2 hari ini, perniagaan tidak asas (non-essential) diarahkan ditutup SEMULA di sebahagian bandaraya selepas orang ramai menyerbu keluar untuk membeli-belah serta berlibur.

Penutupan ini adalah untuk memberi pihak berkuasa lebih masa memikirkan strategi menangani jumlah kes dan pada masa yang sama, strategi untuk memberi peluang kepada para peniaga.

Malah, Timbalan Menteri Kesihatan Mexico iaitu Hugo Lopez-Gatell juga memberi amaran bahawa jumlah kematian akibat Covid-19 di negara itu boleh naik semula jika sektor ekonomi dibuka semula terlalu pantas.

Untuk pengetahuan, Mexico kini adalah negara Amerika Selatan kedua paling teruk dilanda jumlah kes Covid-19 selepas Brazil.

Di peringkat dunia pula, Mexico adalah negara kelima paling teruk – melepas Perancis semalam – apabila Mexico mencatatkan kes purata sebanyak 6,914 setiap hari.

*

So guys, it is still a scary world out there. Walaupun Malaysia berjaya melepasi tahap kritikal Covid-19, itu tak bermakna kita selamat.

Keadaan ini perlu dikekalkan dengan cara kita mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

IKLAN