Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bakal dikuat kuasakan bermula esok, 12 Mei.
Secara tidak langsung, ia bermaksud sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada hari Khamis ini tidak akan disambut semeriah tahun lalu sementelah tiada individu yang dibenarkan merentas daerah mahupun negeri sepanjang tempoh PKP ini.
Di media sosial, seperti dijangka, respon balas warganet terhadap pengumuman tersebut lebih berbaur negetif. Mereka beranggapan pengumuman pada saat-saat terakhir sebelum Hari Raya ini adalah tidak wajar memandangkan pelbagai persiapan telah dilakukan oleh masyarakat yang terdahulu boleh merentas daerah untuk beraya.
Ads
Kini segala persiapan itu tidak lagi boleh dikongsikan dengan yang tersayang.
Biarpun begitu, sebagai masyarakat yang rasional dan patuh kepada arahan pihak berkuasa, kita seharusnya menerima arahan tersebut demi keselamatan rakyat sejagat. Jangan pula kita sesekali cuba untuk melawan arus dan berdegil untuk merentas negeri seperti yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Laporan Tribunnews berkongsi tentang tingkah laku penungang motosikal di Jakarta yang berkumpul beramai-ramai di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bekasi-Kerawang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya.
Biarpun kerajaan Indonesia kini sedang dalam tempoh ‘Operasi Ketupat Jaya 2021’ sejak 6 Mei lalu, nampaknya masih ramai rakyatnya yang berdegil.
Kejadian yang berlaku pada malam Ahad lepas itu menyaksikan ribuan penunggang berhimpit dan beratur di lokasi terbabit sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 5km!
Apabila pihak berkuasa cuba untuk menghentikan perbuatan mereka yang ingin merentas sempadan dan mengarahkan agar mereka berpusing semula, para penunggang enggan berganjak. Malah ada juga yang memasuki lorong bertentangan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Lantaran itu, pihak berkuasa terpaksa membuka penghalang sempadan atau barricade untuk jangka masa sebentar bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. Mereka juga enggan ada jangkitan wabak yang boleh merebak disebabkan kesesakan luar biasa ini.
Ads
Malang sekali apabila para penunggang mengambil peluang itu untuk meloloskan diri dan terus memacu laju ke arah destinasi masing-masing!
Seperti di Malaysia, kerajaan Indonesia juga melarang perbuatan rentas negeri tanpa surat kebenaran pihak berkuasa dengan alasan sahih seperti isu kesihatan, meninggal dunia dan kehamilan.
Sehingga kini, Indonesia dilaporkan mencatatkan lebih 47,000 kes kematian akibat jangkitan COVID-19. Daripada 1.71 juta kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1.57 juta kes telah pulih.
Hari ini, bermulalah pembayaran parking secara e-wallet bagi caj tempat letak kereta di bahu jalan di seluruh Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan media, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai, kaedah pembayaran menggunakan mesin sudah berakhir semalam dan mulai hari ini orang ramai perlu menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-wallet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash untuk membuat bayaran caj letak kereta di kawasan Kuala Lumpur.
Masa yang sama, DBKL memaklumkan sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan e-wallet Boost dan Touch n Go bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.
Buat masa ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.
Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan media dikeluarkan semalam. Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Jadi pastikan korang dah ada aplikasi yang dinyatakan itu ya dan bersedia menggunakannya. Jangan abaikan nanti kena saman lagi susah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat Pelajar Universiti Di Cyberjaya Ditahan Dalam Kes Langgar Lari Menyebabkan Kematian
Dalam tempoh 24 jam yang lalu telah tular di kalangan pengguna laman media sosial di negara kita tentang sebuah kes langgar lari. Kejadian langgar lari yang tidak berperikemanusiaan yang berlaku pada Rabu lalu di Cyberjaya telah menyebabkan seorang gadis tidak berdosa, Wan Amirah Wan Alias telah maut akibat dilanggar.
Rakaman dari sebuah CCTV telah tersebar yang menunjukkan kejadian tersebut. Lantaran itu netizen mengecam tindakan melulu pemandu tersebut yang memandu dalam keadaan berbahaya dan seolah-olah tidak mempedulikan mangsa.
Dan selepas itu ramai netizen menggesa semua pihak untuk berusaha menjejaki dalang di sebalik kejadian yang cukup menyedihkan ini. Mangsa telah dirempuh dari belakang dan diseret sejauh beberapa meter oleh kenderaan pelaku sebuah kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999.
Kredit: SInar Harian
Namun pagi ini kita telah menerima perkhabaran gembira selepas pihak polis menahan seramai tiga orang lelaki Arab dan seorang wanita warga Malaysia pada tengah malam tadi di Cyberjaya.
Menurut laporan Astro Awani, salah seorang yang ditangkap ialah seorang pemuda dari Yaman berusia 22 tahun dipercayai terlibat dengan kes langgar lari menyebabkan kematian. Penahanan tersebut dilakukan di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai Seri Kembangan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata tankapan lanjutan turut dilakukan di Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya dan melibatkan dua warga Libya dan seorang wanita tempatan berasal dari Sabah.
Kenderaan jenis Hyundai yang disyaki terbabit dalam kes tersebut turut dirampas oleh pihak polis. Kesemua yang ditangkap dipercayai merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini memaparkan yang pemandu tersebut berang dengan seorang pengawal keselamatan yang melarangnya meletak kenderaan di petak parkir OKU. Kemudia dia dalam keadaan berang memandu kereta secara melulu dan berbahaya sehingga melanggar mangsa.
Bagi REMAJA, kejadian seperti tidak sepatutnya berlaku. Jangan disebabkan rasa marah kepada orang lain menyebabkan mangsa tidak bersalah menjadi korban. Di manakah kewarasan kita seorang manusia boleh hilang tatkala membawa kenderaan.
Jadilah pemandu yang sentiasa berhemah dan ingatlah pesan REMAJA ini; jika bawa kenderaan seperti kereta, tolonglah alert kepada yang lebih ‘kecil’. Maksud REMAJA di sini, tolonglah lebih peka kepada pengguna jalan raya seperti penunggang basikal, motosikal dan pejalan kaki.
Diharapkan keadilan akan dapat ditegakkan di atas kematian tragis Wan Amirah. Takziah kami ucapkan buat keluarganya…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Itulah terjadi pada ALEEMA Ali,16, tidak menyangka keinginan untuk membuang kutu pada kepala dengan memakai syampu khas bagi membuang binatang berkenaan pada kepala akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya, lebih menyedihkan dia terpaksa menjadi cacat sepanjang hayat.
Remaja yang berasal dari Bradford, England ini perlu menunggu kira-kira 10 minit sebelum membersihkan kepala dan ketika itu dia melangkah ke dapur untuk membuang sampah.
Gambar hiasan
Namun siapa sangka langkahnya ke dapur itu menyebabkan dia yang ketika itu berusia 12 tahun dan dilahirkan normal bertukar menjadi cacat seumur hidup selepas api menyambar ke arah rambut dan sebahagian badannya.
Keadaan itu menyebabkan 55 peratus badannya melecur sekali gus menyebabkan mukanya, rambut, lengan peha, dada terbakar. Lebih menyedihkan hanya tiga jari mampu ‘beroperasi’ dengan sempurna, manakala tujuh lagi tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian itu dia terus dikejarkan ke hospital dan koma selama dua bulan. Remaja malang ini juga menerima rawatan di Hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya.
Namun, semangat untuk terus berjaya walaupun kini mengalami kecacatan kekal. ALEEMA Ali bangkit meneruskan kehidupan dan semakin tampil berani di khalayak ramai termasuk melakukan tutorial solekan di media sosial.
.
Terbaru, Aleema tampil dalam aplikasi TikTok untuk melakukan tutorial solekan.
Kongsinya yang kini melanjutkan pengajian peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire, sepanjang berada di hospital dia menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui.
Kuat betul semangat remaja ini. kalau jadi dekat penulis tak tahu la…huhu…Semoga Aleema terus kuat dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam dalam kerjaya!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.