Jangan ‘Buta’ Budaya, Jom Lihat Sendiri Tanjak Kesultanan Melayu Di Istana Budaya!

Share

Pada zaman moden hari ini, masyarakat kita semakin melupakan tradisi yang selama ini mengangkat dan membentuk peradaban bangsa.

Ingatkah kita dengan sejarah kerajaan melayu melaka, Legenda Hang Tuah dan sahabat serta banyak lagi merupakan kegemilangan tradisi bangsa melayu itu sendiri.

Berita baik buat korang yang merupakan peminat institusi Diraja dan penggemar barang-barang warisan Melayu, korang patut berkunjung ke Istana Budaya sekarang ni!

Ini kerana di situ berlangsungnya pameran replika tanjak terbesar iaitu tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri.

Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang.

Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan oleh 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked petang semalam.

Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.

Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya dan mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak, selain bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurut pihak penganjur, selepas pameran itu, kain tanjak akan dipotong menjadi helaian kain untuk dijadikan tanjak biasa dan akan diberikan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sebagai cenderahati bagi memperkasakan budaya, adat dan warisan Melayu.

So jom serbu Istana Budaya dan kenali budaya kita sendiri di pameran tanjak terbesar tu okay!

Sumber: Bernama

IKLAN