Jangan Biar Kad Bank Tak Boleh Buat Transaksi, Ini Cara Tukar Secara Online

Share

Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.

Namun, bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidak boleh menunaikan sebarang transaksi!

Aduh…Kalau korang malas berurusan di bank. Boleh je tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

  1. Log masuk Maybank2U

2. Pergi ke Settings


3. Pergi ke Cards


4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block


5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar


6. Pilih Replace Card


7. Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan nombor PIN
  4. Pilih Transaksi lain

Selamat mencuba!

Sumber: Maybank2U, mermyman

IKLAN