Jadikan Belajar Sebagai Hobi, Lelaki Ini Miliki 38 Ijazah Dalam Masa 18 Tahun

Share

Di Malaysia, kebiasaan untuk pelajar menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah lebih kurang dua atau tiga tahun bergantung kepada jurusan yang diambil.

Sepanjang tempoh itu, pelajar benar-benar struggle untuk belajar bagi memastikan mereka lulus setiap mata pelajaran. Lagi tinggi peringkat pembelajaran korang, lebih stres nak habiskan setiap semester.

Betul tak?

Walau bagaimanapun, menurut laporan daripada CNN Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai Welin Kusuma telah pun memiliki 32 sijil Ijazah Sarjana Muda di usia 39 tahun.

Sejak melanjutkan pelajaran pada tahun 1999, lelaki ini telah memperoleh 11 Ijazah Sarjana Muda, 3 Ijazah Sarjana dan 18 Sijil Profesional. 32 gelaran pendidikan ini diraih selama 18 tahun dan Universiti Surabaya merupakan institusi pendidikan pertama yang menjadi tempat Welin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Saya sangat suka belajar dan menjadikan ia sebagai hobi kerana saya yakin setiap kali saya melanjutkan pelajaran, saya akan dapat belajar banyak perkara dan ilmu pengetahuan itu akan dapat digunakan pada waktu sekarang atau pun dikemudian hari,” jelas Welin.

Korang juga boleh lihat semua sijil miliknya di laman Instagram @welinkusuma.

Ha, korang yang baru nak habiskan Diploma/Ijazah tu jangan merungut pula. Lihat sahaja kegigihan yang ada dalam diri lelaki ini. Semoga kisahnya dapat menaikkan lagi semangat korang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.

Sumber: CNN Indonesia

IKLAN