Rancangan hiburan Gegar Vaganza sekali lagi membuat kejutan apabila tiada penyingkiran dilakukan pada minggu kelapan menyaksikan sembilan peserta yang bertandingan sebentar tadi mara ke konsert minggu hadapan.
Dengan tema Kata Di Kota, Nama Di Carta, Jaclyn Victor unggul mendapat markah 85.00 peratus dan mendapat pujian daripada juri. Cemerlang menyanyikan lagu popular Anuar Zain, Lelaki ini, ibu kepada dua cahaya mata ini nyata memukau dengan kawalan vokal yang hebat.
Selain Jaclyn, melengkapkan kedudukan top 3 ialah kumpulan VE yang mengutip markah 80.40 peratus dan Tomok dengan 79.00 peratus. Mereka masing-masing menyanyikan lagu Rozana dan Mentera Semerah Padi.
Manakala bekas peserta Malaysian Idol yang juga penyampai Radio ERA, Dina Nadzir pula berada di kedudukan paling bawah dengan mengutip hanya 60.60 peratus apabila menyanyikan lagu Hijau yang dipopularkan Zainal Abidin. Turut bersama Dina di kedudukan tiga terbawah ialah Asheed Def Gab C dan Fuad Rahman. Mereka masing-masing mendapat markah 63.20 dan 69.80 peratus.
Ads
Dalam pada itu, Tomok diumumkan sebagi pemenang Anugerah Next Level Digi manakala Bob Yusof pula dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.
Ads
Konsert minggu kelapan ini telah diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap. Mereka disertai oleh penyanyi terkenal Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percaya atau tidak, selebriti Korea kini menjadi antara artis menjana pendapatan paling tinggi di dunia! Dengan populariti luar biasa maka tidak hairanlah mereka menjadi jutawan. Jom kita lihat lima orang selebriti Korea yang mendapat pendapatan tertinggi sejak tahun 2016 hingga kini
1. PSY
Namanya tidak perlu lagi diperkenal. Fenomena Gangnam Style beberapa tahun lalu telah menggoncang peta hiburan dunia. Terkenal dengan muzik video yang kelakar serta unik, PSY menjadi penanda aras buat penyanyi-penyanyi di Korea untuk berkarya di peringkat global.
2. G-Dragon
He is the biggest fashion icon in K-pop world! G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong mencipta nama bersama grupnya, Big Bang. Dia juga mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu PeaceMinusOne yang turut diperkenalkan di London.
3. Choi Siwon
Siwon merupakan antara wajah utama yang ditonjolkan oleh grupnya, Super Junior dan Super Junior-M. Popularitinya di China merupakan satu fenomena luar biasa sehinggakan dia menjadi antara empat orang artis Korea tampil di setem negara China. Bidang lakonannya juga turut menyerlah dengan drama seperti Poseidon dan Oh! My Lady.
4. BoA
Siapa yang tidak kenal dengan BoA maka dia tidak layak menggelar diri mereka sebagai peminat K-pop. BoA is the Queen of Korean Pop! Kejayaannya di luar negara telah membuka jalan kepada artis-artis lain untuk melebarkan karier mereka. Malah, BoA juga dijulang sebagai penyanyi Korea pertama berjaya menembusi pasaran Jepun.
5. Yoona
Yoona merupakan antara salah seorang ahli Girls’ Generation yang paling popular. Dan Girls’ Generation pula masih kekal sebagai antara tiga kuasa besar girls group di Korea. Karier Yoona juga turut dihiasi dengan lakonan dengan drama seperti Are My Destiny Cinderella Man, Love Rain, Prime Miniter and I dan Zhao Yun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Bollywood terkenal, Hrithik Roshan telah berkongsi sekumpulan gambar dan video kenangan bersama ibunya; Pinkie Roshan yang menyambut hari lahirnya semalam melalui laman Instagram miliknya. Sweet kan?
Lama rasanya tak dengar cerita mengenai superstar Bollywood ini. Min dulu pun membesar dengan menonton filem-filem Hrithik Roshan iaitu Dhoom, Krrish, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Mujhse Dosti Karoge dan banyak lagi. Kalau nak senaraikan satu persatu, memang tak pernah habis!
Untuk pengetahuan korang, pelakon ini memang sangat akrab dengan ibunya dan sering membuat hantaran di laman media sosialnya. Setiap kali ulang tahun ibunya saja, dia tak pernah terlepas untuk wish. Namun tahun ini special sedikit, sebab bintang terkenal ini sempat edit dan throwback video serta gambar mereka berdua. Ada juga gambar pelakon ini semasa kecil. Min tengok pun jadi sebak.
Video perkongsiannya itu turut disertakan kapsyen ” I wish you LOVE my mama..LOVE that emerges inside you for YOU. And peace, the kind that connects your heart with every single being on the planet. HAPPY 69th BIRTHDAY ! ❤️ Wish her luck guys , she is just about deciding to begin her most inspired Transformation yet !! 22.10.2022”
Video tersebut turut dilengkapkan denganversiinstrumental“Memories”olehBennyMartin.
Wah memang anak yang baik. Jarang kan dapat melihat anak lelaki post sweet-sweet macam superstar Bollywood ini? Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi Mama!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai sebuah jenama paling popular dalam negara, KFC Malaysia sentiasa peka dengan peranannya sebagai badan korporat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Bertempat di Putrajaya semalam, mereka telah menganjurkan program larian ‘Add Hope Run – Stop Hunger’. Ia juga merupakan acara penutup bagi jempen ‘Add Hope KFC 2017’.
Apa yang menakjubkan, pada kali ini mereka telah mencatatkan kutipan tertinggi dengan jumlah sebanyak RM 4.2 juta!
Jumlah kutipan tersebut diumumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Berhad (QSR Brands), pada kemuncak acara.
Hadir bercemar duli iaitu Penaung Diraja Add Hope Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Dan turut serta menghulurkan sokongan adalah Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.
“Program ini merupakan satu perjalanan jangka panjang. Justeru, ia menuntut kerjasama semua pihak untuk sama-sama mencipta perubahan. Ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk menyatakan penghargaan kepada kemurahan hati rakyat Malaysia ini. Kerana sumbangan anda, kami dapat menyalurkan sumbangan. Marilah kita sama-sama meneruskan perjuangan bersama KFC Malaysia dan meningkatkan lagi inisiatif ini ke tahap lebih besar pada tahun-tahun akan datang untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” jelas Dato’ Kamaruzzaman.
Juara AJL ke-32, Hael Husaini turut hadir menghiburkan peserta dan pengunjung Add Hope Run – Stop Hunger
Inisiatif tahunan ini mula mengumpul dana sejak dilancarkan pada Jun 2017. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dana dikumpul melalui penjualan set hidangan Add Hope KFC, platform derma atas talian, serta tabung derma yang ditempatkan di semua restoran KFC.
Sebagai satu usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai masalah kebuluran dan kemiskinan dunia, larian amal ‘Add Hope Run – Stop Hunger’ turut dianjurkan bersempena penutupan kempen untuk tahun tersebut. Bersesuaian dengan tema ‘Empowering Juniors, Inspiring Change’, acara ini bermatlamat menyemai nilai murni dan memberi kesedaran awal kepada golongan muda.
Larian yang dianjurkan buat julung kali ini menyaksikan lebih 2,500 peserta muda melangkah bersama KFC Malaysia sekaligus menjadi penggerak muda bagi misi kemasyarakatan ini.
“Kami percaya bahawa generasi muda memainkan peranan penting di dalam masyarakat ke arah membentuk dunia yang lebih baik. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga, kita harus menyemai nilai-nilai murni serta memberi pendidikan dan pendedahan awal supaya generasi seterusnya lebih prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik terutama isu kemanusiaan termasuk kebuluran. Dan pada hari ini, kami mengambil pendekatan untuk mengajak golongan cilik ini untuk turut serta meningkatkan kesedaran terhadap usaha ini,” kata Dato’ Kamaruzzaman lagi.
Hadir sama, Encik Carlos Melendez, Ketua Depot Respon Kemanusiaan PBB bagi Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Madelene Sachi, Ketua Pegawai Perundangan KFC Asia & Pizza Hut Asia Pasifik; serta jurucakap kempen, Scha Alyahya.
Jemputan khas yang hadir adalah wakil badan bukan kerajaan (NGO), penghuni rumah kebajikan, barisan pengurusan KFC Malaysia serta diserikan oleh persembahan daripada selebriti tempatan.
Sebahagian besar hasil kutipan bakal disalurkan ke seluruh Malaysia melalui kerjasama erat KFC bersama pelbagai badan bukan kerajaan dan organisasi tempatan kepada golongan miskin tegar, gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan secara lebih efektif.
Sebahagian lagi kutipan akan disalurkan kepada Program Makanan Sedunia PBB untuk membantu individu kurang bernasib baik serata dunia akibat kebuluran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.