Berita

“Itu Hanya Marketing Strategy” – Amira Othman Nafi Bakal Nikah Dengan Fattah Amin

Share

Sejak beberapa hari lalu, media sosial kecoh bila tersebarnya sebuah video memaparkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman tampil anggun dalam busana pengantin.

Lebih menguatkan spekulasi, video tersebut turut memaparkan penyangkut baju berhuruf A dan F selain kad dengan tarikh 26/08.

Ramai mula membuat andaian kononnya Amira bakal berkahwin dengan pelakon popular, Fattah Amin

.

Namun, Amira tampil menafikan khabar angin itu. Jelasnya, ia hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran sebuah jenama yang sedang berkolaborasi dengannya.

“Tak ada, sebenarnya itu adalah marketing strategi daripada brand yang saya berkolaborasi, saya pun tidak berapa tahu bagaimana exact plannya.


“Apa yang saya tahu itu adalah kolaborasi untuk busana pengantin. Jadi pastinya ada video panjang dan beberapa video teaser jadi video yang berbeza-beza maka pandangan orang pun berbeza-beza.

“Bagi saya itu adalah marketing strategi masing-masing punya brand, saya hanya menjalankan tanggungjawab, tidak ada niat lah nak buat itu, ini, apa semua tu,” katanya kepada Remaja.

Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu lagi, dia tidak mahu isu berkenaan terus dipanjangkan kerana bimbang boleh menimbulkan salah faham.

“Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih isu ini, saya bimbang akan menimbulkan salah faham tapi apa yang saya boleh cakap adalah ini adalah hanya untuk urusan kerja sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, perkongsian usahawan Wanie Elena menampilkan Amira dalam busana serba putih lengkap dengan sejambak bunga tangan seperti pengantin telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath