Susalan pengumuman tiga penyampai radio ERA FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Effendy direhatkan buat sementara waktu akibat penglibatan mereka dalam video tular yang menyentuh sensitiviti masyarakat kaum India, Astro Audio kembali dengan satu lagi pengumuman baharu pada Selasa.
Menurut pihak Astro Audio, mereka akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci bagi menyiasat bagaimana insiden tersebut boleh tercetus. Difahamkan juga, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi Astro Audio telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebentar tadi bagi membantu siasatan.
Selaras dengan itu, Astro Audio mengumumkan akan menggantung dua lagi kakitangan ERA FM sebagai tambahan kepada penggantungan tiga orang penyampai segmen 3 Pagi ERA iaitu Nabil, Azad dan Radin sehingga diberitahu kelak.
Mereka sekali lagi menegaskan kekesalan yang dirasai oleh pihaknya atas insiden yang telah menyakiti hati dan mengundang kekecewaan orang ramai.
Ads
Terdahulu, media melaporkan gesaan parti politik MIC terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap radio ERA FM setelah tular video beberapa kakitangannya menghina kepercayaan dan tradisi tarian kavadi penganut Hindu di Malaysia.
Ads
Ia memaparkan Azad menari dengan nyanyian ‘Vel Vel’ oleh beberapa kakitangan lain sebelum mereka bergelak-tawa.
Ads
Rakaman video itu kemudian dimuat naik ke akaun media sosial TikTok stesen radio berkenaan sebelum ia dipadamkan. Bagaimanapun, salinan video itu telahpun tular di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama atau filem seram berkisarkan tentang zombie antara yang menjadi kegemaran peminat kerana jalan ceritanya menarik dan mampu membuatkan penonton berdebar setiap kali menyaksikan aksi ganas yang dipaparkan.
Tidak dinafikan Korea banyak menghasilkan drama-drama mahu pun filem yang membawa tema zombie yang kebanyakannya memang best untuk dilayan. Kalau korang sememangnya gemar menonton kisah zombie ini, berikut kami senaraikan antara drama dan filem zombie terbitan produksi Korea Selatan.
1. All Of Us Are Dead
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Kingdom
Drama ini berlatarkan zaman Joseon, zaman pertengahan di Korea, seorang menteri bercita-cita tinggi yang mahu mengambil alih takhta, “menyimpan” raja yang sakit yang nampaknya telah mengubahnya menjadi zombie.
Menteri tersebut menyimpan rahsia ini dari semua orang, hanya permaisuri yang mengetahui tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, anak raja, putera mahkota cuba untuk mengungkap rahsia itu. Putera mahkota mencari doktor yang merawat bapanya (raja) dan mendedahkan kebenarannya.
3. Rampant
Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hyun Bin, Jang Dong Gun, dan Kim Tae Woo, cerita ini mengisahkan tentang Lee Chung yang telah menjadi tebusan politik Dinasti Qing sebagai. Selepas 10 tahun, dia pulang semula ke Joseon dan kepulangan itu telah menemui sesuatu yang mengejutkan. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan zombie tetapi juga menerima berita kematian abangnya disebabkan oleh konspirasi dalaman istana.
4. Alive
Alive merupakan filem survival thriller tentang wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul. Wabak tersebut berkembang dengan cepat di luar kawalan dan menyebabkan seluruh Korea tidak dapat mengakses internet mahu pun talian komunikasi. Joon Woo dan Yoo Bin lakonan Yoo Ah In dan Park Shin Hye mereka masing-masing tinggal bersendirian dan terperangkap di dalam sebuah pangsapuri.
5. Sweet Home
Drama lakonan Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Do Hyun, Lee Si Young, Park Gyu Young ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
6. Train To Busan
Seok Woo ialah seorang duda yang obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Sewaktu ulang tahun kelahiran, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul.
Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
7. Happiness
Jika All Of Us Are Dead menceritakan tentang kisah sekumpulan pelajar yang ingin menyelamatkan diri dari zombie di sekolah, Happiness lakonan Park Hyung Shik dan Han Hyo Joo memperlihatkan bagaimana penghuni apartment yang ingin berjuang untuk hidup daripada terkena wabak zombie.
8. Zombie Detective
Kim Moo-Young sudah menjadi zombie dua tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung dan kemudiannya berhijrah ke bandar. Di sana lelaki ini membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
9. Peninsula
Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tidak kenal dengan pasangan merpati dua sejoli Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. Duo selebriti yang mengikat tali pernikahan pada Februari lalu telah mengumumkan di Instagram bahawa mereka sedang menantikan cahaya mata sulung mereka yang sudah berusia 6 bulan dalam kandungan.
Menurut Aiman menerusi status Instagramnya, “So excited to meet this little person who is half me and half the one I Love. Alhamdullilah”. Manakala Zahirah pula membuat hantaran dengan status, “6 months of growing our little love. Mommy & Daddy can’t wait to meet you.”
Bersama hantaran di Instagram, kedua-dua mereka memuatnaik gambar imbasan ultrasound cahaya mata mereka.
Mesti comelkan anak yang bakal dilahirkan nanti, sama cantik seperti ibunya, sama kacak seperti bapanya. Kalau nak tahu Zahirah pernah beberapa kali menghiasi muka hadapan majalah Remaja cantik kan?
Zahirah Menghiasi Majalah Remaja Edisi November 2015Bergandingan Bersama Ernie Zakri
Kami di pihak Remaja yang sejak dari dulu menyaksikan perkembangan kedua-dua selebriti ini dalam dunia seni mendoakan agar Zahirah menjalani proses melahirkan yang menyenangkan nanti dan kedua-dua ibu dan anak selamat. Amin.
Kredit Foto: Instagram Zahirah Macwilson & Arkib Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki movie, TGV Cinemas menawarkan promosi istimewa buat ahli TGV MovieClub pada bulan April ini.
Pengumuman ini telah pun dimuat naik di laman Facebook rasmi TGV Cinemas dengan menjelaskan bahawa bermula hari ini sehingga 15 April nanti, ahli MovieClub yang membeli sekurang-kurangnya 1x tiket wayang dan 1x popcorn secara online akan dikreditkan dengan baucar tiket wayang percuma ke dalam akaun keahlian mereka.
Cara untuk menebus tiket percuma ini adalah korang perlu mendaftar sebagai ahli MovieClub dan membeli 1x tiket wayang dan 1 x item F&B dalam satu transaksi melalui laman web atau aplikasi TGV. Baucar tiket percuma akan dikreditkan dalam masa 10 hari waktu bekerja.
Korang boleh menebus tiket wayang percuma itu sehingga 30 April 2022 untuk mana-mana filem yang ditayangkan di cawangan TGV Cinemas. Tiket wayang percuma ini hanya boleh ditebus untuk hall-hall berikut sahaja:
So, apa tunggu lagi guys, jangan lepaskan peluang untuk tawaran istimewa #AwesomeApril ini. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.