Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri Jam 9.30 Malam Ini

Share

Setelah beberapa spekulasi dan khabar angin berterbangan, akhirnya istiadat angkat sumpah Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan berlangsung jam 9.30 malam ini.

Sejak awal pagi, rakyat Malaysia menantikan perkhabaran rasmi mengenai istiadat bersejarah ini memandangkan Tun Dr. Mahathir bakal kembali memegang pucuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri ketujuh, secara teknikalnya.

Ada yang mengatakan ia bakal berlangsung pada jam 9.00 pagi.

Setelah kecewa tanpa kenyataan rasmi dari pihak Istana mahupun pihak kerajaan baru, kecoh sebentar di media sosial apabila pihak media diberitahu ia bakal berlangsung pada jam 5.00 petang. Namun, apa yang dipaparkan secara langsung hanyalah sidang akhbar bersama wakil dari Polis Di-Raja Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Hanya pada jam 5.30 petang, video ‘bersiap’ Tun M di kediaman beliau dan video ketibaan kenderaan Proton Perdana bernombor plat 2020 di Istana Negara dimuat naik oleh pihak media. Ia menandakan mereka sedang bersiap sedia untuk upacara rasmi tersebut.

 

Mungkin upacara tersebut disegerakan juga setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyeru agar kerajaan baru ditabalkan secara rasmi secepat mungkin bagi memudahkan urusan semua pihak.

 

 

Kini, kita hanya perlu menantikan detik jam 9.30.

IKLAN