Isteri Aaron Aziz ā€˜Shareā€™ Resipi Kuetiau Goreng Dimakan Syamsul Yusof, Sampai Tambah 2 Kali!

Share

Baru-baru ini, gara-gara kenyataan pelakon berkaliber, Datuk Aaron Aziz mengenai pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang sempat menjamah kuetiau goreng masakan isteri tercintanya, Datin Diana Halik ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini, ia sekaligus meraih perhatian warganet.

Apa yang menarik lagi, Aaron berkongsi pengarah filem Mat Kilau itu sampai menambah dua kali menikmati hidangan masakan isterinya sehingga rata-rata warganet meminta Diyana untuk berkongsi resipi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : ā€œSinar Apa? Sinar Harian? Just Let Me Goā€ Puteri Sarah Mohon Suami Lepaskan Cara Baik

Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula seorang Youtuber, Diyana tampil berkongsi resipi kuetiau goreng yang tular selepas menerima ā€˜demandā€™ yang tinggi daripada netizen.

Dalam sesi tersebut, isteri pelakon filem popular Ombak Rindu itu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya bagi orang ramai yang ingin mencuba resipi berkenaan.

ā€œKuetiau itu biasa sahaja lah, pakai cili serbaguna jenama Sufi, sos tomato dan cili.

ā€œSelepas itu letak sos tiram sedikit, dan kemudannya letak pula makanan laut dan kicap jenama ABC, ituĀ Ā sahaja,ā€ kongsinya kepada pengikut.

Terdahulu, Aaron menerusi satu hantaran videodi laman Instagram mendedahkan hal sebenar yang terjadi antara dia dan pengarah filem Munafik itu.

Isu berkenaan timbul disebabkan Syamsul sebelum ini memaklumkan bahawa nama Aaron digugurkan atas beberapa faktor antaranya usia, saiz fizikal dan masalah kesihatan yang dialami laitu slip disc.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmiĀ Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Youtube Selebriti Malaysia

IKLAN